omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK Unggulan Kanoa Igarashi Kedua

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-10-02 14:22 642

TOKYO, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada barisan jam tangan G-LIDE untuk sukan ekstrem yang merupakan sebahagian daripada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GBX-100KI baharu ini merupakan model unggulan kedua yang disokong oleh peluncur profesional Kanoa Igarashi.

GBX-100KI
GBX-100KI

Igarashi mula bermain luncur air ketika berumur tiga tahun. Sejak itu, beliau telah berjaya memenangi sejumlah pertandingan peluncuran utama dan kini merupakan peluncur profesional bertaraf dunia yang bersaing di Jelajah Kejohanan World Surf League (WSL) di kemuncak sukan ini.

Model unggulan Kanoa Igarashi yang kedua adalah berasaskan kepada GBX-100 yang dilengkapi dengan fungsi Pautan Mudah Alih selain daripada graf pasang-surut yang bermanfaat untuk peluncur. GBX-100KI baharu ini merupakan jam tangan edisi khas dengan reka bentuk dan tema warna yang dicipta di bawah seliaan Igarashi. Jam tangan berwarna hitam sepenuhnya ini dihiasi dengan tekstur dan warna berbeza untuk setiap bahagian termasuk bezel, tali jam dan LCD, lalu mengekspresikan pandangan hidup Igarashi yang tenang dan unik. Bezel dan kaca menampilkan grafik Igarashi sendiri meluncur di bawah gulungan ombak yang besar. Muka jam, bahagian belakang bekas jam dan hujung tali jam menampilkan tandatangan Igarashi. Bahagian pemegang tali jam menunjukkan nombor 50 yang merupakan nombor Igarashi di Jelajah Kejohanan WSL.

GBX-100KI turut dilengkapi dengan fungsi Pautan Mudah Alih yang berpasangan dengan telefon pintar. Dengan aplikasi telefon pintas khas, pengguna boleh memilih lokasi daripada kira-kira 3,300 lokasi pratetap di seluruh dunia dan menghantar maklumat kepada jam tangan, termasuk data pasang-surut, waktu matahari terbit/matahari terbenam dan data penting yang lain untuk peluncur. Selain memaparkan graf pasang-surut dan data bulan, jam tangan ini didatangkan dengan pelbagai fungsi yang berguna dalam latihan harian seperti jarak yang dilalui, masa dan langkah. Muka jam tangan yang luas menggunakan LCD Memori dalam Piksel (MIP) kontras tinggi untuk kebolehlihatan optimum.

GBX-100KI
GBX-100KI

 

Kanoa Igarashi signature / Special packaging
Kanoa Igarashi signature / Special packaging

Kanoa Igarashi
https://world.g-shock.com/asia-mea/en/team/kanoa_igarashi/ 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Sports Equipment & Accessories New products/services