LONDON, 29 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Perikatan Hepatitis Sedunia menyeru tindakan pantas menangani penyakit yang meragut nyawa sebanyak HIV/AIDS
Pada Hari Hepatitis Sedunia, Perikatan Hepatitis Sedunia telah menyeru perhatian pantas diberi kepada angka terkini yang menunjukkan walaupun hepatitis virus meragut sebanyak mana nyawa yang diragut HIV/AIDS, sebahagian besar negara masih tidak mempunyai program untuk menanganinya.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130728/630031-a )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130728/630031-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130728/630031-c )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130728/630031-d )
Kajian Beban Penyakit Global yang dikeluarkan tahun lepas dalam Lancet menunjukkan hepatitis virus bertanggungjawab meragut hampir 1.45 juta kematian pada tahun 2010, seperti HIV/AIDS dan bilangan yang lebih signifikan daripada batuk kering atau malaria. Walaupun dengan jumlah kematian yang sangat tinggi ini, para peneraju kesihatan global sering mengabaikannya daripada agenda mereka.
'Virus Hepatitis merupakan punca utama kematian yang ke-8 seluruh dunia, membunuh sebanyak mana HIV/AIDS membunuh setiap tahun' kata CharlesGore, Presiden Perikatan Hepatitis Sedunia. '500 juta orang seluruh dunia dijangkiti secara kronik. Dengan angka yang membimbangkan begini, kenapa hepatitis virus dipandang begitu remeh di seluruh dunia?'
Kini, penyakit menerima perhatian dan pendanaan bergantung kepada keutamaan global. Namun senarai keutamaan global tidak semestinya mencerminkan beban sebenar penyakit itu. Ini membawa kepada respon yang tidak sepadan dengan impak penyakit itu, dan menyebabkan beberapa penyakit tidak diberi sumber yang sangat diperlukan. Virus hepatitis ialah contoh yang jelas; walaupun bebannya begitu berat, tetapi penekanan yang kuat tidak diberi untuk menanganinya. Hasilnya, kebanyakan kerajaan gagal mengkhususkan sumber untuk virus hepatitis, walaupun di negara dengan kadar prevalens sehingga 20%.
Laporan Global yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia minggu lepas menunjukkan tahap hepatitis virus yang diabaikan. Hanya 37% negara mempunyai strategi atau pelan kebangsaan untuk virus hepatitis, dan kurang 30% dilaporkan mempunyai jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk aktiviti berkaitan virus hepatitis. Kekurangan respon untuk pembunuh ke-8 tertinggi di dunia memang membingungkan. Kekurangan respon bukan sahaja merisikokan jutaan nyawa dengan membenarkan epidemik senyap ini menular, tetapi juga menyebabkan 500 juta manusia yang terjangkit secara kronik diabaikan sepenuhnya tanpa sokongan atau perhatian.
Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengaku secara terbuka virus hepatitis ialah penyebab utama kerisauan dengan menjadikan Hari Hepatitis Sedunia salah satu daripada hanya tujuh hari kesihatan sedunia yang diiktiraf secara rasmi oleh WHO dan semua Negara Ahli. Namun, perubahan besar terhadap landskap kesihatan global masih belum dilihat. Pada Hari Hepatitis Sedunia ini, Perikatan Hepatitis Sedunia telah melancarkan kempen kesedaran besar-besaran dengan tema 'Hepatitis. Ketahui. Hadapi.' bagi menggalakkan orang ramai mengetahui lebih lanjut dan menghadapi sikap tidak peduli tentang penyakit ini.
Perikatan itu juga sedang menyelaras bersama satu percubaan Rekod Dunia Guinness global untuk bilangan orang yang melakukan aksi 'jangan tengok benda buruk, jangan dengar benda buruk, jangan cakap benda buruk' secara serentak, aksi-aksi ini dipilih kerana dalam cara yang sama, Tiga Monyet Bijak mengabaikan dunia sekeliling mereka seperti dunia telah mengabaikan virus hepatitis. Dengan 58 pasukan dari 25 buah negara seluruh dunia mengambil bahagian, ini merupakan cabaran sukar tetapi dengan mesej yang jelas: hepatitis virus ialah epidemik senyap. Ketahuinya. Hadapinya.
Nota kepada Editor
Perikatan Hepatitis Sedunia
Perikatan Hepatitis Sedunia ialah pertubuhan payung bukan kerajaan dengan 165 kumpulan pesakit ahli di 66 buah negara. Mewakili 500 juta orang yang menghidap hepatitis virus seluruh dunia, Perikatan itu berusaha untuk menyokong dan menggalakkan suara pesakit, meningkatkan profil hepatitis virus dan memastikan strategi hepatitis menyeluruh di semua negara. Perikatan Hepatitis Sedunia telah menjadi suara lantang dalam mencapai pelbagai kejayaan untuk penghidap hepatitis, termasuk menerajui komuniti pesakit dalam menyeru ketetapan WHO untuk hepatitis. Dengan kesedaran yang lebih tinggi, penghindaran, penjagaan, sokongan dan akses kepada rawatan yang lebih baik, matlamat akhir mereka ialah bekerjasama dengan kerajaan bagi menghapuskan penyakit ini.
Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.worldhepatitisalliance.org
Hari Hepatitis Sedunia
Pada 28 Julai 2013, Perikatan Hepatitis Sedunia akan menyelaraskan Hari Hepatitis Sedunia global keenam, salah satu daripada hanya empat hari-hari kesedaran kesihatan dengan penyakit spesifik rasmi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan disokong oleh 194 negara-negara ahlinya. Matlamat tahun 2013 ialah meningkatkan kesedaran hepatitis B dan C kronik seluruh dunia dan memacu perubahan polisi untuk pembaikan hasil kesihatan bagi pesakit.
Hepatitis B dan C
500 juta orang sedang hidup dengan virus hepatitis kronik. Hepatitis B dan C ialah virus 'senyap', kerana orang mungkin tidak mengalami apa-apa simptom. Jika tidak dirawat dan diuruskan, hepatitis B dan C boleh mengakibatkan kematian sel hati teruk (sirosis), barah hati atau kegagalan fungsi hati.
Hubungan
Untuk maklumat lanjut, petikan kata-kata jurucakap tambahan atau permintaan gambar, sila hubungi:
Hilary Campbell: Hilary.campbell@worldhepatitisalliance.org, +44(0)20-7378-0159
Sumber: Perikatan Hepatitis Sedunia