omniture

Cambridge Quantum Mengeluarkan Kit Peralatan dan Simpanan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum Pertama di Dunia

Cambridge Quantum
2021-10-14 23:16 83

Dengan menukar ayat-ayat kepada litar kuantum, 'lambeq' mempercepat pembangunan aplikasi QNLP praktikal sambil sistem pengkomputeran kuantum meningkatkan skala 

CAMBRIDGE, England, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum ("CQ") hari ini mengumumkan pelancaran kit peralatan dan simpanan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum (QNLP) pertama di dunia. Kit peralatan ini digelar 'lambeq' yang dinamakan sempena nama seorang pakar bahasa dan matematik, Joachim Lambek.

lambeq ialah kit peralatan perisian pertama di dunia untuk QNLP yang mampu menukar ayat-ayat ke dalam litar kuantum. Ia direka untuk mempercepat pembangunan aplikasi QNLP yang praktikal dalam dunia nyata, seperti dialog automatik, pelombongan teks, terjemahan bahasa, teks kepada suara, penjanaan bahasa dan biomaklumat.

lambeq telah dikeluarkan berdasarkan sumber terbuka sepenuhnya untuk manfaat komuniti pengkomputeran kuantum di dunia serta ekosistem penyelidik, pembangun dan pengguna pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. lambeq berfungsi secara lancar dengan TKET CQ, platform pembangunan perisian kuantum terkemuka dan paling pesat berkembang di dunia yang juga bersumber terbuka sepenuhnya. Ini menyediakan para pembangun QNLP dengan akses kepada rangkaian komputer kuantum yang paling luas.

lambeq telah dicetuskan, direka dan dibina oleh pasukan penyelidikan pengkomputeran kuantum yang berpangkalan di CQ Oxford yang diketuai oleh Ketua Saintis, Bob Coecke bersama-sama dengan Saintis Kanan, Dimitrios Kartsaklis, Ph.D. sebagai ketua jurubina platform ini. lambeq dan secara keseluruhannya, QNLP, merupakan hasil projek penyelidikan yang telah mengambil masa selama lebih sedekad.

"Pasukan kami telah terlibat dalam usaha paling asas dalam meneroka cara komputer kuantum digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah paling sukar dalam kecerdasan buatan," kata Coecke. "Usaha ini adalah berdasarkan kemajuan yang pada asalnya dipelopori oleh saya sendiri, Steve Clark yang kini merupakan Ketua AI CQ dan lain-lain. NLP menjadi teras penyelidikan ini. Pelancaran lambeq merupakan langkah seterusnya selepas penerbitan beberapa bulan lalu yang memberikan butiran tentang pelaksanaan QNLP pertama di dunia oleh CQ pada komputer kuantum sebenar serta pendedahan awal berkaitan prinsip asas kami pada bulan Disember 2019."

"Dalam pelbagai dokumen yang diterbitkan sepanjang tahun lalu," Coecke menambah, "kami bukan sahaja memberikan butiran tentang kaedah yang membolehkan komputer kuantum meningkatkan NLP, malah menunjukkan bahawa QNLP ialah 'kuantum asli,' yang bermaksud bahasa penyeliaan struktur komposisinya adalah sama seperti bahasa yang menyelia sistem kuantum mengikut kiraan matematik. Akhirnya, ini akan mengalihkan dunia daripada paradigma AI semasa yang bergantung pada teknik daya keras yang sukar difahami dan tidak tepat."

lambeq membolehkan dan mengautomasi reka bentuk dan penggunaan eksperimen NLP bagi jenis edaran komposisi (DisCo) yang telah dijelaskan oleh para saintis CQ sebelum ini. Ini bermakna peralihan daripada diagram sintaksis/tatabahasa yang mengekod struktur teks kepada sama ada rangkaian tensor (klasik) atau litar kuantum yang dilaksanakan dengan TKET yang bersedia untuk dioptimumkan bagi menjalankan tugas-tugas pembelajaran mesin seperti pengelasan. lambeq mempunyai reka bentuk modular supaya pengguna boleh menukar komponen ke dalam dan ke luar model dan fleksibel dari segi reka bentuk seni binanya.

lambeq menghapuskan halangan kemasukan pengamal dan penyelidik yang memberi tumpuan kepada interaksi antara AI dengan mesin-manusia yang berpotensi sebagai salah satu penggunaan teknologi kuantum yang paling signifikan. TKET telah memperoleh pangkalan pengguna di seluruh dunia yang kini diukur dalam bentuk ratus ribu. lambeq berpotensi untuk menjadi kit peralatan yang paling penting bagi komuniti pengkomputeran kuantum yang ingin berinteraksi dengan aplikasi QNLP, antara pasaran paling penting untuk AI. Satu perkara penting yang telah dijelaskan baru-baru ini ialah QNLP juga boleh digunakan untuk analisis jujukan simbol yang muncul dalam genomik dan proteomik.

Merck Group, rakan pelancaran dan penerima guna awal lambeq, baru-baru ini menerbitkan kertas penyelidikan tentang QNLP sebagai sebahagian daripada projek program inovasi Makmal Keusahawanan Kuantum daripada Technical University of Munich.

Thomas Ehmer daripada Inkubator Inovasi Penjagaan Kesihatan IT Merck merangkap pengasas bersama Quantum Computing Interest Group berkata, "Menggunakan ciri-ciri unik pengkomputeran kuantum untuk penemuan asas merupakan bahagian yang penting dalam penyelidikan kami di Merck. Projek QNLP kami dengan para penyelidik dari TU Munich yang baru diumumkan ini telah membuktikan bahawa tugas pengelasan binari untuk ayat yang menggunakan teknik QNLP boleh mencapai hasil semasa yang boleh dibandingkan dengan kaedah klasik sedia ada. Jelas sekali, infrastruktur pengkomputeran kuantum perlu dimajukan sebelum teknik ini boleh digunakan secara komersial. Yang paling penting, kita dapat melihat bahawa pendekatan yang digunakan dalam QNLP membuka laluan ke arah AI yang boleh dijelaskan dan dengan itu membolehkan hasil kecerdasan yang lebih tepat yang juga bertanggungjawab - suatu ciri penting dalam bidang perubatan."

"Terdapat banyak tugasan secara teori yang menarik pada QNLP, tetapi teori biasanya tidak begitu berkaitan dengan amalan sebenar," kata Kartsaklis. "Dengan lambeq, kami memberi peluang kepada para penyelidik untuk mendapat pengalaman sebenar tentang aspek eksperimen QNLP, yang kini belum pernah diterokai. Ini merupakan langkah yang penting untuk mencapai tahap di mana aplikasi NLP dunia nyata yang praktikal pada perkakasan kuantum menjadi satu realiti."

lambeq telah dikeluarkan sebagai repositori Python konvensional pada GitHub dan boleh didapati di sini: https://github.com/CQCL/lambeq. Litar kuantum yang dijana oleh lambeq setakat ini dilaksanakan dan dijalankan pada komputer kuantum IBM dan peranti siri H Honeywell Quantum Solutions.

Kit peralatan ini diperkenalkan dalam laporan teknikal yang dimuat naik di arkib yang tersedia di sini: https://arxiv.org/abs/2110.04236. Catatan blog yang boleh diakses dengan lebih banyak secara umum boleh didapati di sini: https://medium.com/cambridge-quantum-computing/quantum-natural-language-processing-ii-6b6a44b319b2. Pertanyaan teknikal boleh diajukan kepada lambeq-support@cambridgequantum.com.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aplikasi berasaskan NLP telah mudah didapati di pelbagai sektor di seluruh dunia, daripada perkhidmatan pelanggan dan teknologi pengguna hingga penjagaan kesihatan dan pengiklanan. Menurut para penganalisis industri, pasaran NLP global dijangka bernilai $127.26 bilion menjelang tahun 2028 dengan CAGR menghampiri 30 peratus[1].

Tentang Cambridge Quantum 

Ditubuhkan pada 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQ merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQ mempunyai pejabat di Eropah, USA dan Jepun. Pada 8 Jun 2021, CQ mengumumkan penggabungan dengan Honeywell Quantum Solutions yang dijangka akan dimuktamadkan pada S4 2021. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi CQ di http://www.cambridgequantum.com dan di LinkedIn. Akses kod sumber untuk lambeq, pengikatan Python dan utiliti di GitHub.

 

[1]  https://www.fortunebusinessinsights.com/industry-reports/natural-language-processing-nlp-market-101933 

 

 

Source: Cambridge Quantum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services