omniture

Vale Menyertai International Copper Association

International Copper Association
2021-10-11 21:00 92

WASHINGTON, 11 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- International Copper Association (ICA) mengumumkan penyertaan Vale International S.A. (Vale) sebagai ahli terbarunya. Vale telah diluluskan untuk menjadi ahli pada hari ini dalam Mesyuarat Tahunan Ahli ICA di London.

Vale yang beribu pejabat di Brazil, merupakan antara pelombong terbesar di dunia dengan operasi yang meliputi kira-kira 30 buah negara. Vale komited untuk menjadi salah sebuah syarikat perlombongan global yang paling selamat dan boleh dipercayai. Vale menyertai ICA pada saat-saat yang penting bagi industri tembaga sambil berusaha menyokong matlamat global yang ditetapkan dalam Perjanjian Iklim Paris dan Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Mark Travers, Naib Presiden Eksekutif Vale Base Metals menyatakan, "Vale komited untuk menyepadukan kelestarian ke dalam perniagaannya dengan membina legasi ekonomi, sosial dan alam sekitar yang kukuh dan positif serta mengurangkan kesan-kesan operasinya. Perlombongan tembaga merupakan satu bahagian penting dalam perniagaan kami dan kami memikul tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan sangat serius. ICA membimbing ahli gabungannya yang terkemuka dalam industri ke arah keneutralan karbon kolektif dan Vale percaya bahawa penting untuk kami bekerjasama dengan rakan-rakan kami dalam transformasi ini."

Presiden ICA, Anthony Lea menambah, "Kami teruja dengan penyertaan Vale pada saat yang penting ini apabila isu-isu ESG dan pengurangan perubahan iklim mendorong industri ini untuk melakukan perubahan yang positif. Kami bekerjasama rapat dengan ahli-ahli kami dalam menentukan kaedah yang dapat digunakan oleh industri tembaga bagi menyahkarbon prosesnya sendiri dan menetapkan matlamat untuk menghasilkan pelan hala tuju agar perkara ini dapat dicapai menjelang awal tahun hadapan. Adalah penting untuk memastikan pendapat Vale didengari dalam proses tersebut."

"Sebagai Pengerusi dan ahli lama ICA, saya berbesar hati dengan penyertaan Vale untuk mengetengahkan pendapat yang kukuh daripada industri tembaga," kata Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ICA, Steve Higgins (Freeport McMoRan), "Cadangan nilai yang disampaikan oleh ICA untuk industri ini adalah kukuh dan kami gembira apabila pemain industri lain dapat bersatu dengan kami dalam menyokong kepentingan bersama ini."

ICA mempunyai 31 ahli yang beroperasi di enam benua.

Tentang Vale
Ditubuhkan pada tahun 1942 sebagai Companhia Vale do Rio Doce yang pada asalnya milik negara, hari ini Vale merupakan sebuah syarikat yang tersenarai dalam kalangan pelombong terbesar di dunia. Dengan operasi yang meliputi kira-kira 30 buah negara, Vale berusaha untuk mengubah sumber semula jadi kepada pembangunan yang makmur dan lestari.

Tentang International Copper Association
International Copper Association (ICA) menyatukan industri tembaga global untuk membangun dan mempertahankan pasaran tembaga dan memberi sumbangan yang positif kepada Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Beribu pejabat di Washington, D.C., ICA mempunyai pejabat di tiga buah rantau utama: Asia, Eropah dan Amerika Utara. ICA dan rakan gabungannya Copper Alliance®, bergerak aktif di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.copperalliance.org.

Hubungan media:

Nicole Witoslawski, +1 646 350 9968
nicole.witoslawski@copperalliance.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/755242/International_Copper_Association_Logo.jpg?p=medium600

Source: International Copper Association
Keywords: Mining/Metals Personnel announcements