LONDON, 25 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Di atas hanyalah beberapa persoalan yang akan diutarakan semasa Forum Rangkaian Asia Timur Coaltrans sulung yang diadakan di Tokyo pada 25-26 September 2013.
Kini hanya dua daripada lima puluh reaktor nuklear Jepun sedang beroperasi. Namun, dengan kemunculan peraturan keselamatan baharu yang diperkenalkan awal bulan ini, mungkin sekurang-kurangnya dua belas reaktor lagi akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. "Loji tenaga yang dikuasakan arang batu kini beroperasi dengan kapasiti maksimum bagi memenuhi beban asas Jepun. Pembukaan semula sebilangan reaktor nuklear ini menimbulkan persoalan bagaimana negara itu mahu memenuhi keperluan permintaan tenaga dalam melangkah maju ke hadapan," kata Louisa Pratt, Pengurus Persidangan, Coaltrans Conferences Ltd.
Pembentangan ucapan dasar daripada Akira Yasui, Pengarah, Bahagian Arang Batu, Agensi Sumber Semula Jadi dan Tenaga Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Kerajaan Jepun dan Kentaro Doi, Pengarah Pejabat Penggalakan Masyarakat Rendah Karbon di Biro Alam Sekitar Global, Kementerian Alam Sekitar, Kerajaan Jepun pada pagi Hari Pertama akan membentangkan pandangan mengenai polisi tenaga semasa Kerajaan dan bagaimana mereka merancang memajukannya.
Pengesahan penyertaan baru-baru ini yang dibuat oleh para pembeli arang batu termal dan metalurgi berikut, Chubu Electric Power Co., Ltd, Hokkaido Electric Power Company, Hokuriku Electric Power Company, Hyundai Steel, J-Power, Kansai Electric Power Company, Kobe Steel, Ltd, Nippon Steel dan Sumitomo Metals dan Nisshin Steel Corporation, akan menyertai para pengeluar, pedagang dan pembuat keputusan penting bagi membentuk kuantiti dan kualiti arang batu yang diimport ke dalam Jepun dan Korea.
Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.coaltrans.com/eastasia.
Coaltrans Conferences menganjurkan persidangan arang batu antarabangsa berskala besar, yang menarik kehadiran delegasi dari seluruh dunia. Ia juga mengadakan acara serantau, pameran, lawatan lapangan dan kursus latihan yang berfokus. Ia mempunyai reputasi mengamalkan standard organisasi tertinggi. Coaltrans menguruskan acara di Australia, Brazil, China, Colombia, Jerman, India, Indonesia, Jepun, Mongolia, Mozambique, Poland, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, UK, Ukraine dan AS. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.coaltrans.com.
Hubungi
Coaltrans Conferences
Matthew Ackroyd, Pengurus Kempen Pemasaran
+44(0)20-7779 8084
mackroyd@euromoneyplc.com
Sumber: Coaltrans Conferences Ltd