omniture

Kuiz TCO Certified mendedahkan pengetahuan kita tentang e-sisa

TCO Development
2021-09-29 18:19 16

STOCKHOLM, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- "Berbincang tentang e-sisa adalah sangat penting untuk membantu para pembeli mengambil pendekatan yang lebih holistik terhadap barangan elektronik mereka", kata Gabriella Mellstrand, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi TCO Development.

TCO Certified quiz reveals what we know about e-waste
TCO Certified quiz reveals what we know about e-waste

14 Oktober ialah Hari E-sisa Antarabangsa, sebuah inisiatif yang bermatlamat untuk mengurangkan beban e-sisa terhadap alam sekitar dan menjimatkan sumber semula jadi. Untuk menyokong aktiviti pendidikan dan kesedaran awam berkaitan inisiatif ini, TCO Development melancarkan kuiz e-sisa.

Dengan hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam kuiz tersebut, ini adalah antara beberapa penemuannya!

18% percaya bahawa jumlah e-sisa yang semakin meningkat disebabkan terutamanya oleh hakikat bahawa orang ramai akhirnya memulakan kitar semula. 

Malah, peningkatan jumlah e-sisa didorong terutamanya oleh kadar penggunaan elektronik yang lebih tinggi, kitaran hayat yang pendek dan pilihan pembaikan yang sedikit.

"Satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk alam sekitar, dari segi e-sisa dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ialah mengekalkan penggunaan produk IT dengan lebih lama. Sebagai contoh, tambahan dua tahun kepada jangka hayat komputer buku nota boleh mengurangkan jumlah pelepasan hingga 30 peratus." Sambung Gabriella Mellstrand.

95% sedar bahawa e-sisa merupakan risiko kepada kesihatan manusia. 

E-sisa mengandungi beberapa bahan berbahaya yang berisiko berlaku kebocoran kepada alam sekitar semula jadi yang menjejaskan kesihatan manusia sekiranya tidak dikitar semula dengan betul.

Hanya lebih separuh daripada responden menjawab dengan betul bahawa anggaran nilai tahunan bahan mentah yang terkandung dalam e-sisa berjumlah EUR55 bilion.

Selain daripada berisiko kepada kesihatan manusia dan alam sekitar, cara pengendalian e-sisa pada masa ini mempunyai kesan ekonomi yang negatif. Produk elektronik mengandungi sejumlah sumber berharga yang sukar didapati yang penting bagi memenuhi keperluan produk kita pada masa hadapan.

"Jadilah sebahagian daripada penyelesaian ini. Pastikan produk IT anda berada dalam kitaran selama yang boleh dengan mengguna, mengguna semula, membaiki atau menjual semula produk tersebut. Sekiranya tiada satu pun daripada perkara tersebut boleh dilakukan, pastikan produk ini dikitar semula secara bertanggungjawab," simpul Gabriella Mellstrand.

Uji pengetahuan anda - jawab kuiz e-sisa! 

Ke arah kelestarian produk IT 

Dengan pengalaman selama lebih 30 tahun, TCO Certified merupakan pensijilan kelestarian terkemuka di dunia bagi produk IT. Kriteria komprehensif kami direka untuk mendorong tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hayat produk. Merangkumi 11 kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas bagi prapensijilan dan juga pasca pensijilan.

Sila hubungi 
Gabriella Mellstrand
+46 (0)706 358 351
press@tcodevelopment.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1630981/TCO_Certified_quiz.jpg?p=medium600

 

Source: TCO Development
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Survey, Polls & Research