PARIS, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Jenama peranti boleh pakai pintar global yang terkemuka Amazfit hari ini mengumumkan kerjasama terkini mereka dengan HELIOT EMIL, sebagai Rakan Kongsi Peranti Boleh Pakai Global Rasminya.
Perkongsian jenama ini akan diperkenalkan buat julung kalinya semasa Minggu Fesyen Paris di pertunjukan pentas peragaan Musim Bunga/Panas 2022 HELIOT EMIL.
Di Mana Fesyen Bertemu Teknologi Inovatif
Amazfit ialah jenama yang menggalakkan pengguna untuk menghidupkan minat mereka dan meneroka kemungkinan yang tidak terbatas. Sebagai jenama aksesori teknologi peka fesyen, Amazfit mencipta produk yang menggalakkan penggunanya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
Semasa Minggu Fesyen Paris, Amazfit akan menggabungkan selanjutnya fesyen dan teknologi bagi menunjukkan sejauh mana peranti pintar dapat menjadi wadah untuk gaya peribadi yang dapat dipakai di atas atau di luar pentas peragaan. Jam tangan pintar Amazfit, termasuk GTR 2, GTS 2e dibangunkan untuk membantu orang ramai mengambil langkah pertama mereka menuju kecergasan pintar dan dalam masa yang sama kelihatan amat bergaya dan sangat selari dengan falsafah fesyen unik HELIOT EMIL.
"Jangan pernah berhenti berinovasi dan teruskan mendorong dialog semantik dalam industri kreatif," kata HELIOT EMIL.
Di Mana Gaya Bertemu Kesihatan
Siri GTR 2 dan GTS 2 Amazfit dilengkapi dengan sensor optik kejituan tinggi PPG BioTracker™ 2 terkini yang dibangunkan sendiri. Hasil daripada enjin sensor yang berkuasa, ia benar-benar merealisasikan perlindungan terhadap kesihatan yang menyeluruh.
Nilai A PAI dihitung dengan memproses data mengenai kadar degupan jantung anda, masa bersenam dan maklumat kesihatan kompleks yang lain dalam satu algoritma. Nilai ini memberi penilaian kesihatan diperibadikan kepada setiap pengguna berdasarkan kepada data kesihatan tertentu mereka bagi menawarkan pengalaman yang unik kepada semua orang.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan HELIOT EMIL menerusi perkongsian ini kerana kami berkongsi visi yang sama bahawa fesyen haruslah bergaya, praktikal, boleh dipakai dan berguna. Dari segi estika, kerjasama ini digandingkan dengan siri GTR 3 dan GTS 3 akan mewakili generasi baharu pengguna fesyen ke hadapan yang menghargai produk yang menjadikan kehidupan mereka lebih cekap. Siri GTR 3 dan GTS 3 akan dilancarkan pada bulan Oktober 2021, maka nantikan perkembangan terkini," kata Amazfit.
Latar Belakang Amazfit
Ditubuhkan pada tahun 2015, Amazfit menawarkan jam tangan dan jalur jam pintar bermula daripada kegunaan harian hingga kegunaan sukan luar serta peranti pintar untuk sukan dan kesihatan seperti fon telinga nirwayar TWS, sawat injak pintar dan penimbang pintar. Ketika ini, produk Amazfit memasuki pasaran lebih daripada 90 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Turki dan Jepun. Pada tahun 2020, Amazfit memiliki bahagian pasaran jam tangan dewasa terbesar di Sepanyol dan Indonesia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amazfit.com
Latar Belakang HELIOT EMIL
HELIOT EMIL yang berpangkalan di Copenhagen dicipta oleh Julius dan Victor Juul bersaudara, memberi penghormatan kepada moyang mereka, senama jenama ini. Meneroka garisan antara bentuk dan fungsi yang dipacu oleh pendekatan eksperimen, HELIOT EMIL mendorong dialog semantik dalam industri kreatif.
Nilai estetika Scandinavia dan monokromatik yang subversif, digabungkan dengan bahan-bahan, fabrik dan trim yang dibangunkan secara tersuai, HELIOT EMIL menarik perhatian yang tinggi terhadap butiran di setiap cawangan. Pereka Julius Juul menggunakan tema yang merangsang pemikiran dan keingintahuan mengenai ekspresi kreatif yang diperlihatkan dalam setiap koleksi oleh HELIOT EMIL.
Ikuti Amazfit:
Facebook: https://www.facebook.com/amazfit.global
Instagram: https://www.instagram.com/amazfit.global/
Twitter: https://twitter.com/AmazfitGlobal