omniture

LEAD Horizon: Para pelancong di Austria berkumur bagi melawan virus korona

LEAD Horizon
2021-09-27 15:35 26

Model kejayaan Austria dengan ujian standard emas boleh dilakukan di seluruh dunia

VIENNA, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- Vienna menghadapi pandemik dengan lebih baik berbanding bandar-bandar lain di Eropah - hasil kejayaan ujian PCR yang dibangunkan khas oleh syarikat Austria iaitu LEAD Horizon, yang telah pun digunakan di 13 buah negara. Seramai 150,000 rakyat Austria pada setiap hari menjalankan ujian korona dengan menggunakan kaedah berkumur. Tawaran ujian ini juga tersedia untuk para pelancong. Ujian korona ambang rendah ini juga boleh dikembangkan kepada negara-negara lain.

Walaupun jumlah vaksinasi meningkat, ujian Covid-19 yang kerap akan terus memainkan peranan penting dalam memerangi pandemik ini. Austria merupakan antara negara peneraju dalam ujian ini yang dijalankan di seluruh dunia – hasil daripada inisiatif "Everything gargles" (Semuanya berkumur). Seramai 150,000 rakyat Austria pada setiap hari menggunakan ujian PCR yang dibangunkan khas ini – ujian korona "standard emas" – untuk mengetahui status Covid-19 mereka. Sejak bulan Februari lepas, lebih lapan juta orang – termasuk para pelancong – telah menggunakan peluang ujian ambang rendah ini. Selain daripada Austria, produk ini juga tersedia di 13 buah negara lain.

Ia telah direalisasikan oleh syarikat Austria, LEAD Horizon yang membangunkan ujian PCR berkualiti tinggi ini menggunakan cecair bilasan tekak dan sebuah aplikasi web. Kaedah: Anda dapatkan ujian percuma, berkumur di rumah dengan membuka aplikasi web dan ikut arahan serta seterusnya, kembalikan tiub sampel ke salah sebuah daripada 681 buah stesen kutipan. Dari situ, ia akan dibawa ke makmal yang diperakui dan dinilai melalui kaedah prosedur PCR. Keputusan ujian serta laporan perubatan dan sijil untuk Pas Hijau atau Sijil Digital COVID EU boleh diakses melalui aplikasi web dalam masa 24 jam.

Ujian berkumur PCR juga tersedia untuk para pelancong di Vienna dan Austria Atas. 80,000 ujian telah pun dijalankan terhadap para pelancong. Ujian ini dijalankan secara bebas oleh tetamu di bilik hotel dan kemudian diserahkan ke pelbagai pusat penerimaan. Keputusannya boleh didapati dalam masa sehari dan berfungsi – sebagai tambahan kepada vaksinasi – sebagai "ujian kemasukan" untuk aktiviti gastronomi, teater dan aktiviti percutian yang lain.

Terutamanya dengan musim luruh yang akan tiba yang merupakan masa kelaziman untuk lawatan bandar, LEAD Horizon menyediakan peluang percuma dan mudah kepada para pelancong untuk menikmati percutian yang selamat dan santai di Austria.

Maklumat lanjut: www.allesgurgelt.at dan https://youtu.be/rQ3BiXfKVUE  

Untuk pertanyaan
Veronika Beck, PERUNDING
MA
m +4366488975829
veronika.beck@minc.at 
Milestones in Communication
Alser Straße 32/19, A-1090 Vienna

 

Source: LEAD Horizon
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Travel