omniture

CCTV+: Xi seru kerjasama inovasi teknologi sains global di pembukaan Forum Zhongguancun (ZGC) 2021

CCTV+
2021-09-28 07:57 157

BEIJING, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping menyeru kerjasama global dalam inovasi saintifik dan teknologi di Forum Zhongguancun di Beijing pada hari Jumaat lalu.

Berucap di majlis perasmian forum tersebut melalui pautan video, Xi berkata negara-negara di dunia ini harus meningkatkan pembukaan dan kerjasama teknologi sains dan meneroka pendekatan serta cara untuk menangani isu-isu global yang penting melalui usaha bersepadu dalam inovasi teknologi sains.

"Ia semakin mustahak berbanding sebelum ini untuk semua negara meningkatkan pembukaan dan kerjasama teknologi sains dan meneroka pendekatan serta cara untuk menangani isu-isu global yang penting melalui usaha bersepadu dalam inovasi teknologi sains. Semua negara harus bersatu padu bagi menghadapi cabaran bersama pada masa ini dan bersama-sama mendorong usaha murni terhadap keamanan dan pembangunan manusia," kata beliau.

"China meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap inovasi teknologi sains dan komited terhadap kerjasama global berhubung hal ini. Memandang ke hadapan, kami akan mengukuhkan pertukaran teknologi sains antarabangsa dengan sikap yang lebih terbuka, terlibat dengan aktif dalam rangkaian inovasi global dan berganding bahu bersama negara-negara lain untuk menggalakkan penyelidikan asas. Kami akan mendorong pengkomersialan hasil kajian, memupuk dorongan baharu untuk pembangunan ekonomi, meningkatkan perlindungan terhadap hak harta intelek, mewujudkan ekosistem inovasi kelas pertama dan mendorong konsep 'sains dan teknologi demi kebaikan' agar dapat memenuhi tujuan utama untuk meningkatkan tadbir urus teknologi sains global serta memperbaiki kesejahteraan umat manusia," kata Xi.

"Zhongguancun ialah zon perintis negara pertama China untuk inovasi yang bebas. Forum Zhongguancun ialah platform peringkat kebangsaan untuk pertukaran dan kerjasama teknologi sains antarabangsa. China menyokong Zhongguancun untuk memulakan pusingan reformasi yang baharu, mempercepatkan pembinaan taman teknologi sains bertaraf dunia dan memberi sumbangan baharu terhadap inovasi dan kerjasama teknologi sains global. Saya berharap peserta-peserta forum akan memperoleh pertukaran mendalam dan menghimpunkan kebijaksanaan bagi menawarkan pandangan mengenai bagaimana untuk memajukan inovasi dan kerjasama teknologi sains global serta cara untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," kata Xi.

Forum tahun ini dijadualkan untuk diadakan mulai 24 hingga 28 September. Bertema "kecerdasan, kesihatan dan keneutralan karbon," ia bermatlamat untuk menunjukkan keazaman China dalam menggalakkan pembangunan melalui sains dan teknologi, membina tamadun ekologi dan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam perubahan iklim.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=ftSujLjG0sc

Source: CCTV+
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Asian-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)