omniture

Jo Malone London membawakan pengalaman beli-belah maya ke Asia Tenggara melalui Lazada

Lazada Group
2021-10-11 12:00 60

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jenama gaya hidup British yang wangi Jo Malone London hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan platform eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, bagi melancarkan kedai unggulan Jo Malone London seluruh rantau yang pertama di LazMall, destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen.  

Jo Malone London bawakan pengalaman beli belah maya sensasi-wangian ke Asia Tenggara dengan Lazada
Jo Malone London bawakan pengalaman beli belah maya sensasi-wangian ke Asia Tenggara dengan Lazada

 

 

Ditempatkan di portal LazMall Prestige, Super Brand Opening [1] Jo Malone London akan dilancarkan pada 15 Oktober di Malaysia. Selain daripada barisan produk wangian terkenal mereka seperti English Pear & Freesia dan Peony & Blush, pengguna boleh diasyikkan sepenuhnya dalam kisah jenama mempesonakan Jo Malone London yang unik dan mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian wangian kegemaran mereka.

Kerjasama ini akan membolehkan Jo Malone London meluaskan kehadiran jenamanya di seluruh Asia Tenggara, memastikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mewah menyamai kedai luar talian mereka, untuk peminat jenama ini yang baharu dan sedia ada melalui LazMall. Selain mengintegrasikan perkhidmatan Scent Pairing dan Art of Gifting ikonik mereka dengan kedai unggulan LazMall, program siaran langsung yang interaktif di LazLive akan turut membolehkan pembeli untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Cologne, Home and Bath & Body jenama ini.

Crystal Lai, Naib Presiden dan Pengurus Besar Jo Malone London, Asia Pasifik berkata, "Memandangkan pembeli semakin beralih kepada platform eDagang yang dipercayai untuk mendapatkan produk tulen dan pengalaman membeli belah dalam talian yang lancar, pelancaran kami di LazMall merupakan langkah yang besar menuju ke hadapan untuk mengukuhkan kehadiran kami di Asia Tenggara. Kami teruja untuk menghidupkan pengalaman mewah buat pelanggan dalam talian dengan memanfaatkan Scent Pairing yang berakar umbi dalam pengaruh wangian kami; apatah lagi Art of Gifting yang tulen dan unik untuk jenama ini."

James Chang, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Group berkata, "Kami bangga menjadi rakan eDagang yang pertama di Asia Tenggara untuk bekerjasama dengan Jo Malone London dan membawakan minyak wangi terkenalnya dan jenama ini kepada pengguna di sini. Pelanggan kami sentiasa menunjukkan semangat dan sokongan yang tinggi kepada jenama-jenama kecantikan dan gaya hidup yang menyertai LazMall dan kami teruja untuk memperluaskan kolaborasi kami dengan Jo Malone London untuk membawakan tawaran premium dan pengalaman jenama yang mendalam kepada pengguna melalui portal LazMall Prestige dalam aplikasi kami yang amat diperibadikan."

Baru mengenali Jo Malone London?

  • Terokai bersama jenama ini dan pilihlah antara enam rangkaian wangian daripada sitrus yang segar dan ceria kepada bunga-bunga mewah serta kayu penghangat melalui set percubaan Discovery dan set Little Luxuries yang memanjakan diri
  • Gunakan Scent Pairing di LazMall Prestige untuk mencipta haruman anda yang unik dan diperibadikan dengan menyusun haruman secara berlapis-lapis.
  • Menyingkap kegembiraan dengan kotak berwarna krim ikonik yang diikat dengan reben Jo Malone London menerusi perkhidmatan membungkus hadiah mewah dengan sentuhan tinggi yang ditawarkan dengan setiap pembelian di LazMall.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai unggulan Jo Malone London di LazMall, sila layari: https://lzd.co/3DlRbaY

[1] Tarikh Pembukaan Jenama Super Jo Malone x LazMall: 14 Oktober – Indonesia dan Thailand; 15 Oktober – Malaysia da Singapura; dan 27 Oktober – Filipina.
[2] Boleh didapati daripada pasaran-pasaran terpilih

Latar Belakang Jo Malone London 

Jo Malone London ialah jenama gaya hidup British yang terkenal dengan portfolio wangiannya yang unik dan produk mewah untuk mandian, tubuh dan kediaman. Menulis semua peraturan pembuatan minyak wangi dengan mencampurkan kombinasi bahan-bahan yang tidak dijangkakan dan menyediakan konsep yang elegan namun lincah yang mana haruman digunakan dengan cara tanpa halangan, dunia Jo Malone terus memberi inspirasi kepada pengikut yang setia.

Jo Malone London menyertai keluarga jenama The Estée Lauder Companies pada tahun 1999 dan boleh didapati di 69 negara dan wilayah.

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

 

 

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Web Site Licensing/marketing agreements New products/services