omniture

Xinhua Silk Road: Wuliangye membuat penampilan sulung di Astaka China Ekspo 2020 Dubai

Xinhua Silk Road
2021-10-05 23:16 279

BEIJING, 5 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pembuat minuman keras yang terkemuka di China Wuliangye membuat penampilan yang menawan hati di Astaka China Ekspo 2020 Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang membuka pintunya secara rasmi kepada pengunjung pada hari Jumaat.


 


 


Sebagai rakan kongsi rasmi dan minuman keras tentuan bagi Astaka China, pengeluar minuman keras Cina ini berkongsi produk, imej jenama dan daya tarikan serta budaya minuman keras Cina bersama dunia.

Difahami bahawa Wuliangye mempunyai hubungan yang mendalam dengan Ekspo Dunia. Pembuat minuman keras ini telah muncul berkali-kali di Ekspo Dunia dan memenangi beberapa anugerah dan mendapat pujian yang meluas di seluruh dunia.

Sebagai wakil jenama-jenama nasional Cina, Wuliangye mengambil bahagian secara aktif dalam acara-acara antarabangsa utama seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Forum Boao untuk Asia dan Ekspo China-ASEAN.

Menurut Wuliangye, ia akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang dibawa oleh Ekspo Dunia untuk menunjukkan kepada dunia usahanya yang lebih luas untuk mendorong pembangunan bersama dunia dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Meliputi kawasan seluas 4,636 meter persegi, Astaka China, salah sebuah astaka yang terbesar di Ekspo 2020 Dubai, memberi tumpuan utama kepada pencapaian terkini oleh negara ini dalam bidang-bidang seperti penerokaan angkasa, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI), bagi menawarkan visi futuristik demi kehidupan yang lebih baik untuk manusia.

Di bawah tema "Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan," Ekspo 2020 Dubai akan berlangsung hingga 31 Mac 2022 mulai 1 Oktober 2021. Ini merupakan kali pertama Ekspo Dunia ini dipentaskan di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/324146.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Publishing/Information Service Trade show news Future Events