omniture

London & Partners Keluarkan Filem Menandakan Ulang Tahun Pertama Olimpik

London & Partners
2013-07-25 07:01 134

LONDON, 25 Julai 2013 /PRNewswire/ --

"Nyalaan Olimpik kekal marak 10 tahun lagi sama seperti sekarang," Lord Sebastian Coe.

Sebuah filem yang mengisahkan legasi Sukan London 2012 akan dikeluarkan hari ini oleh London & Partners, organisasi promosi Datuk Bandar untuk London, sehari sebelum ulang tahun pertama Majlis Perasmian Sukan Olimpik London.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130725/629794 )

Video lima minit yang memaparkan tokoh penting termasuk Datuk Bandar London Boris Johnson, ketua penasihat legasi Perdana Menteri Lord Sebastian Coe, pemegang enam pingat emas Olimpik sukan berbasikal Sir Chris Hoy dan pemegang sebelas pingat emas Paralimpik Baroness Tanni Grey-Thompson, mengisahkan cerita bagaimana London mendapat faedah daripada penganjuran Sukan itu kurang daripada 12 bulan sejak Majlis Penutup Sukan Paralimpik.

Filem itu meneliti pencapaian legasi yang menjadi tajuk utama daripada Sukan London 2012 – "Setahun Kemudian", dan mengenang kembali kejerihan dan kejayaan para pesaing dan penonton semasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

Beberapa tema penting yang menjadi sorotan termasuklah penjanaan Timur London, pembangunan Taman Olimpik Queen Elizabeth, dan peningkatan kesedaran tentang ketidakupayaan dan perubahan positif yang disemai oleh kejayaan Sukan Paralimpik. Filem itu juga menunjukkan bagaimana kanak-kanak hari ini dan di masa hadapan akan mendapat faedah daripada legasi kesukanan baharu – kemudahan, latihan dan bimbingan yang lebih baik.

Datuk Bandar London Boris Johnson berkata: "Saya rasa Sukan Olimpik itu begitu berjaya sehingga menggarap orang ramai dalam cara yang tidak disangka. Sukan Olimpik ini ialah acara yang paling melibatkan emosi yang kami pernah laksanakan sebagai sebuah negara. Kami mencapai legasi fizikal yang menakjubkan daripada Sukan itu."

Filem lima minit itu ditunjukkan buat kali pertamanya malam semalam kepada para tetamu semasa resepsi sambutan ulang tahun Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di London's Guildhall – Rabu 24 Julai 2013.

Filem ini akan ditayangkan pada permulaan persidangan akhbar yang dianjurkan oleh Datuk Bandar Johnson di hadapan media tempatan dan antarabangsa pada pukul 2 petang hari ini – Khamis 25 Julai 2013. Filem ini boleh diedarkan dan disiarkan secara percuma oleh pihak media. Filem itu juga akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Portugis dan Mandarin.

Media boleh mengakses dan memuat turun melalui FTP atas permintaan.

http://www.eurovision.net/wf/worldfeeds.php

http://www.eurovision.net/worldlink

Untuk maklumat lanjut hubungi Phil Nettleton, Pengurus Perhubungan Awam di London & Partners, melalui +44(0)207-234-5710 / +44(0)7920-759-018 atau pnettleton@londonandpartners.com.

Sumber: London & Partners

Source: London & Partners
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Sporting Events Sports