omniture

Harrods dan The Dalmore Cipta Koleksi Wiski yang Paling Jarang Didapati di Dunia

Dalmore Whisky
2013-07-16 20:44 227

GLASGOW, Scotland, 16 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Peneraju peruncit mewah dunia telah bekerjasama dengan salah sebuah jenama wiski malt terbaik di dunia untuk mencipta koleksi wiski yang jarang didapati dan yang sememangnya unik.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/61942-harrods-the-dalmore-rare-whisky-collection 

Koleksi Dalmore Paterson – satu-satunya koleksi seumpamanya di dunia – akan dijual dan dipamerkan untuk jualan di dalam Bilik Minuman Keras Harrods yang baru siap diubah suai mulai 16 Julai 2013 dengan harga £987,500.

Keghairahan Seumur Hidup Seorang Lelaki

Terdiri daripada dua belas botol, setiap jenis minuman keras yang jarang didapati itu telah dinilai, dihidu, dirasa dan dipilih satu-persatu oleh Richard Paterson, penyuling pakar The Dalmore, daripada antara stok yang paling jarang didapati, paling tua dan paling bernilai di dunia. Tetapi bukan beliau seorang sahaja yang bertugas untuk itu kerana Nick Fleming, pembeli wain dan minuman keras untuk Harrods, menggunakan kepakaran beliau yang tiada tolok bandingnya untuk membantu memilih wiski-wiski itu.

Richard telah memilih untuk menamakan setiap wiski-wiski itu, yang bertarikh dari 1926 sehinggalah 1990an, sebagai penghormatan kepada orang-orang yang telah mempengaruhi dan mengilhamkan beliau sepanjang kerjaya beliau, daripada ayah beliau sendiri dan datuk beliau sehinggalah kepada pengasas syarikat induk The Dalmore, James Whyte dan Charles Mackay.

Keperibadian Richard Paterson juga telah disematkan pada Koleksi itu melalui penghasilan sebuah lejar peribadi dan ditulis tangan yang unik, yang terdiri daripada lebih 200 halaman dan mengambil masa lebih 1000 jam untuk ditulis, yang mengabadikan setiap buah fikiran Richard dan langkah beliau untuk menghasilkan koleksi itu.

Lejar, Botol Arak Bercembul dan Kabinet yang Ditempah Khas dan Dibuat dengan Tangan

Lejar itu telah dicipta oleh John Watson & Company Ltd, salah sebuah syarikat pencetak tertua Glasgow dan sudah lama menjadi pembekal industri wiski. Setiap halaman itu telah dilipat dengan tangan dan dilapisi satu-persatu dengan perak bersama tanda tangan Richard sebelum dijilidkan menjadi sebuah buku yang ditempah khas yang diperbuat daripada kulit anak lembu paling bermutu tinggi.

Setiap dua belas jenis minuman keras itu dipersembahkan dalam sebuah botol arak bercembul kristal plumbum buatan tangan, dihasilkan oleh Glencairn, salah sebuah peneraju syarikat kristal di dunia. Pembuat barang kemas mewah Hamilton & Inches telah mereka dan mengukir dengan tangan setiap hiasan perak pada setiap botol itu.

Koleksi itu sendiri diletakkan dalam sebuah kabinet kayu yang ditempah khas, dibuat oleh salah satu peneraju pembuat kabinet di Britain, Gavin Robertson, yang terhasil melalui proses rekaan dan kraf selama lebih 700 jam.

Pasaran Global untuk Wiski Mewah Berkembang Maju

Pasaran global untuk minuman keras wain mewah terus berkembang subur dengan ramalan pertumbuhan sebanyak 12% pada tahun 2013. Pertumbuhan ini disemarakkan lagi dengan gabungan beberapa faktor, termasuk peningkatan berterusan pengguna mewah China yang bertanggungjawab untuk satu daripada setiap empat pembelian barangan mewah peribadi, dan juga peningkatan pelancongan mewah yang bertanggungjawab untuk 40% perbelanjaan mewah global. (Bain & Company "Kajian Pasaran Barangan Mewah Sedunia" 2012)

Pasaran global untuk wiski mewah khususnya mencerminkan arah aliran ini, dengan pasaran memuncul seperti Amerika Latin dan Asia menunjukkan permintaan yang tinggi untuk jenis minuman keras vintaj dan jarang didapati. Selera yang besar untuk arak single malt juga tersebar luas dalam kalangan pasaran matang seperti di AS, di mana wiski mewah adalah salah sebuah sektor dinamik dalam pasaran minuman keras AS dengan jumlah jualan meningkat sebanyak 16% pada tahun 2012 (CandMResearch, 2013).

Petikan kata

Penyuling pakar The Dalmore Richard Paterson berkata: "Bergandingan bersama Harrods, kami telah mencipta satu koleksi wiski yang paling berkualiti tinggi yang benar-benar boleh mendabik dada sebagai hanya satu koleksi seumpamanya di dunia. Saya sendiri telah melaburkan banyak masa saya untuk memastikan setiap satu daripada dua belas jenis minuman keras ini mewakili yang terbaik dalam stok yang bernilai dan sangat jarang didapati ini yang kami semai di tapak penyulingan di Alness. Saya gembira kerana kami mampu memberi koleksi ini paparan yang layak baginya, dengan mengambil kedudukan utama dalam bilik minuman keras untuk peruncit mewah nombor satu dunia."

Bruce Langlands, pengarah makanan di Harrods, berkata mereka tidak risau untuk mencari pembeli bagi koleksi unik ini. "Jika kami ada sekelumit rasa ragu-ragu untuk menjual satu rangkaian wiski yang sehebat itu, kami takkan mengeluarkan belanja sebanyak itu untuk menghasilkannya bersama The Dalmore. Ini merupakan produk pertama untuk bilik minuman keras baharu kami, dan dipamerkan dengan bangganya dalam kabinet buatan tangan yang ditempah khas. Saya lebih risau yang ia akan dijual pantas dan kami akan kehilangan subjek percakapan ramai dan tarikan khalayak umum dalam bilik minuman keras itu!"

John Beard, ketua eksekutif untuk Whyte & Mackay yang memiliki jenama The Dalmore, menambah lagi: "Ini merupakan hubungan perkongsian sebenar antara The Dalmore dengan Harrods, dengan banyak masa dan tenaga dikhususkan untuk mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa. Tidak ada orang lain yang pernah melancarkan koleksi wiski sepertinya sebelum ini. Ia mewakili usaha seumur hidup salah seorang ahli industri wiski yang paling berdedikasi, dihormati dan disayangi – Richard Paterson. Sesiapa yang membelinya akan memiliki koleksi wiski yang sememangnya unik serta secebis diri Richard sendiri kerana beliau sudah menyumbang terlalu banyak demi penciptaan koleksi ini."

Nota kepada editor:

Maklumat lanjut mengenai The Dalmore:

Berasal sejak zaman Raja Alexander III, The Dalmore mendapat lambang rusa jantan bertanduk cabang 12 yang ikonik itu pada tahun 1263 apabila salah seorang ahli suku Mackenzie menyelamatkan raja daripada ditanduk oleh seekor rusa jantan.

Tidak seperti wiski lain, The Dalmore dihasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Memandangkan proses penyulingan adalah berbeza-beza, takkan ada dua kelompok penghasilan yang sama, lalu memastikan setiap pengeluaran wiski The Dalmore adalah unik.

Kilang penyulingan The Dalmore menempatkan beberapa stok wiski yang paling bernilai dan paling jarang didapati di Scotland. Dengan menempatkan The Dalmore Trinitas yang berusia 64 tahun yang telah memecahkan rekod serta beberapa jenis minuman keras lain yang jarang didapati seperti Sirius, Selene, Candela dan Oculus, tidak hairanlah para pelabur, pengumpul dan penggemar wiski memberi tumpuan terhadap koleksi ini dengan teliti.

Video: http://www.multivu.com/mnr/61942-harrods-the-dalmore-rare-whisky-collection

Sumber: Dalmore Whisky

Source: Dalmore Whisky
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services