omniture

Huaxing Growth Capital selesaikan penutupan pertama untuk Dana IV USD terkininya dalam empat bulan

Huaxing Growth Capital
2021-10-09 02:09 223

BEIJING, 9 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Huaxing Growth Capital China Renaissance berjaya menyelesaikan penutupan pertama Dana IV USD dalam masa mencatat rekod, menerima hampir $550 juta komitmen kerjasama yang terhad. Pengumpulan dana ini, ke arah mencapai saiz dana keseluruhan yang diharapkan iaitu kira-kira 1,200 juta, menarik komitmen daripada pelabur-pelabur yang mempunyai reputasi yang baik dari Eropah, Singapura, Jepun, tanah besar China/Hong Kong dan Amerika Syarikat. Kira-kira satu pertiga daripada jumlah penutupan pertama disumbangkan oleh pelabur-pelabur baharu termasuk beberapa dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia, bank antarabangsa serta pejabat keluarga. Selain itu, lebih daripada 70% pelanggan institusi sedia ada dalam Dana I hingga III menaikkan lagi dan/atau menambah jumlah dalam Dana IV.

Huaxing Growth Capital ialah pelabur nilai jangka panjang yang bertekad untuk melabur dalam sektor-sektor berpandukan teknologi yang paling rancak di China. Keupayaannya untuk memahami dan mengemudi pasaran tempatan telah mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada pelabur antarabangsa. Dana ini memiliki rekod pencapaian dan reputasi yang bertahan lama dan nilai tambah khas untuk syarikat-syarikat portfolio. Sepanjang 8 tahun yang lalu, Huaxing Growth Capital telah melabur dalam sebilangan besar syarikat inovatif Cina yang terkemuka termasuk syarikat-syarikat Internet yang terkemuka seperti Meituan, Kuaishou dan Dewu, jenama-jenama pengguna yang sedang meningkat maju seperti Pop Mart, Babycare dan Dreame; syarikat-syarikat terkemuka dalam rantaian nilai kenderaan elektrik seperti Li Auto, HiRain Technologies serta banyak syarikat yang cemerlang dalam sektor perkhidmatan rawatan kesihatan seperti Wuxi App. Tech, MGI dan Fapon.

Fan BAO, Rakan Pengasas dan Ketua Pegawai Pelaburan Huaxing Growth Capital ialah seorang pelabur yang disegani dan penasihat yang dipercayai oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Cina yang terkemuka. Fan menubuhkan China Renaissance pada tahun 2005, membimbing dan memimpinnya untuk menjadi salah sebuah institusi kewangan yang terkemuka di China. Fan BAO menyatakan: "Kami bersyukur kerana telah berupaya untuk menyokong para usahawan terkemuka di China yang melihat kami sebagai rakan pilihan mereka terutamanya lantaran kepakaran pasaran modal kami."

Misi China Renaissance yang menyeluruh dan falsafah pelaburan yang diaplikasikan oleh cabang pengurusan asetnya, Huaxing Growth Capital telah dijelaskan oleh Fan BAO seperti yang berikut: "Kami komited untuk mengenal pasti perusahaan dan pengasas Cina yang paling inovatif demi masa depan dan menjalin kerjasama dengan mereka. Kami berusaha untuk mencipta nilai buat mereka dan seterusnya berkongsi penciptaan nilai mereka." Falsafah ini dilaksanakan dalam seluruh proses pemeriksaan pra-pelaburan, keputusan pelaburan dan pengurusan pasca-pelaburan pegangan portfolio. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Huaxing Growth Capital sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap etika korporat dalaman yang kukuh, mematuhi standard integriti yang tertinggi serta mengintegrasikan tanggungjawab sosial secara aktif sekali gus mencipta nilai untuk syarikat-syarikat portfolio, untuk LP dan masyarakat.

Fan amat yakin akan prospek pertumbuhan jangka panjang China. Dana IV USD Huaxing Growth Capital telahpun mula menggunakan modal yang menyasarkan trend 'smartization' di China. Hala tuju dasar terkini pihak kerajaan menunjukkan komitmen mereka terhadap pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi dalam tempoh jangka panjang dan seimbang yang akan membawa peluang-peluang yang besar dalam bahagian ekonomi yang paling inovatif. Fokus yang diperbaharui terhadap inovasi teknologi ini akan mempercepatkan kedatangan era ekonomi pintar dan memberi dorongan baharu kepada pembangunan China dalam bidang-bidang penting selaras dengan strategi pelaburan dana ini: industri, teknologi dan rawatan kesihatan yang maju. Dalam pada itu, kesungguhan China untuk memperbesar kumpulan kelas pertengahannya daripada 400 juta ketika ini akan menjurus kepada kebangkitan semula dalam sektor pengguna China dan juga pembangunan pesat jenama-jenama baharu yang menarik. Pembangunan ini bersama-sama menuju ke arah masa depan yang cerah untuk Dana IV USD Huaxing Growth Capital.

 

Source: Huaxing Growth Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Financial Technology