omniture

Cambrex akan Melabur $30 Juta untuk Memperluas Pusat Kecemerlangan Pembuatan di Kemudahan High Point, North Carolina

Cambrex
2021-10-07 20:30 86

EAST RUTHERFORD, New Jersey, 7 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Cambrex hari ini mengumumkan bahawa ia sedang memperluas pusat kecemerlangan pembuatannya yang terletak di High Point, North Carolina. Pelaburan yang bernilai lebih $30 juta ini direka untuk memenuhi permintaan berterusan terhadap pembangunan molekul kecil dan perkhidmatan pembuatan.

Perluasan ini akan menambah makmal kimia baharu, dua buah bilik pembuatan klinikal baharu dan berserta operasi pembuatan komersial berskala kecil dengan tiga pusat kerja dan reaktor bersaiz 2,000 Liter.

Pelaburan ini akan memberikan keupayaan kepada Cambrex untuk mengendalikan teknik dan alat penyelidikan proses R&D yang terkini, meningkatkan tawaran peralatan Cambrex untuk menyokong matlamat kepantasan ke pasaran untuk pelanggan dan menyediakan kemudahan khas untuk ubat-ubatan istimewa dan terapi khusus (jumlah tahunan <500kg).

Di samping infrastruktur baharu ini yang memberi tumpuan kepada penjimatan dan kecekapan tenaga, 78 peluang pekerjaan baharu akan turut diwujudkan di kawasan ini.  Jawatan baharu termasuk operasi, saintis, jaminan kualiti dan kakitangan pentadbiran.

"Misi Cambrex adalah untuk menyokong pelanggan farmaseutikal kami dalam pembangunan dan pembuatan terapi baharu yang meningkatkan kesihatan manusia," kata Thomas Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex.  "Hasil daripada komitmen pasukan kami di High Point dalam menyediakan kepakaran teknikal terbaik, bahan kimia inovatif dan penyelesaian kejuruteraan kepada para pelanggan kami, kemudahan ini telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam permintaan terhadap perkhidmatan pembangunan dan pembuatan kami.  Kami amat teruja dengan perluasan ini di North Carolina yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan program pembangunan ekonomi dan kepemimpinan Negeri ini serta fokus mereka untuk memupuk tenaga kerja yang mahir dan pelbagai di wilayah ini."

Geran berasaskan prestasi bernilai $200,000 daripada One North Carolina Fund (Dana Satu Carolina Utara) akan membantu pengembangan Cambrex. One North Carolina Fund ini menyediakan bantuan kewangan kepada kerajaan tempatan bagi membantu menarik pelaburan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Tentang Cambrex 

Cambrex ialah syarikat molekul kecil terkemuka yang menyediakan bahan dan produk ubat-ubatan serta perkhidmatan analitik di seluruh kitaran hayat ubat-ubatan. Syarikat ini menyediakan kerjasama yang serba lengkap untuk penyelidikan, pembangunan dan pembuatan terapeutik molekul kecil kepada para pelanggan. Dengan pengalaman selama lebih 40 tahun dan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,200 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari tapak di Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos dan API.

Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan kepakaran bahan ubat-ubatan yang merangkumi biokatalisis, aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang amat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal oral, separa pepejal dan cecair serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus sebagai pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cambrex.com

 

Sila hubungi: 

Natalee Campbell

E-mel:

press@cambrex.com 

Telefon:

+1 919 544 8638

 

Logo  - https://mma.prnasia.com/media2/1198585/Cambrex_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cambrex
Related Links:
Keywords: Chemical Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)