omniture

CBMM | Niobium mempromosikan acara antarabangsa tentang teknologi bateri baharu

CBMM
2021-10-01 21:09 157

Pemenang Nobel Prize, peneraju industri dan saintis membincangkan trend masa depan eletrifikasi 

SAO PAULO, 1 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dengan ceramah pembukaan yang disampaikan oleh Profesor Stanley Whittingham FRS yang menjadi pemenang Nobel Prize dalam bidang Kimia pada tahun 2019 atas kerja-kerja rintisnya berkenaan bateri litium-ion, CBMM | Niobium akan menjadi hos siri webinar Powering Future Electrification – Innovative Battery Materials (Mendayakan Masa Depan Elektrifikasi – Bahan Bateri Inovatif) pada 5 hingga 6 Oktober.

Acara ini bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan menyampaikan maklumat tentang bahan-bahan baharu serta teknologi bateri elektrik yang bakal menghimpunkan syarikat-syarikat terkemuka dalam segmen bateri dan superkapasitor seperti Toshiba, Skeleton Technologies, NanoOne, Echion Technologies dan WildCat serta wakil-wakil akademik dari UCLA, Hanyang University, University of Texas di Austin dan University of Warwick bagi membentangkan penyelidikan mereka dalam bidang elektrifikasi.

"Perdebatan ini akan menggalakkan perbincangan tentang teknologi yang lebih lestari untuk industri automotif memandangkan permintaannya yang semakin meningkat di seluruh dunia. Dengan cara ini, para profesional dan penyelidik terkenal di seluruh dunia dapat membentangkan kajian dan perkembangan mereka dalam bahan-bahan canggih yang disasarkan ke arah penggunaan sumber tenaga alternatif yang lebih bersih dan boleh diperbaharui," jelas Profesor Stanley Whittingham, pemenang Nobel Prize dalam bidang Kimia.

Dengan memberi tumpuan terhadap kemajuan mobiliti elektrik, acara ini akan membincangkan penggunaan teknologi Niobium baharu untuk katod bateri, menjadikan ia lebih stabil dengan hayat perkhidmatan yang lebih panjang dan juga untuk anod yang menghasilkan kapasiti pengecasan bateri ion-litium ultra pantas dalam masa kurang daripada 10 minit.  Perkembangan ini meningkatkan ketahanan dan keselamatan bateri serta menambahkan prestasi berbanding teknologi yang sedia ada pada masa ini.

"Kami melabur secara konsisten dalam segmen bateri litium dengan strategi yang disasarkan untuk memperluas pasaran ini dan mempercepat inovasi menggunakan teknologi Niobium. Dengan inisiatif ini, kami ingin menyumbang secara aktif terhadap peralihan sektor ini, selaras dengan agenda kelestarian ke arah masa depan yang lebih hijau", kata Rogério Ribas, Pengurus Eksekutif Produk Bateri CBMM.

Pendaftaran kini dibuka dan penyertaan dalam webinar ini adalah percuma. Sila semak jadual di bawah untuk mendaftar.

Webinar: Advanced Cathodes for the Transportation Sector
Tarikh:
 5 Oktober 2021
Masa: 11.00 - 13.00 (BRL)
Pautan: https://cbmmeventos.webex.com/cbmmeventos/j.php?RGID=r72927e6639011b617e6e41574a169721

Webinar: Materials Engineered for Fast Charging
Date:
 6 Oktober 2021
Masa:  11.00 - 13.00 (BRL)
Pautan: https://cbmmeventos.webex.com/cbmmeventos/j.php?RGID=rbf30a9f96dacf0280429fc574d33b6f7

Tentang CBMM | Niobium
Sebagai peneraju dunia dalam pengeluaran dan pemasaran produk Niobium, CBMM mempunyai lebih 400 pelanggan di 40 buah negara. Beribu pejabat di Brazil dengan pejabat dan anak syarikat di China, Belanda, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat, syarikat ini membekalkan produk dan teknologi canggih kepada sektor infrastruktur, mobiliti, aeroangkasa dan tenaga. Pada tahun 2019, syarikat ini telah melabur dalam 2DM, sebuah syarikat yang dikhususkan untuk grafit. Pada tahun 2021, syarikat ini melabur dalam Echion dengan tujuan untuk mempercepat inovasi dalam segmen mobiliti elektrik.

 

Source: CBMM
Keywords: Auto Chemical Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Transportation Utilities Future Events