omniture

UOL EdTech dan PUCRS mempromosikan kuliah bersama-sama Malala Yousafzai, Pemenang Hadiah Nobel

UOL EdTech
2021-10-13 11:03 40

Diberikan pada 18 Oktober, kuliah tersebut akan membincangkan kepentingan pendidikan bagi pembangunan profesional dan peribadi 

SÃO PAULO, 13 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- UOL EdTech, sebuah syarikat teknologi pendidikan terkemuka di Amerika Latin, dengan kerjasama PUCRS, Pontifical Catholic University of Rio Grande do Sul, iaitu salah sebuah universiti terbaik di Brazil dan Amerika Latin berdasarkan kedudukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menawarkan kuliah bertajuk "Kepimpinan, Keupayaan Pembelajaran dan Ketahanan" oleh Malala Yousafzai, pemenang termuda bagi Hadiah Keamanan Nobel. Diadakan secara percuma dan 100% dalam talian, kandungan itu akan tersedia pada 18 Oktober.


Pendaftaran dibuka kepada pelajar dari seluruh dunia, dengan kapasiti penyertaan yang tidak terhad; tarikh akhir pendaftarannya adalah pada 17 Oktober. Kuliah tersebut akan diberikan dalam Bahasa Inggeris, dengan sari kata dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Sepanyol dan Bahasa Mandarin. Pada penghujung kuliah tersebut, semua peserta akan menerima sijil daripada PUCRS University.

Dengan inisiatif ini, UOL EdTech mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam transformasi digital pendidikan di Amerika Latin. Syarikat tersebut yang telah membangunkan platform digital untuk kursus lepasan ijazah dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan PUCRS, merupakan sebahagian daripada UOL Group yang juga merupakan penyedia kandungan digital, teknologi, perkhidmatan dan kaedah pembayaran yang terbesar di Brazil.

Malala akan membawakan semua pengalaman yang beliau peroleh sebagai salah seorang aktivis utama bagi pendidikan wanita di dunia dan sebagai seorang jurucakap hebat bagi pembelaan hak asasi manusia ke dalam ceramah itu untuk berbincang dengan para pelajar tentang kepentingan pendidikan bagi pembangunan profesional dan peribadi.

"Pendidikan adalah sesuatu yang membolehkan seorang wanita berada pada tempat di mana beliau boleh mendapat akses kepada banyak peluang yang beliau tidak berpeluang mendapatkannya sebelum ini. Apabila anda berpendidikan, anda berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengetahui apakah hak anda, untuk mengetahui hakikat bahawa anda boleh miliki sesuatu untuk diri sendiri, anda boleh memutuskan untuk berkahwin kemudian, dalam masa yang sama membolehkan anda mendapat peluang untuk bebas dari segi kewangan," kata aktivis itu.

Bagi Alex Augusto, Ketua Pegawai Eksekutif UOL EdTech, kuliah tersebut merupakan satu peluang untuk belajar. "Kami teruja untuk menawarkan pertukaran pengetahuan ini daripada salah seorang anak muda yang paling penting hari ini melalui platform yang inovatif dan hebat. Kami percaya bahawa teknologi dapat menyatukan orang ramai dan mempercepat pembelajaran. Matlamat kami sebagai sebuah syarikat teknologi pendidikan adalah untuk menerajui inovasi dalam pendidikan dan mempromosikan pengalaman pembelajaran yang transformatif di Brazil dan Amerika Latin serta di seluruh dunia."

UOL EdTech membangunkan sepenuhnya teknologi Brazil dan menyokong pelajar di semua peringkat pembelajaran, daripada pelajar termuda di peringkat rendah dan menengah, hinggalah kepada ahli profesional yang berusaha untuk melanjutkan pendidikan mereka dalam pengkhususan dalam talian, bahkan dalam kursus yang ditawarkan di persekitaran kerja.

PERKHIDMATAN: 

Kuliah: "Kepimpinan, Keupayaan Pembelajaran dan Ketahanan" 

Percuma dan 100% dalam talian 

Tarikh: 18 Oktober 2021 

Pendaftaran dalam bahasa Inggeris 

Pendaftaran dalam bahasa Sepanyol 

Pendaftaran dalam bahasa Mandarin 

Tentang UOL EdTech 

UOL EdTech ialah syarikat teknologi pendidikan terbesar di Brazil. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan matlamat untuk mengubah kehidupan orang ramai melalui pendidikan berkualiti yang lebih mudah diakses dan sesuai untuk dunia digital. Sejak itu, ia telah membangunkan platform pembelajaran dan kandungan pendidikan untuk syarikat, institusi pendidikan dan individu. UOL EdTech ialah sebuah syarikat teknologi pendidikan daripada UOL Group – penyedia kandungan, teknologi, perkhidmatan dan kaedah pembayaran digital yang terbesar di Brazil.

Tentang PUCRS 

Dengan ekosistem inovasi yang aktif, daripada peringkat sarjana hinggalah kepada pengajian siswazah, satu siri kedudukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa menunjukkan PUCRS sebagai salah satu universiti terbaik di Brazil dan Amerika Latin. Penyelidikan saintifik peringkat tinggi, impak sosial, pembelajaran berterusan dan projek pengantarabangsaan gabungan merupakan sebahagian daripada aktiviti harian institusi tersebut yang mana telah melatih lebih 170 ribu orang profesional di Porto Alegre (RS).

Maklumat Akhbar: 

XCOM
UOL EdTech Communication Agency
 

Deborah Slobodticov
deborah.slo@xcom.net.br
+55 (11) 98829-7900

Alexandre Tsuneta
Alexandre.tsuneta@xcom.net.br
+55 (11) 97606-6690

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1656210/MALALA.jpg?p=medium600

Source: UOL EdTech
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Electronic Commerce New products/services