omniture

Financial Sector Conference Merumuskan Ceramah Persidangan Sektor Kewangan sebagai Acara Fokusnya yang Pertama

Saudi Ministry of Finance
2021-09-29 20:31 57

RIYADH, Arab Saudi, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, 27 September 2021, Financial Sector Conference (FSC) merumuskan acara fokusnya yang pertama iaitu 'Ceramah Persidangan Sektor Kewangan' yang dianjurkan oleh rakan Program Pembangunan Sektor Kewangan (Kementerian Kewangan – Bank Pusat Arab Saudi – CMA) dan dianjurkan di menara Rafal di Riyadh.

Ucapan pembukaan acara tersebut telah disampaikan oleh T.Y.T Dr. Fahad Al-Mubarak, Gabenor Bank Pusat Arab Saudi yang menjelaskan tentang Peningkatan Trend Global dalam Kelestarian dan Perubahan Iklim. 

Panel pertama untuk acara ini membincangkan tentang "Ekosistem ESG Kerajaan Arab Saudi: Peluang dan Cabaran". Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Encik Jamie Sanz, Pengarah Urusan & Ketua, Penasihat Berdaulat Societe Generale dan disertai oleh T.Y.T Mohammed El-Kuwaiz, Pengerusi Capital Market Authority (CMA), Encik Hani Almediani, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif NDMC dan Jurutera Fahad Al-Ajlan, Presiden KAPSARC.

Panel kedua yang bertajuk "Pasaran Modal ESG: Landskap Pelaburan Baharu", dikendalikan oleh Encik Jean Mercer, Naib Pengerusi, Pasaran Modal HSBC. Panel ini menampilkan penceramah berikut: Encik Timothée Jaulin, Ketua Pembangunan & Sokongan ESG, Amundi Asset Management, Cik Polina Kurdyavko, Bluebay Asset Management & Rakan Niaga - EM Senior Sovereign PM, Encik Manish Manchandya, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Saudi Electricity Company (SEC) dan Encik Paddy Padmanathan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ACWA Power.

Mewakili Kementerian Kewangan, majlis ini dirumuskan oleh Encik Abdulaziz Alrasheed, Pembantu Menteri Kewangan untuk Hubungan Makro-Fiskal & Antarabangsa yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelia Financial Sector Conference dengan penekanan beliau terhadap usaha kerajaan negara tersebut ke arah kelestarian.

Acara ini merupakan perbincangan pertama daripada siri pengenalan edisi kedua FSC yang akan diadakan pada suku pertama tahun 2022 yang bertujuan untuk membincangkan peranan ESG yang semakin meningkat serta usaha keseluruhan untuk merapatkan jurang kewangan, mencapai kewangan lestari yang selaras dengan objektif kelestarian PBB serta membimbing institusi kewangan ke arah penciptaan nilai jangka panjang dengan instrumen ESG; bagi mencapai pasaran berasaskan modal yang lestari dan meningkatkan skop pembiayaan lestari.

Acara ini menyatukan para usahawan dalam menyampaikan dan bertukar-tukar idea serta pengalaman untuk membincangkan peluang pelaburan dalam membangunkan sektor kewangan Arab Saudi khususnya bagi menarik minat usahawan tempatan, serantau dan antarabangsa, wakil-wakil sektor swasta dan awam termasuk perunding berprofil tinggi antarabangsa dan institusi kewangan, agensi kredit serta pakar pembiaya, pelaburan, bank dan insurans.

Ingin ditekankan bahawa edisi kedua Persidangan Sektor Kewangan ini berhasrat untuk mencapai integrasi saling bergantungan dalam ekosistem sektor kewangan melalui pelbagai alat dan kaedah, sejak ia dilancarkan pada tahun 2019. Di samping itu, ia bercita-cita untuk mencapai pertumbuhan lestari dalam rangka kerja kewangan yang stabil dan berdaya tahan sambil menggunakan alat yang inovatif untuk pembangunan dan pengurusan perkhidmatan.

Persidangan ini merupakan salah satu inisiatif Program Pembangunan Sektor Kewangan yang dilancarkan oleh Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan di bawah Program Wawasan 2030 yang bertujuan untuk merealisasikan objektif Wawasan 2030 Arab Saudi dengan mewujudkan sektor kewangan berbilang dan berkesan yang menyokong pembangunan ekonomi negara tersebut.

Untuk menonton acara ini, sila klik di sini: https://twitter.com/i/broadcasts/1BRJjnzlLqaJw

Tweet: Financial Sector Conference Concludes its First Focused Event of the Financial Sector Conference Talks (Financial Sector Conference Merumuskan Ceramah Persidangan Sektor Kewangan Fokusnya yang Pertama)

Pautan: https://twitter.com/i/broadcasts/1BRJjnzlLqaJw

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1637283/Financial_Sector_Conference_Talks_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Saudi Ministry of Finance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology