DARMSTADT, Jerman, 13 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan kemudahannya yang kedua di Carlsbad, California yang memperluas jejak CDMO globalnya dengan ketara. Kemudahan baharu yang bernilai €100 juta dengan keluasan 140,000 kaki persegi ini akan meningkatkan kapasiti sedia ada syarikat ini melebihi dua kali ganda untuk menyokong pembuatan komersial dan perindustrian berskala besar bagi terapi gen virus dalam pasaran yang dijangka akan meningkat kepada $10 bilion menjelang tahun 2026.
"Kebanyakan terapi gen pada hari ini menyasarkan penyakit yang jarang ditemui, namun terdapat keperluan mendesak untuk menghasilkan rawatan ini dengan cekap bagi mencapai populasi pesakit yang lebih besar," kata Matthias Heinzel, Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sains Hayat, Merck. "Sebagai peneraju dalam pembuatan vektor virus, peningkatan kapasiti dan skala ini merupakan langkah seterusnya dalam membolehkan para pelanggan kami memberikan rawatan penyembuhan baharu ke pasaran."
Ini merupakan kemudahan kedua milik syarikat yang berpangkalan di Carlsbad untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan terapi gen dan sel yang didorong oleh penerimagunaan terapi berasaskan vektor virus yang pesat dalam industri ini. Terdapat 30 buah bilik bersih pada kedua-dua kemudahan ini untuk menyokong kesemua aspek pembuatan pengeluaran klinikal dan komersial daripada skala kecil hingga besar. Kemudahan baharu ini memanfaatkan teknologi ampaian canggih untuk membolehkan pembuatan yang boleh diskala dan menjimatkan kos.
"Kami terus melakukan pelaburan bagi menyelesaikan cabaran terapi sel dan gen dalam pembangunan dan pembuatan melalui kerjasama dengan pembangun ubat-ubatan untuk mengindustrikan, meningkatkan dan mempercepat laluan bagi menyampaikan terapi kepada para pesakit," tambah Heinzel.
Pengembangan kemudahan di Carlsbad ini meningkatkan matlamat syarikat untuk mempercepat pertumbuhan melalui pelaburan dalam syarikat "Big 3", termasuk unit perniagaan Penyelesaian Proses dalam sektor perniagaan Sains Hayat sebagai pemacu utama.
Merck telah membuktikan pelaksanaan komersialnya dan kejayaan kawal selia global sebagai salah sebuah CDMO pertama yang diberikan kelulusan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. serta Agensi Ubat-ubatan Eropah untuk pembuatan vektor virus. Dengan pengalaman selama hampir 30 tahun dalam terapi sel dan gen, Merck menawarkan perkhidmatan CDMO yang unik dan diperkemas sebagai penyedia tunggal yang sangat berpengalaman.
Semua Siaran Akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari http://www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.
Tentang Merck
Merck Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan elektronik. Sekitar 58,000 orang pekerja berusaha untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan jutaan orang setiap hari dengan mewujudkan cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara yang unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar kepada membolehkan kecerdasan peranti - syarikat ini terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2020, Merck telah menjana jualan sebanyak €17.5 bilion di 66 buah negara.
Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab merupakan kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam ini. Merck memegang hak global terhadap nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada iaitu sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Electronics.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1657458/Merck_Carlsbad.jpg?p=medium600