omniture

Amazfit Perkenal Identiti Jenama Baharu yang Berani tatkala Pelancaran Jam Tangan Pintar Global Inspirasikan Semua Orang untuk 'UP YOUR GAME'

Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health yang telah menghantar lebih 100 juta peranti
Amazfit
2021-10-12 21:59 188

NEW YORK, 12 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Amazfit, peneraju global bagi peranti boleh pakai dan teknologi pintar, memperkenalkan identiti jenama baharu yang meraikan ekspresi diri dan menonjolkan nilai dan gaya hidup pelanggannya dengan lebih berani.


Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) yang telah menghantar lebih 100 juta peranti sejak tahun 2014. Dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah yang mana pelanggan dipenuhi dengan peluang yang tak berkesudahan selain mood, perasaan dan matlamat yang berkembang yang boleh berubah dari masa ke masa dalam persekitaran yang berbeza, jenama Amazfit memberi kemungkinan yang tak berkesudahan, selain menunjukkan keghairahan, kespontanan dan optimisme.

Identiti baharu ini memperlihatkan elemen ini melalui rangkaian luas warna yang terang dan evolusi lincah logo Amazfit.


"Kami telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup orang ramai - membantu mereka menonjolkan personaliti, tenaga dan sikap mereka. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk memperbaharui dan menaik taraf jenama Amazfit untuk mengekspresikan visi kami dengan lebih baik dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Sebagai langkah pertama dalam perjalanan ini, saya dengan gembiranya ingin menunjukkan kepada anda logo Amazfit yang baharu. Ia menggambarkan dunia yang berwarna-warni dan menunjukkan nilai inklusif," kata Ketua Pegawai Eksekutif Amazfit Huang Wang.

Visi Amazfit adalah untuk membebaskan lebih ramai orang agar menghidupkan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka. Amazfit merealisasikannya dengan mencipta produk teknologi yang dinamik serta bergaya yang menggalakkan ekspresi diri, imej diri yang positif dan meraikan kehidupan serta membolehkan pelanggan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin. Portfolio luas Amazfit telahpun merangkumi pelbagai jam tangan dan jalur jam pintar, peralatan kecergasan dan fon telinga nirwayar yang anggun dan bergaya.

Kini, Amazfit melangkah lebih jauh bagi memberi inspirasi kepada semua orang untuk berusaha menjadi lebih baik (up their game).

Amazfit telah bekerjasama dengan pelopor fesyen yang terkemuka HELIOT EMIL™ serta Christian Cowan yang mana kedua-duanya berkeinginan untuk berusaha menjadi lebih baik dan mengintegrasikan Amazfit ke dalam pertunjukan mereka masing-masing di Minggu Fesyen Paris dan Minggu Fesyen New York. Sementara itu, Christian telah maju selangkah untuk menjadi Perunding Pengalaman siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit.

Kerjasama dengan pereka fesyen terjalin ini semasa Amazfit melancarkan Siri GTR 3 dan GTS 3 baharunya - rangkaian ciri kesihatan dan kecergasan termaju yang dipadatkan dalam tiga model jam tangan pintar yang anggun dan bergaya. Ketiga-tiganya direka bentuk untuk membolehkan pengguna berusaha menjadi lebih baik tanpa mengorbankan gaya peribadi. GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3 telah dicipta untuk membantu orang ramai mengharungi di dalam dan luar kehidupan digital mereka dengan mudah serta mencapai keseimbangan dan kejayaan.

Christian Cowan - Perunding Pengalaman siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit
Christian Cowan - Perunding Pengalaman siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit

Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit merupakan jam tangan pintar yang bergaya dan mudah digunakan dengan ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan yang komprehensif serta hayat bateri yang sangat panjang, dikuasakan oleh Zepp OS yang intuitif.

Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit akan disediakan di negara-negara Eropah ( Jerman , Perancis , Itali , UK  ) pada 11 Oktober (GMT+1) namun akan disediakan di Sepanyol pada 18 Oktober; GTR 3 dan GTR 3 Pro akan disediakan di AS pada 11 Oktober manakala GTS 3 akan disediakan di AS pada 20 Oktober.

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit merupakan jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka yang menawarkan portfolio produk yang luas termasuk jam tangan dan jalur jam pintar, fon telinga nirwayar TWS serta peranti kesihatan & kecergasan seperti sawat injak pintar dan timbangan komposisi tubuh pintar. Intipati jenama kami ialah Up Your Game (Berusaha Menjadi Lebih Baik) dan kami menggalakkan pengguna untuk merealisasikan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas.

Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) yang telah menghantar lebih 100 juta peranti sejak tahun 2014, dengan produk-produknya boleh didapati di lebih 90 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amazfit.com

Butiran Maklumat Perhubungan Awam:
Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan imejan produk, sila hubungi:

Nic Corns, Pengarah Perhubungan Awam, Make Honey
+44 7954 390 132
nic.corns@makehoney.com 

Source: Amazfit
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Related Links:
Keywords: Advertising Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services