omniture

Pizza Hut International Meraikan Ramuan Terbaik di Dunia

Pizza Hut International
2021-09-30 20:00 13

Penghormatan 25 Tahun dalam Inovasi Ramuan Kerak Sumbat Berkeju & Memecah Tradisi Biasa Memakan Piza

PLANO, Texas, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Pizza Hut International hari ini mengumumkan Ulang Tahun ke-25 Piza Kerak Sumbat yang ikonik. Pizza Hut ialah jenama pertama yang memperkenalkan Kerak Sumbat ke pasaran, merevolusikan cara piza dibuat dan dinikmati oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

Sambutan ulang tahun secara digital di seluruh dunia memberikan penghormatan kepada Kerak Sumbat yang disukai ramai, ilham pembaharuannya yang unik dan komitmen jenama yang sentiasa memberikan pengalaman piza yang paling memuaskan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Kerak Sumbat yang amat diminati disesuaikan dengan citarasa masyarakat dunia yang gemarkan keju, menyediakan lebih daripada 40 kepelbagaian ramuan di lebih 110 buah negara. Walaupun konsep tersebut turut digunakan oleh jenama-jenama lain, tiada satu pun yang sepadan dengan yang asli.

"Kerak Sumbat menjadi tumpuan minat kami terhadap piza, dan akan terus menjadi kanvas inovasi," kata Vipul Chawla, Presiden Pizza Hut International. "Kami bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-25, malah menjadikan satu idea, seperti makan piza terbalik, mampu membantu menyatukan dunia dalam cara kami yang tersendiri."

Keju melekit digabungkan dengan kerak biasa pada 1995 dan Kerak Sumbat diperkenalkan tiga tahun selepas seorang bekas saintis makanan dalam pasukan kulinari Pizza Hut mencadangkan konsep tersebut. Jika bukan kerana kepercayaan mereka terhadap idea tersebut, kerumitan, kos, latihan dan keraguan mungkin bermakna bahawa dunia tidak dapat menikmati Kerak Sumbat.

"Pasukan kulinari kami sentiasa berinovasi dan memastikan pengguna kami mendapat piza yang paling enak, itu jaminan kami. Apabila anda mempunyai produk yang hebat yang mengagumkan, anda perlu percaya dan tekun berusaha demi memperkenalkannya kepada masyarakat dunia," kata Ana Maria Rodriguez, Ketua Pegawai Inovasi dan Kualiti Makanan, Pizza Hut International.

"Dorongan dan semangat untuk menyediakan piza terbaik yang menyatukan orang ramai menjadi penggerak yang membawa Kerak Sumbat ke pasaran. Suatu inovasi yang luar kebiasaan, meletakkan keju di tempat yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa. Hari ini, ia terus memberi kejutan dan menarik perhatian dengan rasa, bentuk dan ramuan sarak baharu."

Tentang Pizza Hut® International
Pizza Hut International ialah sebuah syarikat subsidiari Yum! Brands, Inc. (NYSE: YUM) ditubuhkan pada 1958 di Wichita, Kan., dan mengendalikan hampir 18,000 restoran di lebih daripada 110 buah negara. Kini, restoran memainkan peranan penting bagi membantu keluarga menjamu selera dengan selamat. Demi memastikan pekerja dan pelanggan adalah selamat, pelanggan boleh mendapatkan piza kegemaran mereka dari Pizza Hut melalui tiga tawaran tanpa sentuhan: pengambilan di tepi jalan, penghantaran dan bawa pulang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1284371/Pizza_Hut_International_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Pizza Hut International
Related Stocks:
NYSE:YUM
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail