LONDON, 10 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Muncul sebagai pemenang dalam pencarian selama setahun pelayan bar terbaik di dunia
Berikutan satu minggu penting dalam litar minuman mewah – yang menampilkan pertandingan sengit; acara-acara hebat yang dihadiri bintang terkenal; serta pengumpulan para elit industri minuman mewah, selebriti antarabangsa, dan pakar rasa global – David Rios dari Jigger Cocktail & Disco Bar, Sepanyol dimahkotakan sebagai Pelayan Bar Tahunan 2013 DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, mengatasi seramai 44 peserta akhir dunia lain bagi memenangi anugerah antarabangsa paling berprestij dalam industri ini.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130709/626486)
Sepanjang tahun lepas, para peserta daripada bar-bar paling terkemuka seluruh dunia telah bertanding dalam pusingan saringan tempatan serta serantau, setiap seorang daripada mereka berazam untuk merebut tempat idaman dalam Pertandingan Akhir Global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS yang diadakan di atas kapal butik Azamara Club Cruise, Azamara Journey. Para peserta dari lebih 50 buah negara mengambil bahagian dan para peserta akhir dipilih bagi mempersembahkan ciptaan mereka di hadapan kenamaan terhormat dalam industri ini - Salvatore Calabrese, Peter Dorelli, Dale DeGroff, Gary Regan, Julie Reiner, Hidetsugu Ueno, Arturo Savage, Steve Olson dan Aristotelis Papadopoulos.
Pelayan Bar Tahunan 2013 DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, David Rios berkata: "Saya teruja dan berasa rendah hati kerana dianugerahkan anugerah Pelayan Bar Tahunan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS di kalangan kumpulan pelayan bar paling berbakat di Pertandingan Akhir Dunia ini. Saya tidak sabar-sabar lagi menanti tahun hadapan untuk menjelajah seluruh dunia sebagai duta program ini, bertemu rakan-rakan setara saya, mendidik bakat-bakat baharu, dan mempelajari budaya dan arah aliran koktel baharu di seluruh dunia."
Duta Global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS Spike Marchant memberi komen: "Ia bukti sebenar program WORLD CLASS, setiap tahun saya kagum dengan kemahiran, teknik dan bakat yang ditunjukkan oleh para Peserta Akhir Dunia. Seperti biasa, pilihan yang perlu dibuat adalah sukar tetapi kreativiti, teknik dan hospitaliti David Rios menjadikan beliau duta yang ideal, bukan sahaja untuk WORLD CLASS, tetapi untuk industri kita juga."
David Rios memulakan jelajah global selama setahun sebagai duta untuk DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, memperluas ilmu pengetahuannya, sambil menajamkan kemahiran dan tekniknya, serta menjadi pendukung piawaian pengalaman minum mewah. Beliau juga bakal mengilhamkan bakat-bakat baharu, sambil golongan peserta seterusnya menyertai perlumbaan untuk menjadi Pelayan Bar Tahunan 2014 DIAGEO RESERVE WORLD CLASS.
Sepanjang beberapa bulan yang akan datang, program WORLD CLASS TV akan disiarkan di 100 buah negara – memaparkan rakaman belakang tabir untuk keseronokan semasa PERTANDINGAN AKHIR GLOBAL DIAGEO RESERVE WORLD CLASS 2013 – membawakan budaya minuman mewah ke dalam kediaman, menaikkan satu generasi baharu pelayan bar ke tahap selebriti. Sebuah panduan berjudul World Class 50: A Definitive Drinking Guide juga akan dilancarkan, yang merupakan antologi pengalaman minum 'wajib dirasai' yang paling ikonik yang dicipta oleh Peserta Akhir Global untuk tahun 2013.
Ikuti pertandingan ini melalui Facebook di laman 'Global WORLD CLASS Finals':
http://www.facebook.com/GlobalWorldClassFinals
Melalui Twitter:
http://Twitter.com/WClassGlobal atau #WCGlobalFinal
Melalui YouTube:
http://Youtube.com/WorldClassGlobal
ANDRE CHONG
Ketua Komunikasi Jenama
Global Reserve
Telefon: +65-6876-4446
Emel: andre.chong@diageo.com
JOANNA GOOD
Neville McCarthy Associates
Telefon: +44-(0)20-7940-2900
Emel: Joanna@nevillemccarthy.com
Sumber: DIAGEO