omniture

Kaedah yang dapat kita lakukan untuk membantu meningkatkan standard penjagaan kanak-kanak sumbing bagi mengoptimumkan kesihatan oral mereka

FDI World Dental Federation
2021-09-30 08:00 25

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) mengeluarkan sumber pendidikan baharu untuk melancarkan World Smile Day®

GENEVA, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Di seluruh dunia, terdapat bayi yang dilahirkan sumbing setiap tiga minit yang bersamaan dengan 540 orang bayi setiap hari. Bayi yang dilahirkan sumbing sering menghadapi kesukaran untuk makan, bernafas, mendengar, bercakap dan berkembang. Setiap kanak-kanak berhak memiliki kesihatan oral yang baik dan inilah sebabnya Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) bergabung tenaga dengan Smile Train bagi melancarkan sumber pendidikan baharu dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan yang dilahirkan sumbing.

- Gambar boleh didapati di AP Images ( http://www.apimages.com ) -

Sumbing bibir dan lelangit (sumbing) merupakan kelainan kelahiran paling biasa pada muka dan mulut serta memberi kesan kepada pertumbuhan mulut, gusi dan lelangit. Kanak-kanak sumbing juga secara uniknya terdedah kepada kesihatan mulut yang kurang baik dan biasanya mengalami gangguan seperti kehilangan, pertambahan atau kecacatan gigi serta struktur muka yang terjejas. Begitu juga dengan kanak-kanak yang menjalani pembedahan sumbing, mereka turut berisiko menghadapi karies, penyakit periodontium dan masalah kesihatan mulut serta kesejahteraan yang lain semasa mereka membesar dan berkembang.

Sumber-sumber yang dibangunkan dengan sokongan daripada GSK Consumer Healthcare ini bertujuan untuk mengukir senyuman pada setiap kanak-kanak semasa World Smile Day® dengan penjagaan kesihatan oral yang optimum. Bahan-bahan yang tersedia merangkumi garis panduan untuk doktor gigi dan ahli pasukan penjagaan sumbing utama yang lain serta sumber untuk pesakit, keluarga dan komuniti yang menekankan kepentingan kesihatan mulut, menerangkan tentang cabaran penjagaan kesihatan oral selain pembedahan sumbing dan memberikan panduan kesihatan oral yang penting. 

"Sebagai profesional kesihatan oral, kami mengetahui kesan jangka panjang penyakit mulut terhadap keseluruhan kesihatan, perkembangan serta kesejahteraan kanak-kanak dan orang dewasa," kata Presiden FDI yang Dilantik, Prof. Ihsane Ben Yahya. "Dengan memastikan individu sumbing menerima pembedahan serta penjagaan kesihatan oral yang tepat pada masanya, kita boleh melindungi integrasi mereka ke dalam masyarakat, memberikan mereka keyakinan diri dan potensi untuk berjaya dalam akademik".

"Kerjasama Smile Train dan FDI dengan sokongan GSK Consumer Healthcare serta sumber yang telah dihasilkan daripada komitmen bersama ini untuk memajukan kesihatan oral dalam populasi rentan akan mengubah kehidupan generasi akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train, Susannah Schaefer.

GSK Consumer Healthcare telah berikrar untuk meneruskan sokongan luar biasanya terhadap inisiatif FDI dan Smile Train termasuk menganjurkan bengkel menggunakan sumber pendidikan baharu dan membangunkan platform pendidikan yang mengandungi sesi rakaman serta video langkah-langkah kesihatan oral berfokuskan keluarga bagi golongan sumbing.

"Di GSK Consumer Healthcare, kami sedang menjalankan misi untuk menghapuskan masalah kesihatan oral yang boleh dicegah dan kami percaya kepada kepentingan kesihatan dan kebersihan oral yang baik untuk semua, terutama bagi golongan sumbing," kata Ketua Kesihatan Oral GSK, Jayant Singh. "Penjagaan sumbing yang komprehensif merupakan fokus utama sokongan yang kami berikan kepada Smile Train dan FDI. Kami berbangga dengan perkembangan yang dicapai daripada pelancaran sumber-sumber ini, yang kami harapkan dapat berfungsi sebagai alat yang mengubah dan sangat diperlukan oleh seluruh pasukan penjagaan sumbing".

Baca sumber-sumber ini dan mula lakukan perubahan pada kesihatan oral generasi akan datang. Anda juga boleh menonton  webinar untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan yang tersedia.

Hubungan Media

Chaz Jagait, Pengarah Sokongan dan Komunikasi FDI
Mudah Alih: +41 79 796 76 13; E-mel:
cjagait@fdiworlddental.org  

Nijha Diggs, Pengarah Kanan Perhubungan Awam, Smile Train
E-mel:
ndiggs@smiletrain.org

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Education Health Care/Hospital Children-related news New products/services