omniture

Bahwan CyberTek telah memenangi Anugerah Rakan Kongsi Inovasi Tahunan TIBCO

Bahwan CyberTek
2021-10-06 21:38 88

BCT telah berjaya menunjukkan kejayaan pelanggan di seluruh rantau dan rangkaiannya

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Bahwan CyberTek, sebuah syarikat penyedia global dalam penyelesaian transformasi digital, telah diiktiraf sebagai 'Rakan Kongsi Inovasi Tahun 2021' oleh TIBCO Software Inc. atas sumbangan yang cemerlang terhadap ekosistem rakan kongsi TIBCO dan pelaksanaan projek berskala besarnya melalui penyelesaian teknologi yang canggih. Dianugerahkan pada acara tahunan TIBCO NOW™, Partner Excellence Awards mengiktiraf rakan kongsi yang memanfaatkan teknologi TIBCO untuk membangun dan menyampaikan penyelesaian terkemuka dalam industri sambil mencapai tahap kejayaan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi.

Bahwan CyberTek wins TIBCO Innovation Partner of the Year Award
Bahwan CyberTek wins TIBCO Innovation Partner of the Year Award

Sebagai rakan kongsi strategik TIBCO sejak tahun 2016, Bahwan CyberTek (BCT) menggabungkan harta intelektualnya dengan teknologi TIBCO untuk menyampaikan penyelesaian penyepaduan dan analisis yang hebat ke pasaran, memberikan cadangan nilai yang unik di seluruh rangkaiannya. Keupayaan yang berbeza untuk bekerjasama dan menyampaikan inovasi yang terhubung sambil mengekalkan teknologi dan domain agnostik, telah membantu BCT memperoleh kedudukan terbaik dalam kalangan bidang kompetitif rakan kongsi TIBCO.

Anugerah ini diberikan berikutan pengumuman baru-baru ini oleh BCT dan TIBCO untuk mengembangkan kerjasama strategik mereka dalam tempoh enam tahun yang akan datang. Syarikat-syarikat ini mensasarkan untuk mengubah industri melalui penyelesaian transformasi digital yang canggih, memanfaatkan teknologi TIBCO dan pengetahuan domain mendalam BCT, keupayaan penyelesaian yang hebat dan asas pelanggan yang kukuh.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk menerima anugerah ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan TIBCO atas kerjasama strategik yang luar biasa yang telah berkembang pesat dan menyediakan pendayaan transformasi digital yang unggul dalam sektor awam dan swasta. Kerjasama kami telah memainkan peranan penting dalam penerimagunaan penyelesaian industri inovatif yang berdaya tahan dan kejayaan pengambilalihan pelanggan utama di seluruh rantau. Dedikasi BCT terhadap teknologi, inovasi dan kerjasama ini akan terus mendorong nilai transformasi kepada pelanggan di seluruh dunia," kata Encik S. Durgaprasad, Pengasas Bersama, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, BCT.

"Anugerah tahunan kami menyediakan Program Rakan Kongsi TIBCO dan pimpinan TIBCO peluang untuk meraikan rakan kongsi kami atas pencapaian cemerlang mereka," kata Tony Beller, Naib Presiden Kanan Ekosistem Rakan Kongsi di Seluruh Dunia dan Penjualan OEM, TIBCO. "Pada tahun ini, kami mengenal pasti dan mengiktiraf rakan kongsi di atas pelaburan mereka dalam menentukan kejayaan para pelanggan bersama kami, membantu mereka meneroka keupayaan perniagaan yang tidak terbatas yang boleh didapati dalam data. Rakan kongsi ini merupakan contoh yang hebat tentang cara bekerja dengan lebih baik bersama-sama meningkatkan pasaran kolektif, menjana perancangan dan meningkatkan pendapatan. Secara bersama-sama, peluang-peluang di hadapan kita adalah tidak terbatas."

BCT telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan yang eksklusif di Pune, India untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap teknologi TIBCO. Sebelum itu, syarikat tersebut telah memenangi anugerah Rakan Kongsi Strategik Tahun 2018 dan Rakan Kongsi MENA Tahun 2020 daripada TIBCO. Anugerah ini merupakan perakuan kukuh terhadap komitmen BCT dalam kerjasama dan kesungguhan yang mendorong kecemerlangan inovasi dan perniagaan.

Tentang Bahwan CyberTek Group

Ditubuhkan pada tahun 1999, Bahwan CyberTek (BCT) ialah penyedia global bagi penyelesaian transformasi digital berasaskan IP yang memanfaatkan portfolio IP inovatifnya dalam bidang Pengalaman Digital, Analisis Ramalan dan Pengurusan Perjalanan Digital di seluruh Amerika Utara, Timur Tengah, Timur Jauh, Afrika dan Asia. Mendorong inovasi melalui model perniagaan berasaskan hasil, penyelesaian IP yang terbukti dan hebat, BCT merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk lebih daripada 1,000 pelanggan, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500. Dengan keupayaan yang kukuh dalam teknologi digital, BCT menyampaikan penyelesaian dalam bidang Minyak & Gas, Telekomunikasi, Kuasa, Kerajaan, Perbankan, Peruncitan dan SCM / Logistik. BCT diiktiraf di CMMi tahap 5 dan merupakan organisasi yang mendapat pensijilan ISO. Ketahui lebih lanjut tentang Bahwan CyberTek di www.bahwancybertek.com

Tentang TIBCO 

TIBCO Software Inc. membuka potensi data masa nyata untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih pintar. Platform Kecerdasan Terhubung kami menghubungkan mana-mana aplikasi atau sumber data dengan lancar; menggabungkan data secara pintar untuk akses, kepercayaan dan kawalan yang lebih besar; dan meramalkan hasil dengan penuh yakin dalam masa nyata dan pada skala besar. Ketahui cara penyelesaian kepada cabaran perniagaan pelanggan kami yang paling penting yang boleh dilakukan oleh TIBCO di www.tibco.com.

TIBCO dan logo TIBCO merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar TIBCO Software Inc. dan/atau anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama produk dan syarikat serta tanda lain yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah hak milik pemilik masing-masing dan disebut untuk pengenalan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1652947/Bahwan_CyberTek_Innovation_Partner.jpg?p=medium600

Source: Bahwan CyberTek
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Joint ventures Survey, Polls & Research Data Analytics