omniture

FP Markets Telah Dinobatkan Sebagai 'Broker Forex Nilai Global Terbaik' dan 'Pengalaman Perdagangan Terbaik di EU' Semasa Anugerah Forex Global 2021

FP Markets
2021-09-25 04:20 258

Pedagang telah mengundi FP Markets sebagai 'Broker Nilai Global Terbaik' untuk tahun KETIGA berturut-turut dan FP Markets turut meraih 'Anugerah Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik di EU' bagi tahun 2021 

LIMASSOL, Cyprus, 24 Sept. 2021 /PRNewswire/ -- FP Markets telah dianugerahkan "Broker Forex Nilai Global Terbaik'" dan "Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik di EU" dalam Anugerah Forex Global 2021.

FP Markets has been crowned “Best Global Value Forex Broker” and “Best Trading Experience in the EU” at the Global Forex Awards 2021
FP Markets has been crowned “Best Global Value Forex Broker” and “Best Trading Experience in the EU” at the Global Forex Awards 2021

Anugerah Forex Global 2021 meraikan edisi ke-4 sebagai majlis anugerah antarabangsa yang memberi anugerah kepada perniagaan runcit forex di peringkat global dan serantau dan memperjuangkan teknologi canggih, perdagangan kos rendah, alat penyelidikan pasaran yang komprehensif, program pendidikan maju dan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia untuk perniagaan yang menyediakan khidmat langsung kepada pengguna/pedagang.

Ketua Eropah, Timur Tengah dan Afrika FP Markets, Craig Allison, meraikan kemenangan ini: "Untuk tahun ketiga berturut-turut, FP Markets telah dipilih sebagai 'Broker Forex Nilai Global Terbaik', sekali gus membuktikan bahawa komitmen kami untuk memberikan pengalaman perdagangan yang unggul kepada para pelanggan kami berbaloi. Berjaya memperoleh anugerah 'Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik di EU' buat pertama kali juga merupakan suatu penghormatan, demikian juga dihargai oleh pedagang baharu di seluruh dunia menunjukkan bahawa kami menuju ke arah yang betul dan menunjukkan bahawa FP Markets semakin diiktiraf di seluruh dunia sebagai destinasi terbaik untuk pelanggan bagi mendapatkan pengalaman perdagangan menyeluruh, memandangkan penyebaran sempit kami yang menerajui pasaran serta pelaksanaan pantas kami yang memenangi anugerah. Penghargaan daripada pedagang kami sendiri sangat memuaskan kerana kami terus berusaha untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan FP Markets."

FP Markets menawarkan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan pedagang dengan akses kepada CFD meliputi pelbagai Forex, Indeks, Komoditi, Saham dan Mata Wang Kripto, sekali gus menjadikannya antara tawaran terbesar dalam industri dan menampilkan 8 platform termasuk MT4, MT5 dan Iress. Sepanjang 16 tahun yang lalu, FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan spread yang sempit dan pelaksanaan pantas yang konsisten, berserta platform yang canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan yang terunggul merupakan faktor utama yang memberi keyakinan kepada pedagang yang serius untuk berdagang. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Broker Forex Terbaik Australia 2020 ini terus memperluas tawaran produknya, memberikan keupayaan kepada para pedagang untuk berdagang dalam persekitaran dagangan terbaik dalam industri.

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global yang dikawal selia di Australia dengan pengalaman industri lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan spread Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj hingga 500:1*.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang berkuasa seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 5 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai tempat utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahi gelaran "Broker Nilai Forex Global" selama tiga tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021) dalam Anugerah Forex Global.

Untuk mendapatkan butiran lengkap tentang pelbagai tawaran kami yang luas, sila layari https://www.fpmarkets.com.

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/1633728/FP_Markets.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology