Para pengguna dijemput untuk menunjukkan perpaduan dengan para peladang dengan menandatangani petisyen bagi mendesak pihak kerajaan untuk bertindak SEKARANG
WASHINGTON, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Sepucuk surat terbuka telah dihantar bagi pihak 1.8 juta orang pengeluar Fairtrade di seluruh dunia, menjelang penganjuran COP26, dengan menggesa para pemimpin dunia untuk menepati janji mereka memberikan pembiayaan tahunan sebanyak $100 bilion kepada negara-negara berpendapatan rendah yang mengalami krisis iklim.
Surat tersebut mengkritik negara-negara kaya sebagai yang paling bertanggungjawab mengakibatkan perubahan iklim kerana tidak menunaikan ikrar mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka dan membantu para peladang yang mengalami kesan buruk kerosakan iklim dengan sewajarnya.
Ditandatangani oleh wakil-wakil rangkaian pengeluar Fairtrade di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean, surat tersebut memberi amaran kepada pihak kerajaan bahawa kegagalan mereka untuk bertindak telah mengancam mata pencarian para peladang dan bekalan makanan global.
Surat yang bertajuk 'Bersikap adil dengan janji iklim anda,' menyatakan: "Kami menanam makanan yang dimakan oleh orang ramai di seluruh dunia... Namun, keupayaan kami untuk berbuat demikian telah rosak dengan teruk akibat kemudaratan semberono yang dilakukan terhadap alam sekitar kita disebabkan janji berkaitan krisis iklim yang tidak ditunaikan selama bertahun-tahun.
"Anda berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon yang menyebabkan cuaca yang melampau, menjadikan ladang kami kering pada hari ini dan banjir pada keesokan hari. Tetapi pelepasan semakin meningkat dengan berbahaya, manakala matlamat anda tetap terlalu rendah. Anda berjanji untuk menyediakan pembiayaan iklim bagi membantu kami terus menanam makanan walaupun dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah. Namun tiada sebarang pembiayaan yang sampai kepada kami."
Lapan puluh peratus daripada makanan di dunia datang daripada 500 juta ladang keluarga. Mereka menyatakan para peladang di negara-negara yang rentan iklim telah menggunakan kepakaran mereka untuk memberikan penyelesaian iklim, namun ia tidak mencukupi: bantuan kewangan adalah penting.
Surat ini juga menggesa pihak kerajaan untuk mengukuhkan peraturan perniagaan tentang perlindungan alam sekitar dan menggalakkan urus niaga perdagangan yang adil dan rendah karbon.
Sebuah delegasi para peladang Fairtrade akan menghadiri Sidang Kemuncak COP26 di Glasgow, Scotland pada bulan November ini untuk menyampaikan surat tersebut secara peribadi.
Fairtrade menggerakkan pembeli beretika untuk menyokong seruan bertindak daripada para peladang tersebut dengan menandatangani petisyen global yang boleh didapati di hab kempen digitalnya.
Kempen Fairtrade, Bersikap Adil Dengan Janji Iklim Anda merupakan seruan bertindak yang penting pada ketika apabila perubahan sistemik dalam perdagangan tidak berlaku dengan cukup pantas.
Tentang Fairtrade
Fairtrade komited untuk memerangi krisis iklim melalui program, latihan dan Piawaiannya yang menggalakkan para pengeluar untuk melindungi alam sekitar. Sila layari www.fairtrade.net.
Hubungan Media:
fairtradeamerica@schroderhaus.com
224-545-7699