omniture

Salam Kasih Dari China

The Canton Fair
2013-07-18 22:20 176

- Pesta Canton mengilhamkan perhubungan China-Sweden yang menyentuh hati

GUANGZHOU, China, 18 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Seorang lelaki, satu pameran perdagangan, satu sejarah unik selama 47 tahun. Apabila Peppino G. Cocozza, yang popular dengan gelaran Giuseppe, tiba buat pertama kalinya di China pada tahun 1966, rambutnya masih hitam dan tentera merah memenuhi jalan-jalan Guangzhou. Selepas menyertai antara Pesta Canton yang terawal diadakan pada tahun itu, Cocozza terus jatuh cinta – dengan pameran itu dan dengan negara China. Jarang sekali sebuah peluang perniagaan berkembang menjadi sebuah pengabdian yang menyentuh hati dan berkekalan.

Tidak cukup rasanya setakat menggelar Cocozza seorang peminat negara China. "Tiada sesiapa yang menyayangi China lebih daripada saya," kata Cocozza. "Saya bukannya orang asing. Hati saya hati China."

Minat Cocozza terhadap China diilhamkan daripada jurnal pengembaraan Marco Polo, yang beliau baca dengan penuh khusyuk sebelum perjalanannya yang pertama. Peradaban timur yang penuh misteri itu begitu menggoda orang Sweden yang dilahirkan di Itali itu, yang telah memulakan perniagaannya sendiri, lnter Agenturer AB, pada tahun 1961. Selepas mengetahui tentang Pesta Canton daripada seorang kawan lima tahun kemudian, beliau merebut peluang untuk melawat negara impiannya itu.

Hari ini, rambut Cocozza yang berusia 74 tahun itu mungkin sudah memutih, tetapi kecergasannya tetap sama seperti dahulu. Setelah menyertai Pesta Canton hampir 100 kali sejak tahun 1966, beliau dianugerahkan dengan hadiah istimewa semasa Pesta itu diadakan untuk kali ke-100 pada tahun 2006, ketika beliau bertemu Perdana-perdana Menteri Zhu Rongji dan Wen Jiabao. Beliau menyemai rasa cinta itu dalam keluarganya juga, dengan membawa anak lelaki dan cucu lelaki beliau ke acara itu, dan sering melancong ke China.

Semasa tahun 1966 dahulu, Cocozza membelanjakan ribuan dolar untuk produk-produk daripada Pesta itu – hari ini barangan China melitupi dinding ibu pejabat beliau di Linkoping.

"Apabila saya mula hadir ke Pesta ini, barangan China adalah 5% daripada perniagaan saya," terang Corcozza. "Sekarang peratusan itu sudah meningkat sehingga 95%. Saya macam tidak percaya ada begitu banyak barangan hebat yang direka dan dibuat di China pada hari ini. Kepercayaan saya terhadap kepintaran dan keazaman rakyat China yang terus mendorong saya untuk kembali ke Pesta ini tahun demi tahun."

Dengan begitu ramai rakan di Pesta itu, wajah Corcozza sudah dikenali umum di acara itu. Jika anda mahu harapkan seorang pengunjung yang pasti akan menghadiri Pesta Canton ke-114 – yang akan bermula pada 15 Oktober 2013 – anda boleh yakin dengan kehadiran orang Sweden berhati China ini.

Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: The Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news