JOHANNESBURG, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Sasol Limited (Sasol) hari ini mengumumkan strategi terkininya yang komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050. Ini sejajar dengan komitmen Sasol untuk mempercepat peralihannya ke arah dunia karbon rendah bagi menyokong objektif Perjanjian Paris.
Untuk menyelaraskan matlamat 2050 ini, Sasol telah meningkatkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) skop 1 dan 2 pada 2030 daripada permulaan sebanyak 10% bagi operasinya di Afrika Selatan yang diumumkan pada tahun lalu kepada 30% bagi perniagaan Tenaga dan Bahan Kimia, di luar garis dasar 2017. Syarikat ini turut memperkenalkan sasaran pengurangan skop 3 bagi Perniagaan Tenaganya, di luar garis dasar 2019. Tindakan ini konsisten dengan komitmen syarikat yang seangkatan dengannya.
"Berdasarkan penilaian dan pemodelan terperinci, sasaran tahun 2030 kami boleh dicapai tanpa nyahlabur dan balas timbal tetapi melalui penyahkarbonan langsung pada aset kami yang sedia ada," kata Fleetwood Grobler, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sasol.
"Ini akan dilakukan melalui gabungan kecekapan tenaga dan proses, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan peralihan kepada peningkatan gas asli sebagai stok suapan peralihan untuk rantaian nilai kami di Afrika Selatan. Penyelesaian ini amat diketahui ramai dan kebanyakannya berada di bawah kawalan kami dan pelaburan yang diperlukan adalah menjimatkan kos serta mengekalkan pulangan yang kukuh yang melebihi kos modal perniagaan kami."
Selepas tahun 2030, Sasol mempunyai lebih daripada satu laluan yang berdaya maju untuk mencapai matlamat sifar bersihnya menjelang tahun 2050 dengan pelbagai pilihan yang berbeza untuk mengubah rantaian nilainya di Afrika Selatan dengan mengubah stok suapannya secara progresif tanpa menggunakan arang tetapi ke arah gas peralihan yang lebih banyak dan seterusnya, hidrogen hijau dan karbon lestari dalam jangka panjang disebabkan ekonomi telah pulih bagi melaksanakan pilihan ini.
"Dalam keadaan masa depan yang tidak menentu, pendekatan ini menawarkan ketangkasan dan membolehkan kami melakukan peralihan apabila penyelesaian bagi pengurangan kos yang berkesan telah tersedia. Kami juga mengelakkan infrastruktur tertutup dan sesalan perbelanjaan modal," kata Grobler.
Teknologi Fischer-Tropsch (FT) proprietari Sasol terutamanya adalah amat sesuai untuk memainkan peranan yang bermakna dalam masa depan yang rendah karbon dengan kumpulan nilai baharu dan baru muncul yang menarik.
"Berpandukan matlamat ini, kami sedang menubuhkan sebuah perniagaan baharu iaitu Sasol ecoFT yang bertujuan untuk memperluas kepemimpinan teknologi kami bagi mewujudkan kedudukan pasaran yang signifikan di peringkat antarabangsa. Salah satu penggunaan pertama teknologi ini ialah menjadi bahan api penerbangan lestari (SAF) yang menyaksikan peraturan baharu mendorong permintaan terhadapnya tetapi teknologi dan stok suapan sedia ada mempunyai batasan yang boleh ditangani oleh FT."
Peralihan yang adil
Oleh kerana ekonomi global mengubah sistem tenaga mereka, ini akan membawa pembaharuan kepada industri yang mengubah nilai kumpulan dan pasaran pekerjaan serta memerlukan pelbagai kemahiran dan keupayaan pada lokasi geografi yang berbeza. Sasol akan memajukan peralihan yang adil di seluruh jejak geografinya dengan matlamat untuk melindungi dan memupuk peluang pekerjaan dengan mempercepat pembangunan kumpulan nilai tenaga baharu.
Terutamanya di Afrika Selatan yang mempunyai potensi signifikan terhadap pengeluaran hidrogen hijau berkos rendah dan boleh diperbaharui bagi kegunaan syarikat serta peluang eksport. Ini akan memerlukan rancangan kebangsaan daripada pihak berkepentingan industri dan kerajaan untuk membangunkan peluang, memaksimumkan peluang penyetempatan bagi mewujudkan pekerjaan dan kekayaan ekonomi.
"Walaupun kesan tenaga kerja berkemungkinan besar akan berlaku selepas tahun 2030 – keperluan ini perlu ditangani sekarang dengan rancangan modal manusia jangka panjang yang tepat – menguruskan peralihan semula jadi individu yang terlibat dalam aktiviti berkaitan bahan api fosil dan melabur dalam membina kemahiran semula untuk keperluan ekonomi karbon rendah pada masa hadapan," kata Grobler.
Perniagaan Sasol Masa Depan
Perniagaan Tenaga Sasol berada pada kedudukan sebagai peneraju peralihan tenaga di Afrika Selatan melalui kelebihan asas asetnya dengan harga tunai pulang modal minyak yang bernilai di bawah AS$35 dolar setong. Sebagai salah sebuah pengeluar hidrogen kelabu terbesar di dunia, Sasol berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran ini dalam penyahkarbonan melalui stok suapan yang lebih rendah karbon serta meningkatkan pengeluaran bahan api dan tenaga lestari yang berharga murah.
Peluang pertumbuhan bahan kimia akan diteruskan melalui proses kimianya yang unik, khususnya dalam teknologi FT dan Ziegler-Alumina-Guerbet. Dengan lojinya di Charles Lake yang kini telah beroperasi sepenuhnya, Sasol mempunyai laluan yang jelas untuk menjana aliran tunai yang memberangsangkan disebabkan peningkatan kapasiti. Ia akan mempercepat pertumbuhan dalam lebih banyak penyelesaian khusus dan bahan kimia lestari terutamanya Bahan Kimia Penjagaan Perubatan dan Bahan Termaju dalam pasaran yang telah pun diterajui oleh Sasol.
Sasol ecoFT akan memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan lestari baharu dengan memanfaatkan teknologi FT. FT menggunakan sumber hidrogen dan karbon berasaskan bahan api fosil pada masa ini. Teknologi ini berpotensi untuk menggunakan sumber stok suapan karbon yang lestari dan hidrogen hijau seperti biojisim, karbon yang diperoleh daripada proses intensif karbon dan juga secara langsung daripada udara.
"Teknologi FT kami yang menjadi teras rantaian nilai kami di Afrika Selatan, telah meletakkan kami pada kedudukan yang baik bagi penyahkarbonan melalui stok suapan yang lebih rendah karbon serta meningkatkan pengeluaran bahan api dan kimia lestari dengan harga yang murah," kata Grobler.
Peralihan dengan pembiayaan kendiri serta memberikan pulangan lestari
Strategi Sasol yang diberi penumpuan semula ini disokong oleh rangka kerja kewangan yang akan membolehkan syarikat mengembangkan nilai bersama sambil mempercepat peralihannya kerana dividen yang lestari dan berdaya tahan telah dikembalikan kepada para pemegang saham kami.
"Melalui struktur tadbir urus dan rangka kerja peruntukan modal kami yang jelas dan terkini, kami akan memastikan pembuatan keputusan yang berkesan dan cekap untuk melaksanakan kesemua keputusan modal yang kami hadapi dalam menyampaikan Sasol Masa Depan," kata Paul Victor, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sasol.
Dalam tempoh jangka pendek hingga sederhana, fasa pertama hingga tahun 2025 akan menyaksikan Sasol mengukuhkan kunci kira-kiranya sambil melakukan penambahbaikan kepada harga yang kompetitif dan keupayaan untuk meningkatkan penjanaan aliran tunai ketika berlakunya keadaan harga minyak yang rendah. Sasol menyasarkan untuk meningkatkan pulangan modal terlabur (ROIC) sebanyak 12 hingga 15% dalam tempoh ini.
Fasa kedua dalam tempoh jangka pendek hingga sederhana hingga tahun 2030 mengutamakan keseimbangan antara pulangan dan pelaburan dalam pelan peralihan Sasol. Dalam tempoh ini hingga tahun 2030, Sasol merancang untuk melabur sebanyak R20 hingga R25 bilion setahun bagi menguruskan pangkalan asetnya, mematuhi semua peraturan kualiti udara dan alam sekitar yang berkaitan serta membiayai peralihan untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG sebanyak 30%. Ini termasuk sejumlah R15 hingga R25 bilion dalam pengumpulan modal transformasi hingga tahun 2030, manakala sasaran ROIC dijangka akan diperoleh melebihi 15%.
"Keseluruhan profil pulangan kumpulan Sasol akan terus meningkat secara signifikan dan kekal menarik – terdapat laluan yang jelas yang memberikan pulangan yang lebih tinggi di samping mencapai objektif perubahan iklim kami," tambah Victor.
Dividen akan disambung semula sebaik sahaja pencetus utama dicapai dan terdapat keyakinan bahawa pulangan yang diberikan kepada para pemegang saham ini boleh dikekalkan berdasarkan prestasi berterusan pada masa tersebut. Pembayaran minimum Pendapatan Utama Teras Sesaham (CHEPS) sebanyak 2.8 kali atau 36% akan dicetuskan apabila nisbah leveraj Hutang Bersih sebanyak 1.5 kali berbanding EBITDA dicapai dan tahap hutang mutlak berada di bawah AS$5 bilion. Peningkatan HEPS Teras sebanyak 2.5 kali atau 40% akan dicapai apabila tahap hutang bersih mutlak dikurangkan kepada bawah AS$4 bilion. Dividen biasa akan dikekalkan dalam julat ini.
Dikeluarkan oleh:
Matebello Motloung, Pengurus: Perhubungan Media Kumpulan
Talian langsung: +27 (0) 10 344 9256; Mudah Alih: +27 (0) 82 773 9457
matebello.motloung@sasol.com
Tentang Sasol:
Sasol ialah sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga global. Kami memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran kami untuk menyepadukan proses dan teknologi canggih ke dalam kemudahan operasi berskala dunia.
Kami memperoleh, menghasilkan dan memasarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dengan selamat dan lestari di 27 buah negara yang mewujudkan nilai bagi pihak berkepentingan. Tujuan kami 'Menginovasi untuk menjadikan dunia yang lebih baik' mendorong kami untuk memberikan jumlah hasil sebanyak tiga kali ganda pada Manusia, Planet dan Keuntungan secara bertanggungjawab dan sentiasa berhasrat menjadi pendorong kebaikan.
Kami mengutamakan empat Matlamat Pembangunan Lestari demi memastikan perniagaan kami lestari terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi.
Tentang Dasar Kerahsiaan Maklumat Sasol:
Kami ingin memaklumkan anda tentang pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh Sasol South Africa Limited dan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa seperti yang ditafsirkan dan disertakan dalam Dasar Kerahsiaan Maklumat Sasol.
Dalam syarikat kami, hanya Perhubungan Media Kumpulan Sasol akan menerima Maklumat Peribadi anda bagi memenuhi tujuan mengekalkan hubungan dengan penerima dalam kapasiti beliau sebagai ahli media. Anda berhak untuk meminta pembetulan atau penghapusan Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh kami yang beralamat di: Sasol Place, 50 Katherine Street, Sandton di Johannesburg. Anda berhak untuk menyekat pemprosesan Maklumat anda. Untuk menggunakan hak privasi anda atau mengetahui lebih lanjut tentang Dasar Kerahsiaan Maklumat, sila hubungi Pejabat Kerahsiaan kami di: privacy@sasol.com
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan:
Dalam dokumen ini, Sasol boleh membuat pernyataan tertentu yang bukan merupakan fakta sejarah dan berkaitan dengan analisis serta maklumat lain yang berdasarkan ramalan hasil pada masa hadapan dan anggaran jumlah yang belum ditentukan. Pernyataan ini juga mungkin berkaitan dengan prospek, jangkaan, pembangunan dan strategi perniagaan masa depan kami. Contoh-contoh pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kesan pandemik koronavirus (COVID-19) yang baharu terhadap perniagaan Sasol, hasil operasi, keadaan dan kecairan kewangan serta pernyataan tentang keberkesanan mana-mana tindakan yang diambil oleh Sasol bagi menangani atau mengehadkan sebarang kesan COVID-19 ke atas perniagaannya; pernyataan tentang turun naik kadar pertukaran, perubahan harga minyak mentah, pertumbuhan volum, perubahan permintaan terhadap produk Sasol, peningkatan dalam bahagian pasaran, jumlah pulangan pemegang saham, pelaksanaan projek pertumbuhan kami, rizab minyak dan gas, pengurangan kos, perundangan, pembangunan kawal selia dan fiskal, strategi perubahan iklim dan pandangan prestasi perniagaan kami. Perkataan seperti "percaya", "menjangka", "harap", "berniat", "mencari", "akan", "merancang", "boleh", "mungkin", "usaha", "sasaran", "ramalan" dan "projek" serta ungkapan serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan, tetapi ia bukan merupakan kaedah eksklusif dalam mengenal pasti pernyataan sedemikian. Disebabkan sifatnya , pernyataan berpandangan ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian secara umum dan khusus, serta terdapat risiko bahawa jangkaan, ramalan, unjuran dan pernyataan berpandangan ke hadapan lain tidak akan dicapai. Sekiranya satu atau lebih risiko ini menjadi kenyataan, atau jika andaian dasar terbukti salah, keputusan kami yang sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan. Anda perlu memahami bahawa beberapa faktor penting boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada rancangan, objektif, jangkaan, anggaran dan hasrat yang dinyatakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut. Faktor-faktor ini dan lain-lain perkara dibincangkan dengan lebih lengkap dalam laporan tahunan terbaharu kami pada Borang 20-F yang difailkan pada 24 Ogos 2020 dan dalam pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Senarai faktor-faktor yang dibincangkan di dalam ini adalah tidak menyeluruh; apabila bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan untuk membuat keputusan pelaburan, anda perlu mempertimbangkan dengan teliti kedua-dua faktor ini dan ketidakpastian serta peristiwa lain. Pernyataan berpandangan ke hadapan hanya benar pada tarikh ia dibuat dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana bahagian, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.
Maklumat tambahan yang komprehensif boleh didapati di laman web kami: www.sasol.com