omniture

CCTV+: Hormati, jaga warga tua keutamaan tertinggi buat Xi

CCTV+
2021-10-18 10:41 39

BEIJING, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap kesejahteraan warga tua dan menunjukkan bahawa menghormati dan menjaga warga tua merupakan keutamaan tertinggi buat beliau.

Xi telah menunjukkan keprihatinan dan rasa hormat kepada warga tua dalam banyak peristiwa dan kebanyakan detik sedemikian telah dapat dirakam dengan kamera.

Di upacara untuk menganugerahkan suri teladan dan perintis etika kebangsaan pada 17 November 2017, Xi menjemput dengan penuh mesra dua orang penerima anugerah warga emas, Huang Xuhua dan Huang Dafa untuk duduk di sebelah beliau bagi mengambil gambar berkumpulan.

Di persidangan kebangsaan mengenai urusan hal ehwal golongan veteran pada 26 Julai 2019, Xi mengucapkan salam mesra kepada veteran perang yang berumur 94 tahun, Zhang Fuqing.

Apabila bertemu dengan para suri teladan dan calon-calon etika kebangsaan pada tahun 2013, Xi memberi penghormatan kepada Gong Quanzhen yang berumur 97 tahun, yang pulang ke tempat kediaman luar bandar bersama suami beliau pada tahun 1950-an dan mengabdikan hidup beliau untuk meningkatkan pendidikan golongan belia di kawasan luar bandar.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, Xi telah melawat kampung, masyarakat tempatan dan institusi jagaan warga tua secara berkala, bertemu dengan warga tua tempatan yang sentiasa dititikberatkan oleh beliau.

 "China akan memberi perhatian yang lebih besar terhadap perjuangan bagi penjagaan warga tua sekali gus melaksanakan usaha yang lebih hebat untuk tugas ini, maka kunjungan saya di sini merupakan satu manifestasi dari segi sejauh mana Jawatankuasa Pusat CP mementingkan perjuangan penjagaan warga tua," kata beliau semasa satu lawatan ke Sijiqing Home for the Elderly yang berpangkalan di Beijing pada 28 Disember 2013.

Xi turut komited untuk memimpin usaha yang lebih giat bagi memastikan kehidupan yang bahagia untuk warga tua dalam pelbagai keadaan.

"Memastikan agar orang ramai menjalani kehidupan yang bahagia dalam waktu-waktu tuanya merupakan satu aspek penting untuk memenuhi keinginan orang ramai terhadap kehidupan yang lebih baik. Semua warga tua harus dijaga dengan betul termasuk membantu mereka kekal sihat. Maka, tugas anda adalah agak bermakna. Saya mendapati warga tua di sini kesemuanya sangat gembira," kata Xi semasa melawat pusat jagaan untuk warga tua di sebuah pusat komuniti di Daerah Hongkou, Shanghai pada 6 November 2018.

"Ia merupakan satu kebaikan tradisional untuk bangsa Cina menghormati warga tua yang harus kita galakkan. Suasana menghormati warga tua yang kukuh harus dibentuk yang sepatutnya menjadi suatu kebiasaan sosial," kata Xi semasa lawatan beliau ke Sijiqing Home for the Elderly.

Pautan: https://youtu.be/gTRMOIkVppE

Source: CCTV+
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Senior Citizens