omniture

UPL Umum Kerjasama Jangka Panjang Dengan Chr. Hansen Untuk Membangunkan Dan Mengkomersialkan Larutan Mikrob Bagi Pertanian Lestari

UPL Ltd.
2021-10-16 21:13 231

- UPL merupakan pengeluar dan pengedar terbesar larutan bio di seluruh dunia serta perniagaan pertanian kelima terbesar di dunia. 

- Chr. Hansen ialah pemilik salah satu koleksi komersial bakteria terbesar di dunia yang memiliki lebih 28,000 strain 

- Pasaran larutan bio dijangka akan meningkat kepada USD10 bilion *  menjelang tahun 2025 disebabkan permintaan para pengguna terhadap sistem makanan yang lebih lestari

MUMBAI, India, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- UPL Ltd. ('UPL') (NSE: UPL) (BSE: 512070), pejuang pertanian lestari dan OpenAg™ yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang dengan Chr. Hansen iaitu sebuah syarikat biosains global, untuk membangunkan larutan bio berasaskan mikrob (termasuk penggalak bio dan racun perosak bio) yang akan membantu para penanam di seluruh dunia memerangi perosak dan penyakit serta meningkatkan kualiti dan hasil tanaman.

Melalui kerjasama ini, UPL akan menggunakan kehadiran globalnya untuk menjalankan penyelidikan dan mengenal pasti peluang serta konsep produk bagi menangani masalah para peladang. Daripada maklumat ini, Chr. Hansen akan mereka cipta produk biologi berdasarkan keupayaan mikrobnya dan UPL akan mendaftar serta mengkomersialkan produk ini melalui rangkaian pengedaran globalnya yang luas.

UPL ialah pengeluar dan pengedar larutan bio terbesar di dunia serta telah melancarkan 'NPP – Natural Plant Protection (Perlindungan Tumbuhan Semula Jadi)' pada awal tahun ini – sebuah unit perniagaan global baharu  yang memperjuangkan portfolio UPL yang komprehensif dalam input dan teknologi pertanian yang diperoleh secara biologi dan semula jadi.

Vicente Gongora, Ketua Pegawai Pemasaran UPL Ltd. berkata:

"Larutan bio merupakan tonggak utama bagi tujuan dan usaha global kami dalam memperbaharui kelestarian – untuk sistem makanan, para petani dan alam sekitar kita. Setelah pelancaran NPP pada awal tahun ini, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Chr. Hansen untuk memperluas lagi portfolio produk dan teknologi kami – serta menawarkan penyelesaian baharu dan lestari kepada lebih banyak komuniti perladangan. 

"Menggabungkan rangkaian pengedaran dan kemudahan R&D kami bersama-sama pengalaman dan kepakaran mikrob Chr. Hansen yang unik ini memberikan peluang yang hebat untuk membawa pembaharuan kepada para peladang dan pertanian lestari di seluruh dunia. Kami berharap dapat berkongsi lebih banyak berita tentang larutan biologi yang sedang kami bangunkan untuk masa depan dan kami teruja dengan legasi yang akan kami bina bersama-sama."

Kim Christensen, Naib Presiden Kesihatan Tumbuhan Chr. Hansen berkata:

"UPL ialah pengedar larutan bio yang penting di seluruh dunia. Penggabungannya dengan inovasi Chr. Hansen yang hebat dalam penyelidikan dan pembangunan serta keupayaan dan kemampuan mikrob unik kami untuk membiakkan bakteria kami sendiri, akan bermakna produk sasaran yang lebih baik yang boleh dipasarkan dengan lebih pantas. Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam strategi 2025 kami untuk mewujudkan dunia yang lebih baik secara semula jadi. Pada asasnya, usaha sama ini bermatlamat untuk menghasilkan pelbagai produk yang mengutamakan manfaat kepada para petani."

Kerjasama UPL-Chr. Hansen ini telah mengenal pasti beberapa projek yang bersesuaian dengan para petani di seluruh dunia dan bermatlamat untuk membangunkan pelbagai produk untuk semua tanaman utama yang akan membolehkan para petani memerangi penyakit tanaman dan meningkatkan hasil. Syarikat-syarikat ini menjangkakan pendaftaran pertamanya akan bermula pada akhir tahun 2022.

* Nilai untuk Pasaran Kawalan Bio & Penggalak Bio

 

Source: UPL Ltd.
Keywords: Agriculture Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)