omniture

Trina Solar peroleh skor 100% dalam Tinjauan Kebolehterimaan Bank BNEF 2021, tersenarai sebagai pembekal modul boleh terima bank terunggul selama 6 tahun berturut-turut

Trina Solar Co., Ltd
2021-10-14 02:20 168

CHANGZHOU, China, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd. ("Trina Solar" atau "Syarikat") telah dianugerahkan sebagai boleh diterima oleh bank (bankable) oleh semua responden tinjauan dalam laporan Kebolehterimaan Bank Modul PV dan Penyongsang 2021 (2021 PV Module and Inverter Bankability) yang dikeluarkan oleh BloombergNEF. Menerusi laporan ini, Trina Solar kini merupakan satu-satunya pengeluar modul yang dinilai sebagai boleh dibankkan selama 6 tahun berturut-turut oleh 100% responden industri yang mengambil bahagian dalam tinjauan BloombergNEF tahunan.

Laporan BloombergNEF menyatakan bahawa keadaan kesihatan kewangan sesebuah syarikat, rekod modulnya di lapangan dan jaminan pengeluar merupakan petunjuk penting untuk institusi-institusi kewangan dalam penilaian mereka terhadap kebolehterimaan bank pengeluar PV. Ia menghubungi pihak bank, EPC, penyedia kuasa bebas dan penasihat teknikal di seluruh dunia dan menjalankan temu bual secara mendalam dengan pemeriksa kualiti serta pakar teknologi. Justeru itu, liputan tinjauan ini adalah luas dan penilaian bersifat terbuka dan telus. Sebagai salah sebuah institusi penyelidikan pihak ketiga yang paling berwibawa dalam pasaran tenaga baharu global, laporan ini dilihat sebagai rujukan yang tidak ternilai untuk kredit perniagaan di banyak institusi kewangan.

Laporan Kebolehterimaan Bank Modul dan Penyongsang 2021 BloombergNEF turut memetik laporan kad mata keandalan modul fotovolta tahunan yang dikeluarkan oleh badan pensijilan berwibawa di peringkat antarabangsa PV Evolution Labs. Laporan PVEL mengesahkan prestasi cemerlang modul Trina Solar dari segi keandalan dan kapasiti penjanaan kuasa. Syarikat ini sekali lagi dinamakan sebagai pengeluar modul Pelaksana Terbaik dunia.

Dari tahun 2020 hingga 2021, Trina Solar melancarkan modul-modul 210mm 410W, 510W, 555W, 605W dan 670W Vertex, memimpin industri ini menuju era baharu 600W+. Siri Vertex telah diiktiraf secara meluas oleh pelanggan di seluruh dunia, membuka saluran baharu untuk mengurangkan kos tenaga elektrik dan menjamin pulangan loji janakuasa yang stabil dalam tempoh jangka panjang. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga pintar PV dan tenaga yang terkemuka di dunia, Trina Solar komited untuk membawakan kelebihan produknya untuk bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi mempercepatkan aplikasi global tenaga pintar dan mencipta dunia baharu dengan tenaga bebas karbon.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Utilities