omniture

Lazada mengalu-alukan bingtang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama

K-pop SEVENTEEN akan muncul sebagai penghibur utama di rancangan Lazada 11.11 Super Show
Lazada Group
2021-10-13 10:25 74

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada bersiap sedia untuk membawakan lebih semangat dan kegembiraan ke rantau ini, dengan mengalu-alukan para bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama menjelang festival beli-belah 11.11 terbesar – Lazada's Biggest One-Day Sale yang bermula pada tengah malam 11 November ini. 

Lazada mengalu-alukan bingtang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama
Lazada mengalu-alukan bingtang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama

 

Terdiri daripada 13 ahli, SEVENTEEN, salah satu kumpulan K-pop terkenal di Korea Selatan membuat kemunculan hebat ke dalam arena muzik antarabangsa dengan eksperimen muzik kreatif mereka dan aksi persembahan yang menggemparkan. EP terkini SEVENTEEN, "Your Choice" membuat kemunculan sulung di kedudukan No. 1 dalam carta Billboard's Top Album Sales dan senarai penganugerahan mereka termasuk dicalonkan sebagai 'Artis Sosial Terbaik' di Billboard Music Awards 2021 dan memenangi 'Main Prize' selama empat tahun di Seoul Music Awards.

Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Group, berkata, "Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Duta Kebahagiaan Lazada pertama, SEVENTEEN, ke dalam keluarga Lazada. Dengan bakat serta personaliti mereka yang bersemangat, saya berharap agar SEVENTEEN dapat memberi inspirasi kepada pengguna kami di seluruh Asia Tenggara untuk kekal berani dan bersemangat untuk mencuba idea baharu, mengejar impian, dan mempercayai bahawa segala cabaran boleh diatasi." 

Di acara 11.11 Super Show Lazada pada 10 November, SEVENTEEN akan mengambil pentas utama untuk mempersembahkan lagu-lagu yang popular seperti "Left & Right" dan "Ready to love". Konsert maya tersebut yang dibarisi bintang-bintang terkenal menjelang 11.11 akan turut menampilkan para selebriti tempatan yang terkenal di Asia Tenggara yang berhimpun untuk bersama-sama meraikan harapan dan kegembiraan, termasuklah penampilan Nora Danish and Dayang Nurfaizah dari Malaysia. Di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, pembeli juga boleh menonton konsert 11.11 Super Show Lazada melalui saluran strim langsung dalam-aplikasi Lazada, LazLive, serta rangkaian penyiaran tempatan TV3, dan platform media sosial Lazada melalui YouTube, Facebook dan TikTok.

Kumpulan K-pop seramai 13 ahli ini turut membintangi filem pendek 11.11 terkini Lazada, yang membawa Duta Kebahagiaan Lazada ke Dunia Lazada, dunia yang dinamik dan hebat yang dipenuhi dengan objek-objek harian dan ganjaran 11.11 yang eksklusif. Sambil menari dengan riang bersama dengan persembahan khas lagu hit global "Low" oleh Flo Rida, SEVENTEEN akan memulakan pengembaraan yang penuh dengan penemuan mengejutkan di setiap masa.

Mengulas sebagai sebuah kumpulan, SEVENTEEN berkata, "Rakaman filem Lazada 11.11 adalah pengalaman yang menyeronokkan, dan kami amat teruja untuk mengambil bahagian dalam konsert 11.11 Super Show Lazada yang akan datang. Sebagai Duta Kebahagiaan serantau untuk platform eCommerce terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, kami berharap dapat mencipta pengalaman yang lebih bermakna dengan semua orang. Tolong tunjukkan sokongan dan cinta kepada Lazada dan SEVENTEEN!"

Dalam filem pendek 11.11 Lazada, maskot kesayangan, Lazzie, mengadakan kameo istimewa dengan menari gerakan 'shuffle' ikonik bersama-sama SEVENTEEN, mempersembahkan wajah baharu dengan warna biru dan ungu untuk surainya dan muncung comel berbentuk heart-gram ikonik Lazada. Selain itu, Lazzie akan terus ditampilkan dalam LazGame popular, Lazzie Star, mulai 6 November di Malaysia, meneruskan pengembaraan bersama pengguna untuk menjadi idola bintang yang hebat dan dalam masa yang sama memperoleh baucar dan ganjaran eksklusif untuk memaksimumkan penjimatan semasa jualan terbesar Lazada pada 11.11 Biggest One-Day Sale ini.

Lazada akan turut melancarkan cabaran #HowLowCanYouGoLazada1111 TikTok di seluruh rantau ini yang mengajak pengguna untuk mempamerkan kreativiti dengan membuat video tarian "shuffle" TikTok 20-saat gaya bebas unik mereka sendiri. Peserta-peserta dengan gerakan tarian yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111 apabila mereka menyertai cabaran media sosial yang berlangsung mulai 26 Oktober hingga 5 November.

Raymond Yang menambah, "Lazada sentiasa mencari cara baharu untuk melibatkan pelanggan kami sepenuhnya dengan aktiviti yang menyeronokkan secara dalam talian mahupun luar talian, bagi mencipta pengalaman membeli belah yang holistik dan menyeronokkan. Dengan memanfaatkan 'Shoppertainment' mantap kami dan bekerjasama erat dengan peniaga kami untuk membuat promosi dan ganjaran yang tidak dapat ditandingi, kami sentiasa mencabar diri kami untuk membawa impak yang tinggi serta mencari cara yang bermakna untuk meningkatkan kehidupan komuniti di seluruh Asia Tenggara. Kami teruja untuk meraikan satu lagi edisi festival beli-belah 11.11 terbesar kami ketika kami semua mengejar harapan, impian, dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan kami."

Selain akses kepada harga terendah dan penghantaran percuma[1] semasa 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, pengguna boleh menantikan tawaran eksklusif yang menarik dan aktiviti 'Shoppertainment' interaktif yang akan memberi baucar serta ganjaran Lazada Bonus.

[1] Tertakluk kepada terma dan syarat.

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Mengenai SEVEENTEEN

Mengumpulkan 2 bilion aliran dan menjual 10 juta album, SEVENTEEN — terdiri daripada S.COUPS, JEONGHAN, JOSHUA, JUN, HOSHI, WONWOO, WOOZI, THE 8, MINGYU, DK, SEUNGKWAN, VERNON dan DINO - telah meroket ke barisan hadapan adegan muzik didorong oleh semangat yang sangat bebas dan ekosistem kreatif dalaman yang mesra. Struktur inovatif kumpulan bergantung pada interaksi tiga unit: hip-hop, vokal, dan persembahan. Mengikuti gelaran "musical all-stars," SEVENTEEN telah melakar sejarah dan menjadi salah satu kumpulan terbesar yang pernah ada dengan penyegerakan kelas dunia, koreografi hebat, dan kerjasama yang ketat. Bergerak dengan kadar yang tidak dapat ditandingi, bintang-bintang berkuasa prestasi global baru-baru ini membuat debut televisyen A.S. mereka di The Late Late Show bersama James Corden dan diikuti dengan persembahan yang tidak dapat dilupakan di The Kelly Clarkson Show, The Ellen DeGeneres Show, Jimmy Kimmel Live! dan MTV's Fresh Out Live. EP terkini SEVENTEEN, "Your Choice" muncul sebagai No. 1 di carta Billboard's Top Album Sales dan No. 15 di Billboard 200. Ia juga mencatatkan penjualan minggu pertama tertinggi untuk mana-mana album yang dikeluarkan di Korea pada separuh pertama tahun 2021, sehingga mereka mendapat gelaran "quadruple million sellers" apabila ia menyertai tiga album mereka sebelum ini – An Ode, Heng: garæ, dan ; [Semicolon] – yang berturut-turut menjual lebih dari 1 juta salinan setiap satu.

 

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Music Retail Web Site Future Events