omniture

Perisian makmal CGM memodenkan penjagaan kesihatan di Timor-Leste

CompuGroup Medical
2021-10-11 19:00 46

CGM SCHUYLAB meningkatkan penjagaan pesakit di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana

OWINGS MILLS, Maryland, 11 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju global dalam teknologi e-kesihatan, CompuGroup Medical (CGM) bekerjasama dengan para saintis Timor-Leste dan Menzies School of Health Research, Australia pada musim panas ini untuk meningkatkan penjagaan pesakit dan memperkemas proses makmal diagnostik di negara Timor-Leste yang baru merdeka.

Timorese scientists are using the CGM SCHUYLAB Laboratory Information System at the Laboratório Nacional de Saúde.
Timorese scientists are using the CGM SCHUYLAB Laboratory Information System at the Laboratório Nacional de Saúde.

Dengan ketiadaan sistem maklumat makmal atau LIS, permohonan diagnostik di Laboratório Nacional de Saúde dan Hospital Nacional Guido Valadares diuruskan secara manual dan di atas kertas yang menyebabkan usaha untuk mengembalikan keputusan kepada para klinisian kadang-kadang mencabar.

Disokong oleh geran di bawah The Fleming Fund (Dana Fleming)—sebuah program bantuan UK yang menyokong negara-negara di seluruh Afrika dan Asia dalam memerangi ketahanan antimikrob—Menzies School of Health Research melaksanakan Sistem Maklumat Makmal CGM SCHUYLAB untuk membantu Kementerian Kesihatan Timor-Leste dalam pembangunan makmal rujukan canggih untuk diagnostik jangkitan COVID-19 dan ketahanan antibiotik.

"Ketahanan antimikrob merupakan pandemik seterusnya selepas COVID," kata Dr. Ian Marr, ahli mikrobiologi dan pakar perubatan penyakit berjangkit Menzies School of Health Research, dari pejabatnya di Canberra, Australia. "Ia dijangka akan meragut nyawa berjuta-juta manusia."

Untuk meningkatkan sistem kesihatan di Timor-Leste, mencari perisian pengurusan makmal yang tepat merupakan kuncinya.

Setelah hampir empat bulan mencari, "Saya agak tertekan memikirkan ia mungkin mustahil, tetapi kemudian saya terjumpa CGM SCHUYLAB," kata Dr. Marr.

Dibina berdasarkan pengalaman pembangunan dan makmal selama beberapa dekad, pasukan Sistem Maklumat Makmal CGM SCHUYLAB telah pun membangunkan antara muka kepada instrumen yang digunakan di Timor-Leste. Dengan keperluan pelayan yang mudah dan harga berpatutan, CGM SCHUYLAB terbukti menjadi pilihan terbaik untuk memodenkan makmal klinikal di negara tersebut.

Selain itu, portal web CGM SCHUYNET telah meningkatkan akses pesakit dan penyedia untuk mendapatkan keputusannya dengan amat baik. Dengan kebolehcapaiannya yang mesra mudah alih, CGM SCHUYNET mengubah cara keputusan disampaikan di Timor-Leste. Akses yang lebih pantas untuk mendapatkan keputusan bermaksud mendapat diagnosis dan rawatan yang lebih cepat.

"Para doktor mendapat keputusan pada telefon mereka," kata Dr. Marr. "Ia berjaya menyelamatkan nyawa."

Dalam memerangi ketahanan COVID-19 dan antimikrob, CGM SCHUYLAB dan CGM SCHUYNET telah memberikan keputusan yang bermakna. Selepas hanya empat bulan digunakan, para penyedia telah mengakses lebih 44,000 laporan makmal.

"Sebagai peneraju global dalam IT Kesihatan, kami di CompuGroup Medical berasa gembira melihat kesan yang dibawa oleh sistem kami kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif CompuGroup Medical AS, Derek Pickell. "Kami tahu bahawa teknologi mampu milik boleh melakukan perbezaan yang sebenar dan berasa gembira dapat bekerjasama dalam sebuah projek yang penting ini dengan pihak berkepentingan di Timor-Leste."

Menurut Carl Smith, Pengurus Besar Bahagian Makmal CompuGroup Medical, "CGM SCHUYLAB telah benar-benar memberi peluang kepada kami untuk menyokong komuniti makmal antarabangsa. Kami menyedari peranan penting yang dimainkan oleh makmal kami dalam bidang penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan kesan tersebut diperluas apabila kami memberi tumpuan kepada keperluan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana seperti Timor-Leste."

Untuk mendapatkan kisah penuh dan kajian kes, teruskan membaca secara dalam talian: Mengguna perisian makmal untuk memodenkan penjagaan kesihatan di Timor-Leste.

Tentang CompuGroup Medical SE & Co. KGaA

CompuGroup Medical merupakan salah sebuah syarikat e-kesihatan yang terkemuka di dunia. Dengan pendapatan asas sebanyak EUR837 juta pada tahun 2020, produk perisiannya direka untuk menyokong semua aktiviti perubatan dan organisasi di pejabat doktor, farmasi, makmal dan hospital. Perkhidmatan maklumatnya untuk semua pihak yang terlibat dalam sistem penjagaan kesihatan dan rekod kesihatan peribadinya yang berasaskan web menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan lebih cekap. Perkhidmatan CompuGroup Medical adalah berdasarkan pangkalan pelanggan unik yang terdiri daripada lebih 1.6 juta pengguna termasuk para doktor, doktor gigi, ahli farmasi dan profesional penjagaan kesihatan lain di kemudahan pesakit dalam dan pesakit luar. Dengan lokasi di 18 buah negara dan produk di 56 buah negara di seluruh dunia, CompuGroup Medical ialah syarikat e-kesihatan yang merupakan salah sebuah syarikat yang mempunyai liputan terbesar dalam kalangan syarikat profesional penjagaan kesihatan. Kira-kira 8,500 orang pekerja yang sangat berkelayakan menyokong para pelanggan dengan penyelesaian inovatif untuk memenuhi permintaan sistem penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

CompuGroup Medical
Hubungan Media: Dan Doll
(800) 359-0911 x 1024
daniel.doll@cgm.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1655468/SCHUYLAB.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/469110/CompuGroup_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: CompuGroup Medical
Related Stocks:
XETRA:COP
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals