![]() |
- Cold Truth UST mengautomasikan pemantauan suhu peti sejuk di kedai bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan makanan dan tindak balas pasar raya tersebut
- Penyelesaian ini membantu mencegah pembaziran makanan, menjimatkan tenaga kerja dan melangkaui syarat badan kawal selia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital yang terkemuka telah membangunkan dan memasang penyelesaian pengesanan suhu, Cold Truth untuk Mydin, salah sebuah rangkaian pasar raya halal yang terkemuka di Malaysia, bagi memantau tahap suhu dalaman unit peti sejuk rangkaian tersebut di salah sebuah pasar raya besarnya di utara iaitu di Bertam, Pulau Pinang. Penyelesaian ini telah berjaya membantu Mydin mengurangkan risiko kerosakan makanan untuk memberikan kualiti yang lebih konsisten kepada para pelanggan serta telah membawa kepada pelaporan dan pematuhan kawal selia pasar raya yang mudah dan lengkap.
Cold Truth UST merupakan penyelesaian pemantauan suhu berasaskan awan canggih yang mengesan turun naik suhu dengan pintar dan menghantar amaran untuk tindakan yang pantas. Ia menawarkan penjimatan produk yang hebat kepada peruncit yang kemungkinan akan membuangnya disebabkan kenaikan dan penurunan suhu atau kerosakan penyejuk beku.
"Kami memilih untuk bekerjasama dengan UST kerana mereka pakar dalam teknologi peruncitan dan operasi perniagaan," kata Azmin Bin Saduruddin, Pengarah Eksekutif Kawasan Utara, Mydin. "Sebagai sebuah syarikat global, UST berupaya menyediakan kepada Mydin dengan perkhidmatan yang kami perlukan sebagai peruncit terkemuka di Malaysia."
Prob suhu diletakkan di beberapa lokasi di dalam peti sejuk atau penyejuk beku untuk memantau suhu pada selang masa yang tetap bagi memastikan suhu dalam semua bahagian unit kekal dalam julat yang ditentukan. Sekiranya ada mana-mana prob mencatatkan suhu di luar julat, nod sensor akan menghantar isyarat kepada get laluan Cold Truth UST yang dijalankan oleh UST pada Kit NUC Intel® NUC Kit dengan pemproses Intel® Celeron®.
Cold Truth UST merekodkan data dalam awan dan memberi amaran kepada pengurus kedai yang boleh mengambil tindakan dengan serta-merta. Penyelesaian ini juga merekodkan bacaan suhu sepanjang hari bagi semua unit penyejukan. Data ini disimpan dalam awan, yang tersedia untuk diambil dan disampaikan atas permintaan kepada pemeriksa dan juruaudit kesihatan kerajaan di Malaysia. Sebelum pelaksanaan Cold Truth UST, kakitangan penyelenggaraan kedai memeriksa setiap sensor lima kali sehari iaitu melebihi pemeriksaan dua kali sehari seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di Malaysia. Kakitangan tersebut merekodkan bacaan suhu setiap unit penyejukan di setiap lokasi. Proses manual ini memakan masa dan tidak cekap serta menghalang pasukan penyelenggaraan daripada melaksanakan tugas lain di kedai. Tambahan pula, log suhu mandatori terdedah kepada kesilapan manusia yang meningkatkan risiko kemungkinan berlakunya terlepas pandang masalah atau kegagalan stor semasa pemeriksaan dan dikenakan denda yang besar.
"UST menawarkan pelbagai penyelesaian runcit yang canggih kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami mempunyai produk yang direka khas untuk pelbagai pelanggan dan produk perusahaan kami meraih populariti yang besar. Intel menyediakan pilihan platform perkakasan dan perisian yang hebat serta sokongan kejuruteraan semasa fasa pembangunan," kata Subhodip Bandyopadhyay, Pengurus Besar, Teknologi Digital Baharu, UST. "Sejak kami melancarkan Cold Truth UST, penyertaannya sebagai Penyelesaian Sedia Pasaran IoT Intel® telah membantu kami untuk menyampaikan manfaat produk kami kepada khalayak yang lebih luas."
UST merancang untuk memperluas penyelesaian selain daripada kedai runcit, ke mana-mana lokasi atau industri yang pemantauan suhu merupakan aspek operasi yang penting bagi perniagaannya.
"Dengan Cold Truth UST, kami dapat menyediakan penyelesaian yang menjimatkan masa dan kos kepada para pelanggan kami," kata Gilroy Mathew, Naib Presiden dan Ketua Semikonduktor, UST. "Teknologi baharu ini memberikan peruncit dengan bacaan suhu tahap rak yang mereka perlukan bagi menjejak prestasi peralatan dalam masa nyata, mengurangkan kos tenaga kerja dan memudahkan pematuhan terhadap peraturan kerajaan."
Untuk maklumat lanjut tentang Cold Truth UST, sila muat turun brosur Cold Truth UST .
Tentang UST
Selama lebih 20 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka melalui pendekatan kami yang tangkas. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 26,000 orang pekerja di 25 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila layari kami di ust.com.
Hubungan Media, UST:
Tinu Cherian Abraham
+1(949) 415-9857
Neha Misri
+91-9972631264
media.relations@ust.com
Hubungan Media, A.S.:
Perhubungan Awam S&C
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600