omniture

Zuellig Pharma Terima Pingat Platinum EcoVadis pada 2021 Untuk Kelestarian

Zuellig Pharma
2021-10-07 10:24 204

SINGAPURA, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Zuellig Pharma, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di Asia, telah dianugerahkan Pingat Platinum 2021 oleh pakar penarafan kelestarian EcoVadis. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat atas usaha kelestariannya dan menempatkan Zuellig Pharma dalam senarai 1% teratas daripada semua syarikat yang dinilai di seluruh dunia. Anugerah ini turut menempatkan syarikat ini dalam kumpulan pemenang terpilih termasuk 150 syarikat multinasional global, sebilangannya tergolong sebagai syarikat Fortune 500.

Zuellig Pharma Receives EcoVadis Platinum Medal in 2021 For Sustainability
Zuellig Pharma Receives EcoVadis Platinum Medal in 2021 For Sustainability

Zuellig Pharma terus maju bermula apabila dianugerahkan Pingat Perak pada tahun 2020 kepada Pingat Emas pada awal tahun 2021, sebelum merangkul Pingat Platinum yang terkini ini. Pingat ini dianugerahkan selepas penilaian teliti yang dibuat oleh program kelestarian Zuellig Pharma yang meliputi 21 kriteria kelestarian dalam empat tema termasuk Alam Sekitar, Tenaga Kerja dan Hak Asasi Manusia, Etika serta Perolehan Lestari. Program kelestarian syarikat ini dinilai berasaskan kepada dasarnya, tindakan yang dilaksanakan untuk menyokong objektif dan sasaran serta keputusan yang terhasil daripada program ini.

"Kelestarian benar-benar telah berakar umbi dalam cara kami mengendalikan organisasi kami dan ia membimbing kami dalam memacu impak untuk pemegang kepentingan utama kami. Anugerah ini, datangnya daripada penarafan kelestarian perniagaan yang paling dipercayai di dunia, merupakan satu kejayaan besar dalam perjalanan Kelestarian kami dan menunjukkan kemajuan hebat yang telah kami lakukan dalam membina masa depan yang lebih sihat untuk Asia. Kami tidak akan dapat mencapai kejayaan ini tanpa dedikasi dan sokongan tanpa mengenal lelah daripada setiap pekerja dalam pasukan kami, serta klien, pelanggan, pembekal dan rakan kongsi kami," kata John Graham, Ketua Pegawai Eksekutif, Zuellig Pharma.

Zuellig Pharma komited terhadap United Nations Global Compact dan menerbitkan Laporan Kelestarian yang selaras dengan GRI yang pertama seumpamanya pada tahun 2020. Organisasi ini menyambut Bulan Kelestarian keduanya tahun ini yang melibatkan aktiviti sepanjang bulan untuk menghimpunkan pemegang kepentingan berkisarkan Agenda Kelestariannya.

EcoVadis ialah penyedia yang dipercayai bagi penarafan kelestarian perniagaan, mewujudkan jaringan global dengan lebih daripada 75,000 syarikat yang diberi penarafan. Kad skor kelestarian syarikat ini memberi gambaran yang terperinci mengenai risiko alam sekitar, sosial dan etika dalam lebih daripada 200 kategori pembelian dan lebih 160 negara.

Latar Belakang Zuellig Pharma 

Zuellig Pharma ialah salah satu kumpulan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbesar di Asia dan tujuan kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah dicapai. Kami menyediakan perkhidmatan pengedaran, digital dan komersial yang bertaraf dunia bagi menyokong keperluan penjagaan kesihatan yang semakin berkembang di rantau ini. Syarikat ini bermula hampir seratus tahun yang lalu dan telah berkembang menjadi sebuah perniagaan bernilai US$13 bilion yang meliputi 13 pasaran dengan lebih 12,000 pekerja. Kakitangan kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih 350,000 kemudahan perubatan dan bekerjasama dengan lebih 1,000 pelanggan termasuk 20 syarikat farmaseutikal yang terkemuka di dunia.

Baru-baru ini, kami melancarkan Pusat Inovasi Penyelesaian Kesihatan Zuellig kami untuk membangunkan perkhidmatan baharu dan memenuhi beberapa keperluan penjagaan kesihatan yang mendesak di Asia. Sejak itu, pasukan kami memberi tumpuan untuk mencipta penyelesaian pengurusan data, digital dan penyakit, menyokong pesakit yang mengalami keadaan kronik dan membantu pembayar mengurus kos penjagaan kesihatan.

 

Source: Zuellig Pharma
Keywords: Environmental Products & Services Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards