omniture

Haus Laboratories Makeup oleh Lady Gaga Melancarkan Palet Pembayang Mata Love For Sale - Formula Berprestasi Tinggi Baharu yang Menampilkan Warna Asli Dan Campuran Serta Meraikan Persahabatan Istimewa, Album Duet Jaz Dan Era Glamor Klasik

Haus Laboratories
2021-09-29 21:58 73

EL SEGUNDO, California, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- IBU PEJABAT HAUS LABORATORIES:

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

Jenama kecantikan Lady Gaga, Haus Laboratories, memperkenalkan Palet Pembayang Mata Love For Sale baharu yang mewah dan berpigmen. Rangkaian serba guna matte kebalduan, pengilat yang menarik, metalik pelbagai dimensi dan pembayang pelengkap "champagne" universal menampilkan minat Lady Gaga dan Tony Bennett terhadap muzik jaz yang dizahirkan melalui ekspresi seni solekan. Dengan formula yang serba baharu dan unggul disertai dengan pemakaian berprestasi tinggi melalui kaedah pewarnaan universal yang menyerlah, palet edisi terhad ini menandakan evolusi tahap seterusnya bagi jenama ini. Palet Pembayang Mata Love For Sale dilancarkan lebih awal sebelum pelancaran album pada 1 Oktober ini dengan menggunakan nama yang sama seperti yang ditampilkan oleh Tony Bennett dan Lady Gaga yang telah lama bersahabat dan berkongsi minat terhadap muzik Cole Porter Songbook.

Diformulasi di Itali, pigmen berprestasi tinggi ini menghasilkan penampilan penuh dengan kelebihan warna yang unggul. Apa yang anda lihat dalam pan ialah apa yang akan anda dapat - dibuat menggunakan teknologi penekan untuk mengoptimumkan daya tarikan warna, tekstur ultra mewah dan berkrim ini hanya memerlukan satu calitan pada pan yang tiada tandingan dan digunakan untuk warna kulit yang asli dan campuran serta melekat dengan kesan pudar yang minimum. Formula tumbuh-tumbuhan dan bebas kekejaman haiwan ini didatangkan dalam 18 kepelbagaian warna daripada matte mewah hingga pengilat bak mutiara yang berwarna-warni, metalik yang luar biasa serta pembayang pelengkap asli untuk kesan kilauan yang indah pada SEMUA JENIS KULIT. Dengan formula litupan yang boleh dibina dan menyerap ke dalam kulit untuk adunan warna yang mudah, lapisan pembayang mata ini mengubah mata dan menampilkan wajah universal yang menarik dan bertahan lama. Warna pelbagai guna ini boleh digunakan sebagai penyerlah, pembayang mata atau penggaris mata serba boleh yang unggul.

Pengasasnya, Lady Gaga berkongsi: "Haus Labs menjemput anda untuk kembali menjadi GLAMOR dengan pembayang mata berprestasi tinggi menggunakan formulasi tahap seterusnya dalam edisi baharu lagi terhad Palet Pembayang Mata Love For Sale saya. Sebagaimana diri saya, pembayang ini juga dihasilkan di Itali. Palet 18 pan atau lubang ini dipenuhi dengan kesemua warna yang anda inginkan untuk mencipta perubahan "Siang dan Malam" klasik dan ia menjadi pilihan saya dalam semua penampilan saya baru-baru ini – dari pentas hingga pemakaian harian. Palet ini dibuat dengan penuh kebaikan, tumbuh-tumbuhan serta bebas daripada kekejaman haiwan dan diilhamkan oleh album duet jaz baharu saya bersama Tony Bennett iaitu "Love For Sale."  Saya menamakan beberapa warna dalam palet ini sempena nama ikon jaz wanita yang sentiasa saya kagumi, bersama-sama dengan beberapa buah lagu yang pernah mereka nyanyikan selama beberapa dekad.  Seperti yang selalu saya katakan, anda tidak perlu menjadi seorang seniman untuk kelihatan berseni atau seorang penyanyi untuk menghiburkan hati anda. Hiduplah dengan penuh warna-warni."

Lady Gaga telah menunjukkan minatnya pada palet ini dari awal hingga akhir, bermula dengan fokus terhadap inovasi formula dan susunan penceritaan warna daripada lebih 100 warna hingga menamakan warna-warna akhir dengan "Etta," "Billie," "Dream Dancing," "I Get a Kick Out of You," dan hero warna/tajuk lagu "Love for Sale" yang pasti akan menjadi kegemaran para peminat. Nama-nama warna ini diinspirasikan oleh pemuzik jaz dan lagu-lagu Cole Porter seperti yang ditampilkan dalam album baharu tersebut. Gaga memilih setiap nama pembayang mata ini dengan teliti bagi memastikan pengguna menghayati sepenuhnya warna-warna tersebut sebagaimana dirinya.

Dengan formula, tekstur dan kepelbagaian warna yang berprestasi tinggi, palet ini menyampaikan prestasi serta mutu pemakaian - dan pengasas Lady Gaga boleh membuktikannya. Pengarah Seni Global Haus Laboratories merangkap jurusolek berpengalaman, Sarah Tanno, telah menampilkan wajah Gaga terkini yang menarik perhatian menggunakan palet ini. Dari pentas ke layar perak malah di jalanan, Tanno dan Gaga telah menguji palet ini sebaiknya menggunakan rangkaian warna yang boleh digunakan untuk semua jenis solekan, daripada persembahan harian beliau yang menarik perhatian di jalan-jalan di Bandar Raya New York hingga konsert akhir beliau bersama penyanyi legenda, Tony Bennett di Radio City Music Hall pada bulan lepas.

"Dengan pelbagai formulasi dalam palet ini, anda boleh mencipta beratus-ratus jenis penampilan daripada wajah harian hingga wajah berseni," kongsi Sarah Tanno, Pengarah Seni Global Haus Labs.

Petua profesional: Oleh kerana pembayang pelengkap berkilat "Do I Love You" tidak memerlukan pembayang dasar, ia boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan warna lain untuk menambahkan seri wajah. Gunakan jari anda atau berus untuk mencalit pembayang pelengkap "Do I Love You" ke seluruh kelopak mata anda untuk menaikkan seri wajah ke tahap seterusnya."

Palet Pembayang Mata Love For Sale ini akan tersedia pada 28 September 2021 di HausLabs.com dan amazon.com. Bagi meraikan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen, untuk setiap edisi terhad palet "Love For Sale" yang dijual di hauslabs.com, sebanyak $1 akan didermakan oleh Haus Labs kepada organisasi Tony Bennett dan Susan Benedetto, Exploring the Arts bagi menyokong misinya untuk mengubah kehidupan belia melalui pendidikan seni.

HAUS LABORATORIES // @hauslabs // www.hauslabs.com   // #hauslabs

Dilancarkan pada tahun 2019 oleh artis dan wanita berwawasan lagi kreatif, Lady Gaga, Haus Laboratories ialah jenama alat solek digital asli global yang meraikan seni, warna dan kasih sayang terhadap diri sendiri – dengan mempercayai bahawa kecantikan ialah cara anda melihat diri anda sendiri (bukan cara orang lain melihat anda). Misi jenama ini adalah untuk memperkasa dan meningkatkan penampilan melalui alat solek dan menyokong Born This Way Foundation. Haus Labs terkenal dengan penggaris mata yang ikonik, menarik dan tahan lama dalam bentuk pensel cecair, pensel dengan hujung mikro, celak dan gel, gincu bibir kegemaran peminat mereka iaitu Krayon Bibir Le Monster Matte dan Pensel Kening The Edge Precision yang memenangi anugerah serta Minyak Bibir PhD Hybrid ultra hidrasi. SEMUA produk Diperbuat dengan penuh Kebaikan: 100% tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan. Alat solek Haus Laboratories dijual secara eksklusif di amazon.com dan hauslabs.com. Haus Kami, Peraturan Anda. Sertai perbualan: #hauslabs @hauslabs

Tentang Exploring the Arts

Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh penyanyi dan pelukis legenda Amerika, Tony Bennett dan isterinya Susan Benedetto, seorang bekas guru sekolah awam, Exploring the Arts (ETA) merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan 501c3 yang menyokong sekolah menengah awam di seluruh Bandar Raya New York dan Daerah Los Angeles.

Diilhamkan daripada kejayaan Frank Sinatra School of the Arts (Rakan Sekolah utama ETA yang diasaskan oleh Tony dan Susan), organisasi ini memperluas programnya untuk membantu senarai Rakan Sekolah yang semakin meningkat dan memerlukan sokongan.

Perjuangan ETA adalah berteraskan visi untuk menyediakan sumber dan peluang seni yang lebih saksama kepada remaja yang berhadapan dengan jurang taraf hidup.

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

 

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

 

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

 

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

 

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

 

Love For Sale Shadow Palette
Love For Sale Shadow Palette

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636657/LFS_Official_HausLabs_Palette_V1_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636652/LFS_Official_HausLabs_MCM_Swatches_Shot_5_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636653/LFS_Official_HausLabs_Palette_4Crushed_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636654/LFS_Official_HausLabs_Palette_4Pans_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636656/LFS_Official_HausLabs_Palette_Shot_4_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636660/LFS_Official_HausLabs_Piano_Palette_Shot2_crop.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636663/LFS_Official_HausLabs_Palette_V2_crop.jpg?p=medium600

Source: Haus Laboratories
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services