omniture

DarwinHealth Mengumumkan Kerjasama Saintifik dengan Prelude Therapeutics untuk Membangunkan Biopenanda Baharu bagi Pelbagai Calon Onkologi

DarwinHealth
2021-10-14 00:09 76

NEW YORK, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- DarwinHealth, Inc. hari ini mengumumkan kerjasama penyelidikan saintifik yang menggunakan Biomarker Enrichment Strategies for Trials (platform BEST) atau Strategi Pengukuhan Biopenanda Percubaan untuk menghuraikan biopenanda baharu bagi membimbing trajektori translasi pelbagai molekul onkologi yang sedang dibangunkan oleh Prelude Therapeutics.

Melalui kerjasama ini, DarwinHealth akan menggunakan algoritma berasaskan biologi sistem yang kuantitatif dan proprietari, teknologi yang diluluskan CLIA dan pendekatan sahih yang berfokuskan protein Regulator Induk (MR) serta titik semakan tumor untuk mengenal pasti biopenanda berasaskan protein baharu yang akan menambah ketepatan secara signifikan dalam pemilihan kohort pesakit bagi ujian klinikal tumor pejal dan hematologi yang akan dijalankan mengikut budi bicara Prelude.

"Matlamat kerjasama berfokuskan biopenanda ini," jelas Profesor Andrea Califano, Clyde dan Helen Wu, Profesor dan Pengerusi Jabatan Biologi Sistem, Columbia University merangkap Pengasas Bersama DarwinHealth, "adalah untuk menilai dan mencirikan mekanisme tindakan khusus tumor secara keseluruhan dalam bekalan molekul Prelude bagi mengenal pasti biopenanda baharu yang berpotensi menjadikan agen ini sejajar dengan kumpulan pesakit yang bertindak balas. Selain itu, kerjasama ini akan mencirikan peluang terapeutik yang berpotensi secara mekanikal bagi bekalan molekul Prelude yang menyasarkan pelbagai laluan onkogenik di seluruh kepelbagaian subjenis tumor pejal dan malignansi hematologi seperti yang dipilih oleh Prelude Therapeutics. Kajian ini akan memanfaatkan algoritma VIPER untuk mencirikan aktiviti sebatian berbilang ini terhadap modul protein Regulator Induk (MR) (titik semakan tumor) yang diperlukan untuk kebolehhidupan subjenis tumor khusus."

"Inisiatif BEST ini akan menyediakan maklumat khusus tumor dan kompaun yang boleh dilaksanakan dan tepat bagi menilai potensi bekalan molekul Prelude untuk menyongsangkan aktiviti titik semakan subjenis tumor khusus," jelas Dr. Mariano Alvarez, Ketua Pegawai Saintifik DarwinHealth. "Tujuan kajian sedemikian adalah untuk menghasilkan pelbagai penyelarasan sebatian/subjenis tumor/biopenanda yang disahkan yang menunjukkan pelan hala tuju berasaskan bukti dan mekanisme bagi pembangunan biopenanda dan pemilihan pesakit yang berpotensi mempercepat kajian klinikal."

Sebagai sebahagian daripada inisiatif BEST, DarwinHealth akan menyediakan pengumuman komprehensif tentang potensi nilai klinikal untuk bekalan molekul Prelude terpilih dalam keseluruhan spektrum jenis-jenis tumor. Melalui pemodelan kuantitatif dan laluan translasi berpusatkan biopenanda, DarwinHealth juga akan membantu dalam reka bentuk kajian pengesahan in vivo bagi memanfaatkan peluang utama yang mungkin tidak jelas dalam penggunaan teknologi konvensional.

"Kerjasama BEST menangani salah satu keperluan penting bioteknologi dan biofarmaseutikal yang tidak dipenuhi yang memberi tumpuan kepada penyelidikan ubat-ubatan kanser—iaitu, membangunkan biopenanda dengan tindak balas klinikal boleh diramal terhadap sebatian yang keberkesanan akhirnya mungkin terhasil daripada sasaran penggunaan ubat-ubatan yang dicapai atau tidak dicapai dalam julat yang tidak lengkap yang ditujukan pada pelbagai sasaran program kawal selia yang mendasari kebergantungan kanser," kata Dr. Gideon Bosker, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama DarwinHealth. "Ketidakpastian ini membenarkan konsep biopenanda diperluas melangkaui sasaran utama ubat-ubatan (iaitu, afiniti tinggi) kepada pengelas protein berbilang yang dikenal pasti melalui metodologi pengiraan dan eksperimen kami yang integratif."

Secara khususnya, pengelas protein berbilang baharu yang dikenal pasti oleh platform BEST telah dilaporkan sebelum ini oleh DarwinHealth untuk Mieloma Berbilang (N Engl J Med 2019;381:727-38. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa1903455 ) dan DLBCL (British Journal of Haematology; 2 Ogos 2021, https://doi.org/10.1111/bjh.17730).

Teknologi ini sangat sesuai untuk mengenal pasti penjajaran mekanistik antara calon ubat-ubatan dan pesakit kanser berdasarkan keupayaan ubat-ubatan untuk menyahaktif protein MR khusus pesakit yang diperlukan bagi menyelenggara keadaan tumor. Yang penting, penemuan ini akan matang dengan cepat ke arah percubaan klinikal manusia dan pembangunan komersial dipacu biopenanda yang tepat.

Tentang DarwinHealth, Inc. 

DarwinHealth: Precision Therapeutics for Cancer Medicine (Terapeutik Berketepatan untuk Perubatan Kanser) merupakan sebuah syarikat berfokuskan teknologi, "pemaju teknologi kanser" yang diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gideon Bosker, MD bersama-sama Profesor Andrea Califano, Clyde dan Helen Wu, Profesor Biologi Sistem Kimia dan Pengerusi Jabatan Biologi Sistem di Columbia University. Teknologi syarikat ini telah dibangunkan oleh makmal Califano sejak 14 tahun yang lalu dan dilesenkan secara eksklusif daripada Columbia University. Teknologi DarwinHealth telah dibangunkan untuk mengenal pasti penjajaran berpandukan biopenanda dan mekanisme tidak dijangka secara kerap yang boleh dilaksanakan pada tahap proteomik antara molekul kecil dengan subjenis tumor khusus/kohort pesakit dan oleh itu, ia berupaya untuk mempercepat pembangunan rancangan onkologi bagi kedua-dua laluan pembangunan berasaskan imuno-onkologi dan molekul kecil. 

DarwinHealth menggunakan algoritma biologi sistem yang proprietari untuk memadankan setiap pesakit kanser dengan ubat-ubatan dan kombinasi ubat-ubatan secara maya yang berpotensi untuk menghasilkan rawatan yang berjaya. "Pada masa yang sama, algoritma yang sama ini juga boleh mengutamakan ubat-ubatan penyelidikan dan kombinasi pencampuran ubat-ubatan yang potensinya tidak diketahui terhadap spektrum penuh malignansi manusia, begitu juga dengan sasaran kanser baharu," jelas Dr. Bosker, "menjadikan ia tidak ternilai bagi syarikat-syarikat farmaseutikal yang ingin mengoptimumkan rancangan pencampuran ubat-ubatan mereka dan menemui sasaran kanser baharu serta penjajaran antara tumor-pencampuran ubat yang boleh dilaksanakan secara mekanikal."

Pernyataan misi DarwinHealth adalah untuk menggunakan teknologi baharu yang telah kukuh dalam biologi sistem bagi meningkatkan hasil rawatan kanser klinikal. Teknologi utamanya iaitu algoritma VIPER boleh mengenal pasti modul yang mantap tentang protein pengawal induk yang mewakili kelas baharu sasaran terapeutik yang boleh bertindak terhadap kanser. Metodologi ini diterapkan pada dua paksi pelengkap: Pertama, teknologi DarwinHealth menyokong pengenalpastian dan pengesahan sasaran yang boleh diubati secara sistematik pada peringkat asas dan mendalam kawalan sel kanser logik supaya kami dan rakan saintifik kami boleh memanfaatkan tindakan yang boleh diambil terhadap generasi seterusnya berdasarkan mekanisme dan kebergantungan tumor yang lebih universal dan asas. Kedua, dari perspektif pembangunan ubat-ubatan dan penyelidikan, teknologi yang sama mampu mengenal pasti potensi sasaran baharu boleh diubati berdasarkan pengawal induk dan modulator huluan sasaran tersebut. Di sinilah pendekatan onkotektural DarwinHealth, dengan penekanan untuk menerangkan dan menyasarkan titik semakan tumor, menyediakan penyelesaian yang paling penting dan menyusun semula pelan hala tuju untuk memajukan penerokaan ubat-ubatan dan terapeutik kanser dengan tepat. 

Kaedah berasaskan perubatan berketepatan proprietari yang digunakan oleh DarwinHealth disokong oleh badan karya ilmiah terperinci yang dikarang oleh para pemimpin saintifiknya, termasuklah Ketua Pegawai Saintifik DarwinHealth, Mariano Alvarez, PhD, yang bersama-sama membangunkan infrastruktur pengkomputeran syarikat yang penting. Strategi proprietari ini memanfaatkan keupayaan untuk meniru dan menganalisa kawalan genom yang luas dan memberikan isyarat sel kanser yang logik, dengan mengintegrasikan data daripada asai in silicoin vitro dan in vivo . Ia menyediakan platform penyelidikan dan pencirian ubat-ubatan bersepadu sepenuhnya yang direka untuk menjelas, mempercepat dan mengesahkan trajektori pembangunan yang tepat untuk aset farmaseutikal supaya potensi klinikal dan komersial mereka dapat direalisasikan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.DarwinHealth.com.

Tentang Prelude Therapeutics 

Prelude Therapeutics ialah sebuah syarikat onkologi berketepatan peringkat klinikal yang membangunkan calon ubat-ubatan inovatif dan menyasarkan aliran sel kanser kritikal. Calon produk utama Syarikat ini direka untuk menjadi perencat PRMT5 secara oral, kuat dan selektif. Calon klinikal pertama Prelude, PRT543, sedang dalam pembangunan Fasa 1 untuk tumor pejal yang teruk dan malignansi mieloid terpilih. Prelude juga memajukan PRT811, perencat PRMT5 kedua yang dioptimumkan untuk pendedahan otak tahap tinggi dalam ujian klinikal Fasa 1 termasuk glioblastoma multiforme (GBM). Perancangan Syarikat ini turut merangkumi calon klinikal ketiga iaitu PRT1419, perencat MCL1 yang tersedia secara oral dalam pembangunan Fasa 1 untuk pesakit dengan malignansi hematologi refraktori/berulang dan dua calon praklinikal yang paling canggih iaitu PRT2527, perencat CDK9 dan PRT-SCA2, degrad protein SMARCA2.

Nota Peringatan Prelude Therapeutics Berkaitan Pernyataan Berpandangan ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan dalam lingkungan maksud peruntukan "perlindungan selamat" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penemuan yang dijangkakan, aktiviti pembangunan praklinikal dan klinikal, masa ketersediaan dan pengumuman keputusan klinikal, masa pengembangan bahagian ujian klinikal Fasa 1 untuk PRT543 dan PRT811, masa aktiviti berkaitan IND untuk PRT2527 dan potensi manfaat calon produk dan platform Syarikat. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah merupakan pernyataan yang boleh dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, Syarikat tidak menjamin peristiwa, hasil, tindakan, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian masa depan serta masa dan hasil pembangunan bioteknologi selain potensi kelulusan kawal selia yang sememangnya tidak menentu. Pernyataan berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan aktiviti sebenar Syarikat atau hasilnya berbeza secara ketara daripada yang dinyatakan dalam mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, termasuk risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan keupayaan Syarikat untuk memajukan calon produknya, potensi penerimaan dan masa pengiktirafan kawal selia, kelulusan dan pengkomersialan calon produk, impak pandemik COVID-19 terhadap perniagaan Syarikat, tapak ujian klinikal, kemudahan pembuatan dan rantaian bekalan, keupayaan Syarikat untuk mengekalkan dan mengenal pasti manfaat daripada gelaran tertentu yang diterima oleh calon produk, masa dan hasil ujian praklinikal dan klinikal, keupayaan Syarikat untuk membiayai aktiviti pembangunan dan mencapai matlamat pembangunan, keupayaan Syarikat untuk melindungi harta intelek dan risiko serta ketidakpastian lain yang diterangkan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dalam dokumen yang difailkan Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini hanya tepat setakat tarikh siaran akhbar ini dikeluarkan dan Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas daripada tarikh ini.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/966600/DarwinHealth_Logo.jpg?p=medium600

Source: DarwinHealth
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements