omniture

Cato Menandatangani Perjanjian Hak Pengedaran dengan SecureCraft di Singapura dan Malaysia

Cato Networks LTD.
2021-09-29 17:20 20

Perjanjian baharu ini memperkukuh komitmen Cato yang berterusan terhadap saluran di rantau Asia Pasifik

TEL AVIV, Israel, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Cato Networks, penyedia platform SASE yang pertama di dunia, hari ini mengumumkan bahawa SecureCraft Pte. Ltd.telah menyertai program rakan saluran Cato di Singapura dan Malaysia.

Dengan memanfaatkan kepakaran pasaran, rangkaian dan jangkauan salurannya yang sedia ada, SecureCraft akan mengetuai pengenalan Cato Networks ke dalam pasaran tempatan dan menyediakan sokongan serantau kepada penyepadu sistem serta para pengedar penyelesaian keselamatan dan rangkaian berasaskan awan Cato.

Cato Memperluas Jangkauannya terhadap Perkhidmatan Keselamatan dengan SecureCraft

SecureCraft diiktiraf secara meluas sebagai pengedar penyelesaian keselamatan yang terkemuka di rantau ini. Syarikat ini komited untuk membantu para pelanggannya mengurangkan risiko keselamatan maklumat, melindungi perniagaan mereka dan memastikan pematuhan kawal selia.

"Kami gembira kerana SecureCraft menyertai program rakan niaga serantau kami ini," kata Daniel Lee, Naib Presiden Jualan Asia Pasifik dan Jepun, Cato Networks. "Syarikat ini terkenal kerana menjalin kerjasama dengan vendor terpilih yang terkemuka dalam domain masing-masing di pasaran. Tambahan penyelesaian Cato ke dalam portfolio mereka membolehkan rakan pengedar meraih keuntungan daripada minat yang meningkat dengan pantas terhadap SASE. Dan Cato mendapat rakan pengedar yang mempunyai reputasi cemerlang dengan fokus utamanya terhadap penyelesaian dan kepakaran keselamatan yang serba lengkap."

"SecureCraft gembira dapat bekerjasama dengan Cato Networks sebagai pengedar platform SASE mereka yang terkemuka dalam industri," kata Ivan Lo, Pengurus Besar Kumpulan SecureCraft. "Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Cato Networks yang berkembang dan mula menyediakan pelanggan kami di Singapura dan Malaysia dengan penyelesaian yang mampu menyampaikan perkhidmatan rangkaian dan keselamatan sebagai perkhidmatan natif awan global. Dengan menggunakan Cato, para pelanggan kami boleh menghubungkan dan menjaga pekerja jarak jauh serta sumber awan mereka, begitu juga dengan pejabat cawangan dan lokasi-lokasi lain."

SASE telah dinanti-nantikan oleh organisasi yang menghadapi cabaran keselamatan akibat pandemik ini apabila pekerja bekerja secara bertebaran dari rumah mereka masing-masing. Seni bina SASE mengenal pasti pengguna dan peranti, mengguna pakai keselamatan berasaskan polisi serta memberikan akses yang selamat kepada data atau penggunaan dengan sewajarnya. Pendekatan ini membolehkan organisasi menerapkan akses yang selamat tanpa mengira lokasi pengguna, aplikasi atau peranti mereka dan sangat sesuai dengan keperluan keselamatan rangkaian masa kini. Menyelesaikan cabaran perniagaan baharu dengan penyelesaian tertumpu membawa kepada silo teknikal yang kompleks dan melibatkan kos yang tinggi untuk dimiliki dan diuruskan, namun SASE mengubah keadaan ini dan membolehkan syarikat untuk terhubung dengan selamat kepada semua jenis teknologi (WAN, awan, mudah alih dan IoT).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cato, sila layarihttps://www.catonetworks.com/.

Untuk mengetahui cara menjadi Rakan Cato, sila layari https://www.catonetworks.com/partners.

Tentang Cato Networks 

Cato ialah platform SASE pertama di dunia yang menggabungkan SD-WAN dan rangkaian keselamatan ke dalam perkhidmatan natif awan global. Cato mengoptimum dan menjamin akses penggunaan untuk semua pengguna dan lokasi. Dengan menggunakan Cato, pelanggan dapat berpindah dengan mudah daripada MPLS kepada SD-WAN, mengoptimumkan kesalinghubungan pada premis dan penggunaan awan, membolehkan akses Internet cawangan yang selamat di mana-mana sahaja dan menyepadukan pusat data awan serta pengguna mudah alih dengan lancar ke dalam rangkaian dengan seni bina sifar kepercayaan. Dengan Cato, rangkaian dan perniagaan anda bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan datang. CatoNetworks.com @CatoNetworks.

Tentang SecureCraft 

SecureCraft ialah pengedar penyelesaian keselamatan nilai tambah yang percaya pada penciptaan nilai dalam kalangan perniagaan para pelanggannya. Dengan pasukan profesional keselamatan yang komited dan mahir yang memberi tumpuan kepada keselamatan maklumat semata-mata, SecureCraft memahami sepenuhnya akan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dalam dunia masa kini yang dipacu maklumat. Visi kami ialah untuk menjadi syarikat pilihan yang menawarkan keselamatan siber serta prestasi rangkaian terbaik dan menjadi pengedar penyelesaian untuk produk keselamatan hujung ke hujung.

 

 

Source: Cato Networks LTD.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Contracts Corporate Expansion