omniture

Para Pemimpin Realty ONE Group Berkumpul Di Nashville Untuk Bimbingan Dan Jaringan Sambil Mengumpul Lebih $30 Ribu Untuk Organisasi Bukan Berkeuntungan Tempatan

Realty ONE Group
2021-10-13 22:32 1662

LAS VEGAS, 13 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU rangkaian francais yang paling pesat berkembang pada masa kini, mengumpulkan para pemilik francais dan rakan kongsinya dalam Percutian Perkhemahan Kepemimpinan tahunannya di Nashville, Tennessee pada minggu lepas yang bertujuan untuk membimbing dan menyuntik tenaga kepada pangkalan pemilik francais A.S dan antarabangsa yang semakin berkembang.

Acara yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan penceramah utama, bintang NBA legenda, Bill Walton dan pengarang yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif StoryBrand, Donald Miller serta sesi bimbingan lain untuk membantu kepemimpinan membina perniagaan yang berjaya yang mengutamakan profesional hartanah. Bertepatan dengan tujuannya untuk mengamalkan keterbukaan, kemuncak acara ini merupakan aktiviti pembina pasukan yang menyaksikan para peserta menguruskan sumbangan barangan seperti katil bayi, lampin dan mainan untuk pertubuhan bukan berkeuntungan tempatan iaitu Isaiah 117 House. Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Realty ONE Group, Kuba Jewgieniew, kemudiannya telah menutup acara derma tersebut dengan menghadiahkan sebuah cek bernilai $11,111 kepada pengasas bersama organisasi itu, yang menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan melebihi $30,000.

"Nilai-nilai syarikat kami dipaparkan sepenuhnya dalam acara kepemimpinan ini, daripada COOLTURE kami yang dinamik dan kasih sayang antara satu sama lain hinggalah bimbingan dan latihan perniagaan kami serta misi kami untuk menyumbang kembali dan memberi impak kepada komuniti tempatan di mana-mana sahaja," kata Jewgieniew.

Lebih 300 orang peserta menghayati sepenuhnya Perkhemahan pertama mereka di Nashville, dengan meraikannya di restoran Barlines Omni Nashville pada malam pertama. Pada malam kedua, kumpulan itu kemudiannya melawat salah sebuah daripada dua lokasi Realty ONE Group Music City yang berkembang pesat, seterusnya resepsi peribadi di General Jackson Boat yang bersejarah pada malam terakhir sebagai kemuncak percutian ini.

Realty ONE Group merancang untuk berkumpul semula dengan para profesional hartanah di Aria Resort di Las Vegas, Nevada pada 3-5 April 2022 untuk acara Sidang Kemuncak tahunan ONE.

UNBrokerage mempunyai lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada Barat serta telah mengumumkan pada tahun ini bahawa ia akan membuka pejabatnya di Singapura, Sepanyol dan Costa Rica.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Real Estate Corporate Social Responsibility Not for profit Future Events