omniture

Empire State Building Bekerjasama Dengan Bronx Brewery Sebagai Vendor Kedua Dalam Program Gerai Jualan ESB Yang Menawarkan Minuman Keras Dan Makanan Ringan Kepada Para Tetamu

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-10-14 21:10 59

Vendor gerai jualan akan ditampilkan pada setiap bulan dalam Pengalaman Balai Cerap di Bangunan Paling Terkemuka di Dunia ini yang menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun 2021 

NEW YORK, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Selamat! Pada ulang tahunnya yang ke-90, Empire State Building (ESB) mempunyai pelbagai sebab untuk minum ucap selamat atas kejayaannya membawa Oktoberfest ke Balai Cerap Tingkat 86 yang ikonik dengan Bronx Brewery pada setiap hari Khamis hingga Sabtu, 14 hingga 30 Oktober pada jam 5 petang hingga 9 malam. Program gerai jualan ini menjadi kali pertama dalam sejarah bangunan ini dengan minuman keras akan dihidangkan dalam Pengalaman Balai Cerap.

The Empire State Building's 90th Anniversary Cart (L); The Empire State Building (M); Bronx Brewery's select beers on the 86th Floor Observatory (R)
The Empire State Building's 90th Anniversary Cart (L); The Empire State Building (M); Bronx Brewery's select beers on the 86th Floor Observatory (R)

"Kami meneruskan sambutan Ulang Tahun ke-90 Bangunan Paling Terkemuka di Dunia pada musim luruh ini melalui kerjasama dengan Bronx Brewery yang menjadi kegemaran penduduk tempatan," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Empire State Building. "Dengan pelaksanaan kualiti alam sekitar dalaman kami yang terkemuka dalam industri, para tetamu boleh menikmati pameran sentuhan dan digital baharu yang direka semula dan hebat dengan penuh keyakinan sebelum mereka bersantai dengan minuman petang serta pemandangan terbuka 360 darjah yang paling menakjubkan yang ditawarkan oleh Bandar Raya New York."

Kilang bir pemenang anugerah dari kawasan kejiranan Pelabuhan Morris di Bronx ini akan menjual empat bir terpilih – American Pale Ale, World Gone Hazy IPA, Smile My Guy IPA dan Das Bronx Oktoberfest miliknya – daripada sebuah troli khas Ulang Tahun ke-90 di tingkat 86 bangunan ini. STATE Grill and Bar milik Empire State Building itu sendiri akan menawarkan kek keju bergaya NY mini yang berharga $10 bersama-sama dengan pilihan minuman keras kilang bir tersebut. Bronx Brewery merupakan vendor kedua dalam program gerai jualan Balai Cerap bangunan ini setelah mencipta kejayaan dalam bulan Ogos dengan My Cookie Dealer.

"Kami berbangga dapat bergabung tenaga dengan Empire State Building untuk meraikan Oktoberfest di tengah-tengah Bandar Raya New York," kata Sean Valenti, jurucakap Bronx Brewery. "Usaha kami berkisarkan tentang komuniti, kreativiti dan keterangkuman yang merupakan semua perkara yang terlintas di fikiran apabila kita memikirkan tentang Empire State Building."

Para tetamu digalakkan untuk menikmati minuman mereka di Balai Cerap Tingkat 86 yang ikonik dan menanda gambar-gambar dengan #PopUpTop untuk mendapatkan peluang ditampilkan di saluran sosial ESB. Program gerai jualan bulanan yang seterusnya di Balai Cerap Empire State Building akan diumumkan secara berasingan.

Imej beresolusi tinggi yang berkaitan boleh dimuat turun di sini. Untuk maklumat lanjut tentang Empire State Building dan membeli tiket, sila kunjungi esbnyc.com.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Restaurants Retail Travel Future Events