omniture

MetaTrader 4 Mudah Alih Kini Tersedia untuk iPhone 5 dan Semua Model iPad

MetaQuotes Software Corp.
2013-07-11 04:37 133

LIMASSOL, Cyprus, 11 Julai 2013 /PRNewswire/ -- 

MetaQuotes Software Corp.telah mengeluarkan versi baharu MetaTrader 4 untuk peranti iOS. Aplikasi mudah alih popular untuk perdagangan dalam talian itu telah menerima beberapa perubahan penting untuk menjadikannya lebih mesra pengguna. Ciri penting yang telah ditambah ialah sokongan tempatan untuk semua model iPad (termasuk model yang mempunyai paparan Retina) dan iPhone 5.   

Di samping keserasian dengan peranti mudah alih, versi baharu aplikasi ini mempunyai sistem grafik yang dipertingkat. Ia menyediakan prestasi yang lebih baik dan fungsian yang diperbaiki apabila melibatkan carta. Versi baharu ini juga termasuklah berita kewangan dan peti surat dalaman yang membenarkan pedagang berkomunikasi dengan wakil broker melalui saluran yang selamat.

"Apabila mengusahakan versi baharu ini, kami komited untuk menyediakan keserasian dengan iPhone 5 baharu, - kata Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Software Corp. – Tetapi apa yang paling penting ialah sokongan untuk semua model iPad yang diharapkan oleh ramai pedagang. Lebih-lebih lagi, terminal untuk iPad mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak berbanding untuk iPhone. MetaTrader 4 iPad kini sudah pastinya lebih mirip dengan versi komputer meja dari segi fungsi. Ia mempunyai tetingkap data fungsi berbilang yang memaparkan pesanan terbuka, sejarah perdagangan, urusan persuratan melalui emel dengan broker serta berita.

Hanya pengguna versi komputer meja boleh menikmati ciri-ciri ini sehinggalah sekarang. Aplikasi ini juga mempunyai ciri perdagangan satu klik daripada sebuah carta, serta sejarah perdagangan dan kajian jurnal. Semua ini telah dilakukan bagi membantu kerja pedagang. Satu lagi ciri penting aplikasi iPad adalah kemampuan untuk memaparkan sehingga empat carta serentak. Ini membenarkan pedagang memantau beberapa simbol pada masa yang sama melalui satu skrin iPad sahaja! Oleh itu, kemas kini terminal iPad baharu ini tiada kompromi!"

Secara keseluruhannya, terminal mudah alih untuk iPhone kini sudah menjadi lebih sesuai kerana sistem grafik yang dipertingkat ini. Pada masa yang sama, selain sokongan tempatan untuk peranti dengan semua resolusi, MetaTrader 4 iPad menawarkan lebih banyak peluang untuk perdagangan tukaran asing.

Menurut para pembangun MetaQuotes Software Corp., semua perubahan besar yang sama ini juga akan dilaksanakan ke dalam aplikasi mudah alih MetaTrader 5. Versi baharu ini sudah pun sedang dibangunkan.

Mengenai Syarikat

MetaQuotes Software Corp. ialah pembangun profesional aplikasi perisian bagi pasaran kewangan. Dengan pengalaman selama lebih satu dekad, syarikat itu merupakan peneraju pasaran dalam bidang pakej perisian perdagangan tukaran asing. Platform perdagangan MetaTrader 4 yang dibangunkan oleh syarikat itu merupakan aplikasi perdagangan tukaran asing yang paling popular di seluruh dunia.

Laman web syarikat: http://www.metaquotes.net

Sumber: MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services