omniture

Huawei Menang Anugerah WWF Climate Solver 2020

Huawei
2021-09-26 11:28 189

BEIJING, 26 September 2021 /PRNewswire/ -- Minggu Tindakan Iklim - Sidang Kemuncak Iklim Antarabangsa Misi Karbon Sifar 2021 (seterusnya dirujuk sebagai "Sidang Kemuncak"), bersama-sama dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dan Phoenix TV, telahpun diadakan di Beijing pada 22 September. Di acara tersebut, Huawei Technologies Co., Ltd. (seterusnya dirujuk sebagai "Huawei") memenangi anugerah WWF Climate Solver 2020 untuk penyelesaian PV Pintar FusionSolar yang terkemuka di dunia.


Sidang Kemuncak tahun ini melancarkan secara rasmi Anugerah Kepimpinan Tindakan Keneutralan Karbon tahunan yang mana berdasarkan kepada inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) dan inisiatif Perlumbaan menuju Sifar (Race to Zero) yang disokong oleh PBB diwujudkan untuk mengiktiraf individu, pasukan dan juga projek dengan prestasi yang cemerlang dari segi komitmen perniagaan, inovasi dalam teknologi, tindakan yang membuahkan hasil dan komunikasi yang memberi kesan, dengan tujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat mengambil tindakan yang dapat membantu mengurangkan perubahan iklim, mendorong pelbagai industri menetapkan sasaran pengurangan emisi dan menjadi contoh kerana mengambil tindakan sedemikian.

Anugerah Pelaku Keneutralan Karbon - Penyelesai Iklim Tahunan merupakan komponen penting dalam Anugerah Kepimpinan Tindakan Keneutralan Karbon dan ia berdasarkan kepada program penyelesai WWF Climate, satu program tahunan yang dilancarkan di China pada tahun 2011. Ia bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang menggalakkan bagi mempromosikan teknologi iklim dengan potensi revolusioner dengan mengenal pasti dan memilih teknologi rendah karbon yang inovatif agar dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat untuk mengekalkan peningkatan suhu purata global di bawah 2℃.

Sejak pelancarannya pada tahun 2011, anugerah ini telah mengiktiraf 34 teknologi rendah karbon yang inovatif. Permohonan untuk Anugerah Climate Solver 2020-2021 dibuka pada Disember 2020 dan ditutup pada Mac tahun ini. Selepas proses pemeriksaan pematuhan yang teliti, pemilihan utama, dua pusingan penilaian oleh pakar, pertimbangan terhadap potensi pengurangan emisi dan balasan di tapak, penyelesaian PV Pintar FusionSolar Huawei dipilih sebagai pemenang daripada sejumlah besar calon.

Kriteria pemilihan tahun ini adalah sangat ketat. Sesi balasan di tapak bukan sahaja menilai tahap kemajuan teknikal (20%), ekonomi (20%) dan kematangan (15%) teknologi calon, tetapi juga faedah-faedah ekologi serta alam sekitarnya, potensi pertumbuhan dan manfaat sosial, masing-masing menyumbang sebanyak 20%, 15% dan 10% daripada skor keseluruhan.

Setakat 30 Jun 2021, Huawei Digital Power membantu pelanggan menjana 403.4 bilion kWj tenaga elektrik dengan tenaga mesra alam, menjimatkan 12.4 bilion kWj penggunaan tenaga elektrik dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 200 juta tan, bersamaan dengan menanam 270 juta batang pokok.

Sidang Kemuncak tersebut, di bawah tema "Keneutralan Karbon Global dan Peranan China" menjemput lebih daripada 70 tetamu termasuk Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat; Tu Ruihe, wakil Pejabat China UNEP; Jia Feng, Pengarah Pusat Pendidikan dan Komunikasi Alam Sekitar Kementerian Perlindungan Alam Sekitar; dan Marco Lambertini, Ketua Pengarah WWF International untuk membincangkan topik-topik termasuk keneutralan karbon global, ketetapan korporat untuk mencapai matlamat iklim, pembiayaan mesra alam, transformasi tenaga, bangunan mesra alam dan pengangkutan rendah karbon. Acara ini bermatlamat untuk menghimpunkan sumber, mempersiapkan sepenuhnya penglibatan korporat dalam menangani perubahan iklim dan menyediakan pelbagai bimbingan dan perkhidmatan seperti perancangan strategik, aplikasi teknologi, demonstrasi keputusan, perkongsian pengetahuan dan pertukaran antarabangsa untuk kerajaan dan perusahaan tempatan mencapai matlamat untuk emisi CO2 puncak serta keneutralan karbon.

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei


 


 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities