omniture

Ekspo PV 2021: Huawei Digital Power Promosikan Keneutralan Karbon dengan Penampilan Sulung Penyelesaian Penyimpanan Tenaga Utiliti di Jepun

Huawei
2021-10-08 21:05 335
  • Huawei mempamerkan penyelesaian kuasa digital penuhnya di Ekspo PV 2021 yang menonjolkan keupayaannya menggabungkan teknologi elektronik digital dan kuasa.
  • Huawei mendemonstrasikan penyelesaian penyimpanan tenaga berskala utiliti buat julung kalinya di Jepun dalam usaha untuk mempercepatkan peralihan tenaga

TOKYO, 8 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power mempamerkan rangkaian penuh penyelesaian kuasa digital termasuk penyelesaian penyimpanan tenaga berskala utiliti buat julung kalinya di Jepun di EKSPO PV 2021 edisi Musim Luruh yang baru dilancarkan di Tokyo.


Ekspo PV 2021 Edisi Musim Luruh (Minggu Tenaga Pintar Dunia)
Masa:   29 September – 1 Oktober
Tempat:   Tokyo Big Sight, Dewan Aomi, Jepun, Reruai Huawei: Reruai 8-24
Dalam Talian:   https://www.huawei.com/jp/events/jp/pv-expo-in-smart-energy-week 

Sebagai pameran terbesar di Jepun untuk industri PV, Ekspo PV 2021 membawakan edisi Musim Luruh buat julung kalinya bagi memenuhi minat yang semakin meningkat terhadap tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan untuk pelbagai industri.

"Keneutralan karbon ialah salah satu misi paling mendesak dalam dunia hari ini. Ia akan mempercepatkan dengan ketara kemajuan dalam industri tenaga ke arah menjadi rendah karbon, elektrik, digital dan pintar." Zhang Weiwei, Pengurus Besar Huawei Japan Digital Power menegaskan, "Kami berbesar dapat hadir sekali lagi di Ekspo PV untuk bersama pelanggan serta rakan kongsi kami dan mempamerkan penyelesaian kami dalam domain-domain utama seperti penjanaan kuasa mesra alam, pengangkutan elektrik, infrastruktur ICT mesra alam dan tenaga pintar bersepadu."

Penyimpanan Tenaga merupakan Kunci untuk Peralihan Tenaga

Penyimpanan tenaga elektrik bateri merupakan teknologi yang penting dalam peralihan dunia menuju sistem tenaga lestari. Sistem tenaga baharu ini akan memiliki proposisi tenaga boleh diperbaharui dan peranti elektronik kuasa yang tinggi serta sangat didigitalkan dan Pintar.

Sorotan di reruai Huawei Digital Power ialah penyelesaian penyimpanan tenaga rentetan pintarnya. LUNA 2000-5/10/15kWj dengan pensijilan JET untuk senario kediaman telah menjadi popular dalam pasaran dan memenuhi keperluan kesiapsiagaan Jepun dalam menghadapi bencana.

Untuk edisi Musim Luruh Ekspo PV, Huawei Digital Power membawakan penyelesaian penyimpanan tenaga dalam skala utiliti, LUNA2000-2.0MWH buat julung kalinya di Jepun. Dalam penyelesaian penyimpanan tenaga berskala utiliti tradisional, perbezaan dalam modul bateri mencetuskan ketidakpadanan, lalu mengakibatkan degradasi kapasiti bateri, pelemahan yang pantas, O&M yang sukar dan risiko tinggi. Huawei memanfaatkan kebolehkawalan elektronik kuasa bagi menyelesaikan ketidakselarasan bateri litium, lalu menurunkan LCOS sebanyak 20%.

Memacu Revolusi Tenaga demi Masa Depan Lebih Baik, Lebih Mesra Alam

Selain daripada penjanaan kuasa mesra alam dan penyimpanan tenaga, Huawei Digital Power turut membawakan penyelesaiannya dalam bidang-bidang berikut:

  • Penyelesaian Bekalan Kuasa Komprehensif Luar-grid (penyingkiran bahan api):
    iPowerCube dapat mengurangkan kos penjanaan kuasa sebanyak lebih 60% dan membantu menggalakkan pembangunan mesra alam, merapatkan jurang tenaga dan membina masyarakat rendah karbon.
  • Infrastruktur ICT Mesra Alam:
    DC Dipermudah membolehkan pembentukan semula seni bina melalui pembinaan dipasang siap sepenuhnya dan modular, memendekkan TTM dari 20 bulan kepada 6 bulan.
    Huawei menyediakan tapak dipermudah dan bilik pelayan serta menggunakan tindanan PV semua-senario untuk membantu operator 5G mengelakkan peningkatan OPEX berkaitan tenaga, yang menghasilkan tapak karbon sifar.
  • Pengelektrikan Pengangkutan:
    Memfokuskan kepada rangkaian elektrik pintar dan pengecasan pintar, Huawei Digital Power tekal meningkatkan pengalaman pemanduan dan pengecasan, menyelesaikan masalah keselamatan, membantu pengeluar EV membina kereta yang hebat dan membantu operator stesen pengecasan membina rangkaian pengecasan yang berkualiti tinggi untuk mempercepatkan pengelektrikan industri auto.
  • Kuasa Modular:
    Bekalan kuasa modular bersepadu mendorong penaiktarafan industri dan membantu rakan kongsi global mencapai kejayaan komersial.

Keneutralan karbon merupakan misi yang dikongsi bersama di serata dunia. Pada Disember 2020, kerajaan Jepun memperkenalkan sasaran keneutralan karbon menjelang tahun 2050. Huawei Digital Power mengintegrasikan inovasi dalam watt, terma, penyimpanan tenaga, awan dan AI, memanfatkan kelebihannya dalam teknologi elektronik digital dan kuasa serta bekerjasama dengan rakan-rakan industri dalam domain-domain seperti penjanaan kuasa bersih, pendigitalan tenaga, pengelektrikan pengangkutan, infrastruktur ICT mesra alam dan tenaga pintar bersepadu demi membina masa depan yang lebih baik dan lebih mesra alam.

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities