Peneraju global dalam teknologi pengiklanan luar rumah ini memperkenalkan sokongan SSP/Pertukaran Iklan berbilang pada Pelayan Iklan utamanya
MONTREAL, Kanada, 8 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hivestack, syarikat teknologi pengiklanan luar rumah digital (DOOH) programatik yang bebas dan terbesar di dunia, telah membuka Pelayan Iklan miliknya untuk mengendalikan SSP/Pertukaran berbilang dengan memperkenalkan rangka kerja lelongan berpadu baharu yang mengoptimumkan hasil penerbit daripada pelbagai sumber.
Sebuah artikel terbaru menerangkan bahawa penerbit Web dalam talian secara purata menggunakan enam SSP/Pertukaran untuk pengewangan programatik dengan teknologi pembidaan awal yang digunakan untuk mengoptimumkan hasil.
Andreas Soupliotis, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Hivestack membandingkan teknologi ini dengan DOOH: "Apa yang berlaku kepada paparan, mudah alih dan video kini sedang berlaku dalam lapangan kami. Penerbit DOOH menggunakan beberapa jenis SSP/Pertukaran DOOH khusus untuk pengewangan programatik. Gabungan SSP berbilang mewujudkan pengoptimuman inventori yang rumit yang perlu diseimbangkan dengan saluran jualan langsung."
Bagi memudahkan kerumitan ini, sesetengah pemilik media telah menampung kos pelantikan jurutera untuk membangunkan lapisan pengantara mereka sendiri. Lapisan pengantara ini kebanyakannya merupakan model air terjun (waterfall) atau fasa bersiri yang menyemak setiap SSP untuk pembidaan mengikut urutan yang suboptimum bagi menjana pendapatan. Dengan pengenalan rangka kerja lelongan berpadu Hivestack ke dalam Pelayan Iklannya ini, penerbit boleh mendapat manfaat daripada lelongan berpadu yang diselarikan dan pada harga pertama yang memaksimumkan pendapatan tanpa perlu melantik pasukan pembangun.
Soupliotis menyambung: "Pelayan Iklan Hivestack digunakan oleh penerbit DOOH di seluruh dunia untuk menyampaikan kempen berasaskan khalayak sebenar pada kedua-dua saluran jualan langsung dan programatik. Setakat hari ini, satu-satunya SSP/Pertukaran yang disepadukan dengan Pelayan Iklan kami ialah - SSP Hivestack kami sendiri. Perkara ini telah berubah pada hari ini dengan pengenalan Pelayan Iklan kami yang dinaik taraf dan mempunyai keupayaan untuk membuat permintaan iklan pada SSP/Pertukaran berbilang yang meniru cara pembidaan awal berfungsi dengan teknologi iklan dalam talian. Dan untuk menggalakkan kesaksamaan, SSP kami turut mengambil bahagian secara saksama dalam rangka kerja lelongan berpadu ini".
Penerbit DOOH masih memerlukan perjanjian secara individu dengan setiap SSP, dan Pelayan Iklan Hivestack tiada dalam aliran wang antara penerbit dan rakan SSP mereka.
Jennifer Bidwell, Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran Allvision mengulas, "Menguruskan jualan programatik secara optimum pada SSP berbilang merupakan suatu cabaran yang rumit. Walaupun kami pada mulanya telah membangunkan lapisan model urutan air terjun kami sendiri, kami mengalu-alukan pengenalan lelongan berpadu Hivestack - yang sama seperti penyelesian pembidaan awal dalam pengiklanan digital."
Brendan Dillon, Naib Presiden Jualan Digital dan Programatik OUTFRONT Canada turut mengulas, "Sebagai seorang yang terlibat dalam lapangan digital, saya boleh katakan bahawa peralihan kepada pelayan iklan menyerupai pembidaan awal yang mampu mengoptimumkan SSP berbilang secara selari ialah evolusi yang diperlukan oleh sisi jualan DOOH programatik."
Francois Deschenaux, Pengarah Pengurusan Hasil Astral berkongsi, "Pengenalan rangka kerja lelongan berpadu ke dalam pelayan iklan Hivestack bermaksud penerbit DOOH boleh memaksimumkan setiap tanggapan dengan hasil yang optimum, meningkatkan pendapatan programatik dan memenuhi permintaan pembeli programatik dengan lebih baik."
Kevin McDonald, Ketua Pegawai Eksekutif Kinetic Canada menyimpulkan, "Pengenalan kepada sebuah pelayan iklan menyerupai pembidaan awal oleh Hivestack sangat memberi manfaat kepada Kinetic Canada. Rakan pemilik media kami kini boleh menjadikan inventori tersedia secara programatik kepada kami dengan selamat tanpa berasa bimbang terhadap pengoptimuman inventori. Dan ini juga bermaksud bahawa kami mendapat akses programatik kepada inventori premium yang menguntungkan kedua-dua sisi belian dan jualan."
Versi Pelayan Iklan Hivestack baharu kini tersedia di tahap beta tertutup dengan penerbit DOOH Kanada dan akan tersedia secara meluas pada bulan November kepada penerbit luar negara di AS, China, Jepun, Singapura, UK, Jerman, Perancis, Australia dan Mexico.
Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global yang bebas sepenuhnya dan serba lengkap yang mendayakan sisi jual beli pengiklanan programatik digital luar rumah (DOOH). Pada sisi belian, pemasar menggunakan Platform Sisi Permintaan Hivestack untuk mencipta kempen yang boleh diukur yang mengaktifkan skrin DOOH dalam masa nyata berdasarkan tingkah laku pengguna dan pola pergerakan khalayak. Pada sisi jualan, pemilik media DOOH menggunakan Platform Sisi Bekalan & Pertukaran Iklan Hivestack untuk menarik hasil programatik. Pemilik media DOOH juga boleh menggunakan Pelayan Iklan Hivestack untuk memperkasakan kempen yang dijual secara langsung berasaskan khalayak. Atribusi merupakan teras platform Hivestack yang menawarkan kepada pembeli dan penjual dengan keupayaan untuk mengukur hasil perniagaan pada semua peringkat saluran jualan pengguna.
Hivestack beribu pejabat di Montreal, Kanada dan mempunyai operasi global di Toronto, Tokyo, London, Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali, New York, Mexico City, Shanghai, Singapura, Sydney dan Guadalajara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.hivestack.com/ atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack