omniture

GMC Software Technology Lantik Deming Cha Ketuai Pejabat Rantau Besar China

GMC Software Technology AG
2013-07-31 23:16 173

SHANGHAI, 31 Julai 2013 /PRNewswire/ --

  • GMC Inspire mendapatkan orang kuat keusahawanan untuk memacu fokus pasaran menegak

http://www.gmc.net: GMC Software Technology (GMC), peneraju yang memenangi anugerah dalam Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM), hari ini mengumumkan Encik Deming Cha sebagai pengurus besar, rantau Besar China. Dengan 30 kakitangan dan berpusat di Shanghai, Cha bertanggungjawab untuk meneruskan pertumbuhan agresif digit berganda tahun demi tahun yang sedang dialami GMC, serta pengurusan hari demi hari untuk rantau itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130603/618311)

GMC ialah pasaran rantau yang diterima ramai untuk CCM dan pengurusan output saluran berbilang. Penyelesaiannya, GMC Inspire, ialah platform perisian standard yang digunakan untuk menjana, memformat dan menyampaikan dokumentasi serta komunikasi klien melalui cetakan, tablet, internet atau telefon pintar.

China sedang mengalami pertumbuhan KDNK sebanyak 7.5%[1]  berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, maka keutamaan pertama Cha ialah memacu kehadiran GMC dengan lebih jauh ke dalam pasaran menegak baharu termasuk insurans dan telekom.

Beliau melapor kepada Johnny Lu, pengarah urusan Asia/Pasifik. Lu mengesahkan: "Sebagai sebahagian daripada pelan kami untuk menggajikan bakat sebaik mungkin, kami gembira Deming menyertai kami. Sebagai eksekutif yang berpengalaman dalam perisian perusahaan, beliau membawa pengalaman serta kemahiran berharga yang bukan sahaja akan mengekalkan penguasaan GMC dalam pasaran PSP, tetapi disebabkan pendekatan keusahawanan beliau, akan memacu GMC lebih jauh ke dalam pasaran menegak yang kami sasarkan."

Setelah menghabiskan pengajian beliau di San Jose State University dan mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian, Cha bekerja di Adobe pada 1991-1993. Dalam masa lima tahun setengah berikutnya, pangkat beliau semakin meningkat di Aplikasi dan Produk Sistem (SAP) sehingga beliau keluar sebagai Naib Presiden prajualan di Taiwan. Beberapa jawatan berkaitan jualan yang menuntut lebih tanggungjawab di Envive, Octasoft, APAC Solutions dan Inventec membolehkan beliau menjadi pengarah rantau Besar China untuk Compuware.

Cha mengesahkan: "Saya teruja untuk menyertai keluarga GMC pada masa yang sangat rancak ini. Dengan pelancaran yang sentiasa ada untuk penyelesaian terkhusus industri dan pemanfaatan tekal teknologi baharu bagi menyampaikan komunikasi relevan pada masa yang betul, melalui saluran pilihan untuk setiap jenis pelanggan perusahaan, saya tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pertumbuhan GMC dan melanjutkan lagi kehadirannya dalam rantau ini. Saya harap saya akan dapat mengumumkan beberapa kemenangan kontrak berprofil tinggi tidak lama lagi."

Berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang dewasa, Cha gemar melancong, sukakan fotografi dan sajian mewah.

 [1]Trading Economics – Biro Statistik Kebangsaan China

GMC Software Technology AG: menyampaikan penyelesaian dalam bidang Pengurusan Komunikasi Pelanggan. Platform syarikat itu, GMC Inspire, membolehkan perusahaan menyampaikan komunikasi relevan pada masa yang betul, melalui saluran pilihan untuk setiap pelanggan bagi membantu perniagaan meningkatkan penglibatan pelanggan melalui titik sentuhan berbilang, memacu kesetiaan pelanggan, pemerolehan dan kecekapan pengendalian.

GMC Software Technology berkhidmat untuk ribuan klien seluruh dunia dalam industri perbankan, insurans, peruncitan, perkhidmatan perniagaan, telco/utiliti dan penjagaan kesihatan. Syarikat ini menerima pelbagai anugerah dalam bidang CCM dan diiktiraf sebagai peneraju industri untuk inovasi. Lawati: http://www.gmc.net.

Imej sokongan boleh didapati atas permintaan.

https://www.facebook.com/gmcnet
https://twitter.com/gmc_net
http://www.linkedin.com/company/gmc-software-technology
http://www.youtube.com/user/GMCsoftware
https://plus.google.com/108152417667055224090/posts#108152417667055224090/posts

Logo GMC dan GMC Inspire ialah tanda dagang GMC Software Technology

Asia/Pasifik
+65-6653-1400
i.ong@gmc.net

Korporat
+44-(0)-845-223-2443
press@gmc.net

SUMBER  GMC Software Technology AG

Source: GMC Software Technology AG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Personnel announcements