omniture

CityNext Microsoft: Akan datang ke bandar berhampiran anda

Microsoft Corp.
2013-07-11 05:23 145

-- Inisiatif sektor awam global ini membolehkan bandar-bandar memanfaatkan era baharu inovasi melalui pendekatan mengutamakan pengguna.

REDMOND, Washington, 11 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Rakan Kongsi Sedunia hari ini, Microsoft Corp. mengumumkan CityNext, sebuah inisiatif global yang memperkasakan bandar, perniagaan dan penduduk bagi membayangkan semula masa hadapan mereka serta memupuk masyarakat bertenaga. Bandar ialah pusat aktiviti perindustrian, ekonomi dan keusahawanan yang menyemarakkan kejayaan seluruh dunia. Tetapi kini bandar semakin menghadapi kuasa-kuasa yang mendesak seperti, pembandaran pantas, mandat pemodenan, dan tekanan jimat cermat ekonomi. CityNext Microsoft menawarkan bandar-bandar sebuah Rangkaian Rakan Kongsi Microsoft yang luas dan berkepelbagaian yang terdiri daripada lebih 430,000 pakar teknologi seluruh dunia bagi membuat pembaharuan hari ini dan mencipta hari esok yang lebih baik.  Dengan menggunakan kelebihan portfolio meluas yang yang terdiri daripada perisian, peranti dan perkhidmatan pengguna dan perniagaan yang lazim digunakan dan dengan keselamatan dipertingkat serta sejarah program pendidikan dan sosial Microsoft yang berjaya, CityNext ialah usaha bersama yang membolehkan bandar-bandar dan para penduduknya mencapai kejayaan seterusnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO)

"Bandar memainkan peranan penting dalam kehidupan kita – kini dan masa hadapan. Inisiatif CityNext Microsoft mendahulukan rakyat dan menggunakan peluang era baharu teknologi usaha sama bagi menggalakkan penglibatan rakyat, perniagaan dan pemimpin kerajaan dalam cara-cara baharu," kata Laura Ipsen, naib presiden korporat Sektor Awam Sedunia Microsoft. "Kerjasama dengan Rangkaian Rakan Kongsi Microsoft yang luas membolehkan kami menskalakan penyelesaian dan perkhidmatan untuk melakukan perkara 'Baharu dengan Lebih Sedikit,' membolehkan bandar-bandar bersaing dengan lebih baik dalam pasaran global, merangsang penglibatan rakyat dan memupuk kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar."

Mengubah pengendalian dan prasarana
CityNext membantu pemimpin menggunakan sepenuhnya pelaburan semasa mereka bagi mencari cara-cara baharu untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat mereka. Dengan era inovasi baharu, bandar-bandar mampu membolehkan kemampuan baharu menggunakan perkhidmatan awan fleksibel, memperkasakan kakitangan perbandaran dengan peranti dan app gred perusahaan, dan membuat pembaharuan berdasarkan kehendak mereka sendiri dengan penyelesaian moden dan platform data besar. Pembaharuan ini boleh membenarkan maklumat kritikal mengalir lancar antara jabatan-jabatan perbandaran dan antara kerajaan, perniagaan dan rakyat, memacu keberkesanan yang membolehkan bandar-bandar mengembalikan lebih banyak sumber kepada komuniti.

CityNext membawa bersama sebuah ekosistem yang terdiri daripada penyelesaian, peranti dan perkhidmatan rakan kongsi yang boleh menghubung dan mengubah pelbagai fungsi bandar, termasuk yang di bawah:

  • Tenaga dan air
  • Bangunan, perancangan dan prasarana
  • Pengangkutan
  • Keselamatan dan keadilan awam
  • Pelancongan, rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Perkhidmatan kesihatan dan sosial
  • Pentadbiran kerajaan

Pelanggan CityNext Barcelona, Sepanyol – yang sudah lama dikenali sebagai pembaharu digital – telah memanfaatkan dengan jayanya awan, data serta app bagi mempertingkat pengendalian pentadbiran, berinteraksi dengan rakyat dan membuat maklumat lebih telus. Contohnya, Microsoft dan rakan kongsi CityNext BISmart bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Barcelona bagi melancarkan OpenData BCN, sebuah inisiatif untuk menjadikan data mudah diakses oleh orang awam. Menggunakan awan Microsoft Azure, platform OpenData BCN mengumpulkan pelbagai fakta mengenai bandar itu – seperti kepadatan populasi dan jumlah pengangguran – ke dalam satu hab pusat dengan keselamatan yang dipertingkat. Kemudiannya, rakyat boleh memuat turun app bigov Indikator Bandar Lebih Baik daripada Windows Store dan memantau turun naiknya dalam masa sebenar. Penduduk Barcelona kini mempunyai akses kepada maklumat untuk membuat keputusan mengenai topik seperti tempat untuk memulakan sebuah perniagaan dan tempat untuk menetap bersama keluarga mereka.

"Kami telah bertahun-tahun lamanya bekerjasama dengan Microsoft dan telah menyaksikan pembaharuan hebat dalam perkhidmatan kerajaan dan pentadbiran, perusahaan dan rakyat melalui teknologi awan dan peranti. Namun begitu, masih banyak lagi yang boleh dilakukan bagi menarik penglibatan rakyat Barcelona dan mempertingkat pengalaman rakyat," kata Xavier Trias, datuk bandar Barcelona. "Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Microsoft dan menggunakan kelebihan teknologi, perkhidmatan dan program canggih yang akan menjadikan Barcelona tempat yang lebih baik untuk hidup, bekerja, dilawati dan berkembang maju."

Melibatkan rakyat dan perniagaan
Rakyat dan perniagaan menjangkakan akses kepada dan interaksi bersama kerajaan dan pentadbiran bandar melalui app dan peranti pilihan mereka – bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Dengan perisian, peranti dan perkhidmatan Microsoft, bandar-bandar boleh memberikan perkhidmatan dan app yang disuai khusus dengan pendekatan berpusatkan rakyat, membolehkan dialog masa sebenar melalui media sosial, dan memecut perkembangan app serta pertumbuhan ekonomi dengan inisiatif data terbuka, lalu menghasilkan rakyat yang lebih terbela dan terlibat.

Rakan kongsi CityNext Microsoft, Socrata Inc., sebuah syarikat perisian awan yang menerajui peralihan ke kerajaan dan pentadbiran yang dipacu data, sedang bekerjasama dengan Microsoft bagi membawa teknologi data terbuka kepada bandar seluruh dunia pada platform awan Windows Azure. Contohnya, Socrata menawarkan kerajaan dan pentadbiran papan pemuka yang boleh disuai khusus. Rakyat boleh mengakses papan pemuka bandar mereka melalui peranti mudah alih atau Internet dan memantau prestasi pemimpin mereka dalam bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan pewujudan peluang pekerjaan. Pemimpin bandar boleh melibatkan diri dengan rakyat dalam masa sebenar, memasukkan permintaan orang awam ke dalam proses membuat keputusan mereka dan memastikan bahawa mereka memberi respon kepada permintaan komuniti mereka yang paling diperlukan. Sebagai balasan, kerajaan dan pentadbiran juga boleh membawa data dan maklum balas rakyat ke dalam setiap keputusan, memupuk ketelusan serta penglibatan masyarakat yang lebih tinggi.

"Inisiatif CityNext yang berpandangan jauh ini menumpukan perhatian terhadap peralihan global yang terjadi sekali sumur hidup yang kini sedang berlaku di dalam kerajaan dan pentadbiran; mendedahkan data kerajaan dan menggunakannya untuk mempertingkat perkhidmatan rakyat," kata Kevin Merritt, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Socrata. "Melalui app dan peranti yang mudah dan lazim digunakan, kerajaan dan pentadbiran kini boleh menarik penglibatan semua orang di mana-mana sahaja. Kami sudah pun melihat kemajuan yang memberangsangkan dan, dengan kerjasama Microsoft, akan membolehkan pemimpin dunia membuat keputusan yang kukuh, memacu keberkesanan dan membantu mereka memenuhi permintaan rakyat untuk akses maklumat yang sentiasa ada."

Memecut pembaharuan dan peluang
Bandar-bandar bukan sahaja bakal merealisasikan perubahan penuh melalui teknologi tetapi juga dengan menyemai kreativiti sumber mereka yang paling penting – modal insan. Microsoft serta rakan-rakan kongsinya menawarkan pelbagai program berasaskan kemahiran yang mendidik pelajar dan guru, merangsang pembangunan perniagaan, dan memperkasakan rakyat bagi menyertai tenaga kerja yang berdaya saing. Di seluruh dunia, program-program ini telah membantu jutaan rakyat bandar memupuk masa hadapan yang lebih cerah untuk diri mereka sendiri serta bandar-bandar mereka. Contohnya, program-program Microsoft seperti YouthSpark, BizSpark dan IT Academy menggalakkan belia menyertai tenaga kerja yang semakin membesar, menyokong idea-idea berani usahawan dan mencipta pekerja-pekerja berkemahiran yang membantu bandar-bandar bersaing dalam pasaran dunia.

Bandar berwawasan
Bandar-bandar kini sudah dalam proses untuk memodenkan hari ini. Malah, beberapa bandar berwawasan sudah tampil ke hadapan bagi memulakan perjalanan ini bersama Microsoft dan rakan kongsi CityNext bagi mengenal pasti dan mencipta apa langkah seterusnya untuk masyarakat mereka. Dengan pimpinan ketua yang bermotivasi dan berpandangan jauh, bandar-bandar ini sedang mengambil langkah yang penting bagi berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dan merealisasikan potensi masa hadapan melalui kerjasama silang fungsi yang meningkatkan keberkesanan, mengurangkan kos dan memupuk persekitaran yang lebih mampan.

  • Auckland, New Zealand
  • Barcelona, Sepanyol
  • Buenos Aires, Argentina
  • Wilayah Hainan, Republik Rakyat China
  • Hamburg, Jerman
  • Manchester, England
  • Moscow, Rusia
  • Philadelphia, Amerika Syarikat
  • Zhengzhou, Republik Rakyat China

"Bandar-bandar hari ini tahu mereka mesti cuba menyelesaikan cabaran bandar melalui pelaburan yang diselaras dan ditumpu yang membolehkan kerjasama antara jabatan dan agensi, menggunakan kelebihan aset sedia ada, melibatkan rakyat dan pihak berkepentingan serta cuba menyelesaikan masalah-masalah tertunggak," kata Ruthbea Yesner Clarke, pengarah program Strategi Bandar Pintar di IDC. "Menurut Model Kematangan Bandar Pintar IDC, banyak bandar kini berada dalam peringkat pertama bagi melaksanakan penyelesaian teknologi pintar sebagai sebahagian daripada perjalanan selama 10 ke 15 tahun bagi merealisasikan potensi perubahan penuh mereka. Hasil inisiatif 'bandar pintar' akhirnya akan membolehkan bandar-bandar menarik kehadiran perniagaan dan rakyat bagi membina landskap bandar yang lebih bertenaga serta ekonomi yang lebih berdaya saing."

Maklumat lanjut mengenai CityNext boleh didapati di http://www.microsoft.com/citynext/.

Diasaskan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq: MSFT) ialah peneraju sedunia bagi perisian, perkhidmatan dan penyelesaian yang membantu orang ramai serta perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news