![]() |
PARIS, 7 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dengan pelancaran Sistem Coravin Sparkling™ miliknya yang dinanti-nantikan, penginovasi teknologi wain global ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan peneraju wain & minuman keras mewah Moët Hennessy, sebagai "Rakan Pemeliharaan Moët Hennessy Champagne" yang akan merevolusikan penggunaan Champagne dan wain berkarbonat dalam gelas. Kedua-dua rakan kongsi ini akan bersama-sama memastikan pengedaran global yang tertumpu kepada restoran, bar wain dan kedai minuman keras lain dengan minuman mewah di premis.
Coravin, Inc. terkenal dengan sistem pemeliharaan wain yang melanjutkan jangka hayat botol selepas satu gelas hidangan melalui suntikan gas lengai. Baru-baru ini, ia hanya tersedia untuk wain biasa namun selepas ujian yang dibuat melalui kerjasama di peringkat global dengan Maison Moët Hennessy Group – yang merangkumi Dom Pérignon, Krug, Veuve Clicquot, Ruinart dan Moët & Chandon – Coravin Sparkling™ telah dicipta. Ia memastikan integriti botol Champagne dan wain berkarbonat yang terbaik selama beberapa minggu selepas gelas pertama dihidangkan.
"Matlamat Coravin adalah untuk menjadikan wain dan Champagne mewah lebih mudah diakses dengan pilihan dalam gelas. Sebagai sebuah syarikat yang agak baru, dengan adanya peneraju dunia yang diiktiraf dalam Champagne dan wain berkarbonat mewah yang bukan sahaja menyokong malah mengguna pakai teknologi kami, merupakan sesuatu yang luar biasa," kata Christopher Ladd, Ketua Pegawai Eksekutif Coravin.
Selepas lapan tahun dibangunkan, Sistem Coravin Sparkling™ merupakan penyelesaian sejagat pertama yang sesuai untuk mengekalkan pembuihan dan perisa wain berkarbonat selepas satu gelas hidangan. Penyumbat Wain Berkarbonat menutup mana-mana separuh botol, 750ml atau Magnum dengan selamat, sementara Pengecas Wain Berkarbonat menyuntik karbon dioksida ke dalam botol selepas wain dihidangkan untuk mencegah buih daripada hilang.
Didier Mariotti, Cellar Master daripada Veuve Clicquot mengatakan, "Sistem Coravin Sparkling mampu mengekalkan rasa dan perisa Champagne kami dengan baik selama dua minggu. Ia merupakan produk pertama yang mempunyai prestasi seumpamanya pada tahap ini."
Sistem Coravin Sparkling System akan mempunyai manfaat ekonomi di bar dan restoran dengan menghapuskan risiko sisa sambil menjadikan Champagne berprestij lebih mudah diakses oleh pengguna.
"Misi kami adalah untuk mencipta pengalaman yang hebat buat para pengguna kami. Sistem Coravin baharu ini akan membolehkan lebih ramai penggemar Champagne meneroka dan menikmati minuman yang luar biasa. Malah, ia akan membolehkan rakan kongsi gastronomi serta bar dan kelab terbaik kami menawarkan jenama dan ekspresi minuman Champagne kami yang berbeza selama beberapa hari atau minggu dan memastikan ia kekal segar dan berkarbonat." - Philippe Schaus, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy.
"Mencipta sistem ini sentiasa menjadi impian kami. Kini kami telah menghasilkannya, saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan Moët Hennessy untuk memperluas cara dunia berupaya mengalami dan menikmati wain berkarbonat," kata Pengasas Coravin, Greg Lambrecht.
Coravin Sparkling™ System tersedia di peringkat antarabangsa atau di rumah dan untuk kegunaan profesional melalui laman web global Coravin. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coravin.com.
Tentang Moët Hennessy
Moët Hennessy, Bahagian Wain dan Minuman Keras LVMH, mengumpulkan semula 25 Maison yang telah wujud selama berabad-abad lamanya manakala yang lain baru sahaja diperkenalkan. Visinya adalah untuk menerajui masa depan Wain dan Minuman Keras mewah daripada alam semula jadi hingga kepada komuniti.
Terletak di kawasan yang paling berprestij di seluruh dunia, Moët Hennessy mempunyai keunggulan yang unik daripada pembuatan wain hingga kepada gaya hidup, hospitaliti dan pengurusan runcit di premis dan dalam talian untuk mencipta pengalaman yang luar biasa kepada para pengguna.
Selama bertahun-tahun lamanya dan dengan hasrat untuk mewariskan dunia yang lebih baik kepada generasi akan datang, Moët Hennessy komited terhadap program Living Soils Living Together yang disusun berdasarkan empat komitmen utama: Memakmurkan Semula Bumi kita, Mengurangkan Kesan Iklim, Melibatkan masyarakat dan Memperkasakan Warga Kerja. Moët Hennessy berbangga dapat menggalakkan persekitaran kerja yang pelbagai, saksama dan inklusif untuk semua.
Ao Yun, Ardbeg, Armand de Brignac, Belvedere, Cape Mentelle, Chandon, Château d'Esclans, Château Galoupet, Cheval des Andes, Clos19, Cloudy Bay, Dom Pérignon, Eminente, Glenmorangie, Hennessy, Krug, Mercier, Moët & Chandon, Newton Vineyard, Ruinart, Terrazas de los Andes, Veuve Clicquot, Volcan de mi Tierra, Woodinville
Tentang Coravin Inc.
Coravin, Inc. merupakan satu-satunya syarikat teknologi wain global pertama yang mempunyai misi untuk mengubah cara dunia menikmati wain. Melalui inovasi kami, kami memperkasakan peminat wain, penyedia dan para profesional perdagangan untuk memperbaharui semula cara mereka merasa, menghidang, meminum, menjual dan memasarkan wain. Sistem Pemeliharaan Wain Coravin yang memenangi anugerah ini membolehkan penggemar wain untuk menghidangkan sebarang jenis wain, dalam apa jua jumlah dan memelihara jangka hayat botol mereka selama beberapa minggu, bulan atau tahun.
Dengan kehadiran di lebih 60 buah negara, pengguna boleh menemui produk Coravin pada rak peruncit terkemuka (seperti Bloomingdale's, Williams Sonoma, Bed Bath & Beyond, Galleries Lafayette, Harrod's, El Corte Ingles), di kedai wain terbaik dan memperkasakan beberapa program wain dalam gelas terbaik di restoran dan kelab sosial di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.coravin.com.
Sila minum secara bertanggungjawab
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1653677/CORAVIN_x_MH_official_logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1653678/Coravin_Charger_on_Krug.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1653679/Coravin_Sparkling_Krug.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654442/Coravin.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654441/Coravin_Sparkling_Charger.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654440/Coravin_Sparkling_Dom_Perignon.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654439/Coravin_La_Grande_Dame.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654438/CoravinSparkling_System_with_Dom_Perignon.jpg?p=medium600