omniture

Kewarganegaraan melalui Pelaburan merupakan Tulang Belakang Revolusi Perumahan Dominica

CS Global Partners
2021-10-18 09:00 1655

LONDON, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kerajaan Komanwel Dominica bertekad untuk menjadi negara berdaya tahan iklim yang pertama di dunia dengan terus menawarkan rumah dan infrastruktur awam tahan bencana kepada penduduk, yang ditaja terutamanya melalui Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI ) di pulau ini.

Minggu lepas, dengan sokongan CBI, kerajaan mengumumkan bahawa mereka yang berada di bandar Portsmouth yang terkesan akibat dilanda Taufan Maria akan menerima rumah baharu yang dibina dengan perbelanjaan lebih satu juta dolar di bawah perlembagaan tersebut. Proses pembinaan ini juga memastikan bahawa semua individu yang bekerja untuk projek ini merupakan penduduk bagi memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Dominica menawarkan bukan sahaja program CBI terbaik yang tersedia tetapi juga salah satu program paling lama yang pernah dibuat. Program ini membolehkan pelabur asing dan keluarga mereka menjadi warganegara  Dominica  setelah membuat pelaburan tunggal ke dalam dana kerajaan, yang menyalurkan sumber kewangan terkumpul ke dalam inisiatif seperti perumahan dan penjagaan kesihatan. Atau, para pelabur boleh melabur dalam resort eko yang dibina secara lestari di pulau tersebut untuk membina kembali etos yang lebih baik.  

Walaupun minat terhadap kewarganegaraan kedua adalah sesuatu yang global, Asia kekal sebagai salah satu pasaran terbesar CBI. Pakar-pakar telah menamakan rantau ini sebagai "jentera pertumbuhan kekayaan", oleh itu difahami bahawa individu ingin menggunakan kewarganegaraan kedua mereka sebagai cara untuk melindungi aset mereka dalam ekonomi yang tidak menentu.

Selepas menjalani prosedur pengesahan berbilang peringkat, para pemohon Asia yang berjaya akan mendapat akses kepada:

  • perjalanan tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke lebih 140 buah destinasi; 
  • hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara ini dan;
  • yang paling penting, keupayaan untuk mewariskan kewarganegaraan kepada generasi akan datang

Revolusi Perumahan 

Program revolusi perumahan Dominica yang sedang dijalankan bertujuan untuk membina lebih 5,000 unit kediaman yang berdaya tahan bagi keluarga yang amat memerlukan di seluruh negara. Lebih 1,100 buah rumah telah dibina dan diberikan secara percuma kepada rakyat dalam tempoh tiga tahun yang lalu. 

Menurut Tuan Ian Douglas, Ahli Parlimen untuk Perlembagaan Portsmouth, banyak rumah baharu akan dikhususkan kepada warga tua dan keluarga mereka. Dengan populasi seramai 72,000 orang, Dominica menempatkan 27 individu berumur sekurang-kurangnya 100 tahun yang telah direkodkan dan penjagaan sosial untuk populasi ini merupakan keutamaan kepada pentadbiran Perdana Menteri Roosevelt Skerrit.

"Mereka yang telah bekerja keras sepanjang hayat, melakukan pelbagai fungsi dalam komuniti dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Adalah sangat menyentuh hati apabila mengetahui bahawa kami mempunyai kerajaan yang boleh menyediakan rumah untuk orang-orang ini secara percuma," kata Menteri Douglas.

"Tiada seorang pun daripada mereka akan membayar walaupun satu dolar untuk mana-mana rumah ini dan rumah-rumah ini secara purata akan berharga 150,000 dolar. Jadi itu melibatkan kira-kira satu juta dolar untuk perumahan di Portsmouth."

Sila hubungi:
pr@csglobalpartners.com
www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel