omniture

Vymo mengukuhkan komitmennya di Indonesia dengan pasukan tempatan dan teknologi yang mantap untuk industri kewangan

Vymo
2021-09-30 17:36 18
  • Vymo komited untuk menyampaikan penyelesaian Pengurusan Perhubungan Pelanggan terbaik di Indonesia untuk AIA Indonesia
  • Firma ini melihat Indonesia sebagai pasaran yang sangat penting di Asia Tenggara dan diramalkan untuk meningkatkan pangkalan pelanggan serta pendapatannya sebanyak 10 kali ganda untuk 3 tahun yang akan datang. 

JAKARTA, Indonesia, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Vymo, sebuah firma yang beribu pejabat di San Francisco yang memiliki platform pemecutan jualan pilihan yang terkemuka dalam kalangan institusi kewangan di seluruh Asia, hari ini mengumumkan komitmennya di Indonesia dengan sebuah pasukan tempatan dan teknologi yang mantap untuk industri kewangan. Firma ini juga mengumumkan bahawa ia telah dilantik oleh AIA Indonesia (PT AIA Financial) untuk menggunakan platform edaran jualan secara jarak jauh yang pertama miliknya bagi meningkatkan keuntungan perniagaan syarikat. Kedua-dua inisiatif ini muncul pada masa yang tepat bagi Vymo ketika firma ini berusaha mempercepat strategi pertumbuhannya di Indonesia. Vymo yakin ia dapat mengembangkan pendapatannya daripada kepelbagaian di Indonesia dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang dan akan melabur untuk memperluas dan mengukuhkan pasukan dan ekosistem rakan kongsinya di negara ini sebanyak 10 kali ganda pada tahun-tahun yang akan datang.

Melalui kerjasama dengan PT AIA Financial, Vymo akan memperkenalkan penyelesaiannya untuk memenuhi keperluan lebih 7,000 jurujual dan pengurus AIA di Indonesia dalam usaha untuk meningkatkan prestasi jualan dan produktiviti syarikat tersebut. Perkembangan ini turut mengesahkan penembusan Vymo ke pasaran Indonesia untuk memenuhi keperluan industri kewangan serta pasaran teknologi kewangan yang sedang berkembang pesat di negara tersebut sekali gus menangani keperluan kakitangan barisan hadapan, pengurus jualan dan pemimpin perniagaan melalui perkhidmatannya.

Mengulas tentang strategi mereka di Indonesia, Rajesh Sabhlok, Pengarah Urusan - Asia Pasifik Vymo berkata, "Indonesia merupakan pendorong utama dalam pelan hala tuju keseluruhan kami di Asia. Dengan industri kewangannya yang kukuh dan sebagai salah sebuah populasi digital terbesar, penyelesaian kami amat sesuai untuk firma yang ingin menggunakan teknologi canggih bagi memenuhi keperluan pekerja, rakan kongsi dan pelanggan mereka dengan lebih baik. Dalam beberapa bulan ini, kami berhasrat untuk mempercepat aktiviti jualan dan pemasaran kami di Indonesia."

"Kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan AIA Indonesia ke dalam rangkaian pelanggan kami yang berkembang pesat, bijaksana lagi dihormati di Indonesia. Aplikasi bertemu pelanggan telah berubah dengan pantas dan menjadi lebih intuitif serta boleh dipercayai dalam era digital hari ini. Namun, tenaga kerja insurans di Indonesia masih bergantung pada sistem turun temurun yang rumit untuk menjalankan aktiviti harian mereka sehingga ke hari ini. Penyelesaian yang disediakan oleh Vymo melalui kerjasama ini akan meningkatkan kecekapan jualan jarak jauh AIA secara drastik dalam lingkungan pasukannya," tambah Sabhlok.

Vymo telah dipilih kerana kepakaran dan teknologi transformasinya yang mantap yang telah dilaksanakan pada lebih 60 buah syarikat global. Didayakan oleh Sales Excellence Cloud Vymo, pasukan AIA akan dibenarkan merakam aktiviti jualan dan penglibatan secara automatik yang akan menghapuskan keperluan tenaga jurujual dalam mengemas kini sistem rekod mereka setiap hari secara manual. Melalui platform ini, pengurus akan turut memperoleh kebolehlihatan hujung ke hujung tentang prestasi pasukan mereka dalam masa nyata. Sales Excellence Cloud menampilkan papan pemuka pintar yang boleh diakses oleh pasukan pengurusan untuk mengenal pasti tingkah laku penglibatan tertentu yang berpotensi menjejaskan prestasi jualan. Secara keseluruhan, tawaran baharu ini akan meningkatkan produktiviti jualan dan memperkasa pasukan jualan untuk menyelaraskan aktiviti sokongan jualan dengan hasil pendapatan.

Sepanjang 4 tahun yang lalu, keupayaan pemecutan jualan Vymo telah digunakan di pelbagai lokasi geografi. Untuk landskap Indonesia, Vymo telah mengenal pasti bahawa penglibatan rakan pengedar melalui strategi data yang berkesan akan menjadi kepentingan utama untuk mengekalkan pertumbuhan pesat AIA di Indonesia. Untuk berbuat demikian, AIA akan memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran industri Vymo yang mendalam, amalan terbaiknya serta buku panduan penanda jualan utamanya yang akan membantu syarikat memacu pertumbuhan visual dari aspek keberkesanan, kecekapan dan produktiviti.

"Selepas India, Vietnam, Thailand dan Myanmar, AIA Indonesia merupakan entiti AIA kelima yang menggunakan penyelesaian kami sekali gus memperkukuh dan meningkatkan kerjasama kami dengan AIA di Asia Tenggara. Kami akan meneruskan perjalanan dan misi kami untuk mengubah perkembangan perusahaan termasuk AIA dalam pasaran Indonesia dan juga di seluruh dunia," tambah Sabhlok.

Beribu pejabat di San Francisco, Vymo telah dilancarkan pada tahun 2013 dengan misi untuk memberikan nilai transformasi bagi proses Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) melalui penyelesaiannya yang unik yang memanfaatkan automasi dan teknologi AI. Hari ini, ia merupakan salah sebuah syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang paling pesat berkembang di dunia dengan pejabat-pejabat di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Tentang Vymo

Vymo (www.getvymo.com) ialah Platform Pemecutan Jualan yang dipercayai oleh lebih 200,000 orang jurujual di lebih 60 buah institusi kewangan global seperti AXA, AIA FE Credit, Generali, HDFC Bank dan Sunlife. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Cool Vendor dan dibiayai oleh Emergence Capital serta Sequoia Capital.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.getvymo.com

Sumber Berguna 

Tonton Vymo sedang beraksi - https://youtu.be/DOFdcK8cUxw 
Teroka keupayaan Vymo - https://www.getvymo.com/request-a-demo/ 
Muat turun logo - https://goo.gl/i6sEpi

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi: 

Gunjan Saha

Vymo

pr@getvymo.com  

Marsha Novianty

APRW (Indonesia)

marsha@aprw.asia  

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Financial Technology