omniture

Hubilo Mengumumkan Pelaburan Sebanyak £92 Juta Seiring Dengan Peningkatan Acara Era Baharu

Hubilo
2021-10-13 09:30 40

Pelabur Terkemuka Alkeon Capital dan Lightspeed Venture Partners Membuat Pelaburan Besar dalam Pelbagai Kerjasama Teknologi  

LONDON, 12 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hubilo, sebuah platform acara maya global terkemuka, mengumumkan bahawa dalam pusingan pembiayaan yang diterajui oleh Alkeon Capital dan dengan penyertaan Lightspeed Venture Partners dan Balderton Capital, ia telah mengumpul dana sebanyak £92 juta dalam pembiayaan Siri B untuk memperluaskan lagi pembangunan acara masa depan dan penglibatan pada platform Hubilo. Ini menjadikan jumlah pembiayaan syarikat kepada £113 juta setakat ini dalam masa kurang daripada 18 bulan. Pelaburan tersebut merupakan salah satu yang terbesar dalam kategori teknologi acara, menandakan revolusi dalam cara orang ramai berhubung, melibatkan diri, berkongsi pengalaman dan mewujudkan peluang pada satu-satu masa apabila ketidakpastian tentang COVID-19 dan varian-variannya telah menyebabkan pembatalan acara dan penangguhan pulangan kepada persekitaran pejabat tradisional.

Pembiayaan Siri B ini akan meningkatkan pertumbuhan antarabangsa Hubilo yang berterusan dengan membolehkan syarikat tersebut membangunkan fungsi perniagaan baharu, memajukan inovasi platformnya, mengukuhkan produk, kejuruteraan dan pasukan reka bentuk di India serta penglibatan pasukan ke dalam pasaran di AS, UK, EMEA dan APAC. Hubilo juga merancang untuk menubuhkan pejabat jualan baharu di rantau-rantau utama bagi memperluas operasinya dan memperoleh jumlah pelanggan yang lebih tinggi. Di samping itu, Hubilo juga akan meningkatkan jumlah keseluruhan pekerja sebanyak 150% untuk menyokong pelan pertumbuhan yang pesat dan sebagai persediaan terhadap peningkatan permintaan pelanggan dalam acara maya dan hibrid.

"Kuasa untuk melibatkan khalayak besar-besaran membuka potensi kepada komuniti yang lebih pelbagai dan terpencil untuk menyatukan acara perniagaan dan pengguna, tenaga kerja jarak jauh untuk kekal terlibat dan keperluan organisasi bagi memikirkan semula cara mereka melantik dan melatih. Potensi di hadapan kita dengan adanya pelaburan ini adalah amat besar," kata Vaibhav Jain, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Hubilo. "Tetapi apa yang kita telah pelajari sepanjang 6 tahun yang lalu ialah platform intuitif hanyalah suatu penyusunan kepentingan acara. Komitmen kami terhadap para penganjur acara ialah kami akan sentiasa menyediakan pasukan acara yang khusus bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaan dalam setiap acara. Inilah sebabnya sebahagian besar penganjur acara menjadikan Hubilo sebagai platform pilihan mereka."

Hubilo telah ditubuhkan pada tahun 2015 untuk membina teknologi acara yang meningkatkan penglibatan peserta pada acara secara bersemuka. Apabila pandemik melanda pada tahun 2020, Hubilo menyaksikan penurunan pendapatan kepada sifar, tetapi untuk mengelakkan kebankrapan, mereka memperkemaskan semula teknologi mereka dalam masa 26 hari dan muncul sebagai salah satu arkitek komunikasi berskala besar yang terkemuka dengan versi pertama platform acara mereka. Hubilo bekerjasama dengan beberapa jenama terbesar di dunia seperti Blackboard, Walmart, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Roche Pharma, Maersk Shipping dan beberapa jenama lain.

"Kami percaya bahawa tenaga kerja yang teragih di peringkat global merupakan suatu trend utama yang akan memberi kesan kepada kita semua pada masa hadapan. Adalah jelas bahawa cara kami bekerjasama dan berhubung perlu disusun semula bagi memastikan kejayaan mana-mana pemain global," kata Abhi Arun, Rakan Kongsi Pengurusan Alkeon Capital. "Di Hubilo, kami melihat teknologi yang hebat yang mampu menghubungkan dunia luar talian dan dalam talian, Ketua Pegawai Eksekutif yang berwawasan serta peluang pasaran yang hebat yang memberikan kami keyakinan untuk melabur."

Kini dengan varian Delta yang telah meningkatkan keperluan untuk memikirkan semula setiap strategi mesyuarat dan acara untuk jangka panjang, syarikat-syarikat menyedari bahawa kerjasama dan teknologi komunikasi adalah penting untuk lebih daripada sekadar acara. Walaupun populariti Hubilo telah berkembang sebagai platform teknologi acara, penyelesaiannya berjalan dengan lancar melangkaui majlis-majlis istimewa; ia telah berjaya menyokong lebih 10,000 acara dengan lebih daripada dua juta peserta merentasi lebih daripada 100 buah negara.

"Perniagaan membelanjakan lebih daripada satu trilion dolar perbelanjaan langsung ke atas acara. Dalam beberapa tahun yang lalu, 15-20% daripada peruntukan acara perusahaan telah beralih secara kekal ke acara digital. Hubilo merupakan salah satu platform yang paling pesat berkembang dan inovatif yang memberikan perkhidmatan kepada pasaran ini. Saya menjangkakan dalam beberapa tahun akan datang, Hubilo akan diperakui secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam bidang tersebut." kata Guru Chahal, Rakan Kongsi di Lightspeed Venture Partners.

Pada masa era baharu acara yang semakin dipertingkatkan di saat-saat ketidakpastian ketika ini, satu perkara masih kekal stabil: inovasi dan komitmen Hubilo untuk memupuk hubungan manusia melalui imaginasi semula acara.

Mengulas tentang kepentingan EMEA terhadap Hubilo, Vaibhav Jain menambah "Oleh kerana organisasi di rantau EMEA kini memulakan perjalanan pemulihan pasca pandemik mereka, kami telah melihat sejumlah besar daripada mereka mencari cara-cara inovatif untuk berkomunikasi dan berhubung semula secara dalaman serta dengan pelanggan dan rakan kongsi mereka. Hubilo menyediakan pasukan pan-Eropah dengan platform yang sempurna untuk memupuk kerjasama dan menghadiri acara berskala besar tanpa perlu melakukan perjalanan, memperkasakan perniagaan untuk menjadi lebih inklusif dan memecahkan halangan geografi."

Pelanggan Eropah Hubilo terdiri daripada nama-nama seperti University of Oxford, Smithers, European Athletics, EQS Germany, Acronis, Wolters Kluwer, Cognite serta beberapa organisasi lain.

Sila klik di sini untuk mengetahui berkaitan kuasa dan kesan acara yang hebat.

Tentang Hubilo Technologies Inc: 

Hubilo ialah platform acara maya + hibrid yang dibina untuk kecemerlangan interaksi dan acara. Misi Hubilo yang paling utama adalah untuk memacu penglibatan dan sehubungan dengan itu memberikan hasil perniagaan yang lebih baik. Dengan pasukan kejayaan pelanggan yang bersedia 24 jam sehari 7 hari seminggu, rangkaian penglibatan terbesar dan ciri-ciri perancangan industri dan kemampuan penjenamaan yang kukuh, Hubilo merupakan arkitek realiti baharu untuk acara-acara yang akan datang. Diketuai oleh Pengasas Vaibhav Jain dan Mayank Agarwal, syarikat ini beribu pejabat di San Francisco, dengan pejabat asas di Bengaluru di India. Pelanggan Hubilo termasuk nama-nama seperti Walmart, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, AB InBev, Roche Pharma, Echo, GITEX dan beberapa lagi di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika. Dalam masa kurang daripada setahun,  Hubilo telah mengumpul Dana Pusingan Permulaan sebanyak $4.5 juta, pusingan Siri 'A 'bernilai $23.5 juta dan pusingan Siri 'B' bernilai $125 juta daripada firma Modal Teroka terkemuka seperti Alkeon Capital, Lightspeed Venture Partners, Balderton Capital dan Lightspeed India Partners serta beberapa pelabur strategik utama.

 

 

Source: Hubilo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Mobile Entertainment Office Products Retail Telecommunications Corporate Expansion Financing agreements New products/services Venture Capital Data Analytics Financial Technology